Tentang OKM

Kemaskini (10 Mei 2018):

Dalam Pilihan Raya Umum Mei 2018, Dr. Ong Kian Ming telah dipilih sebagai Ahli Parlimen P102 Bangi dengan jumlah undi 102,557 dengan majoriti 68,768 undi.

Biografi:

Dr Ong Kian Ming telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia kali pertama untuk P102 Serdang dalam Pilihan Raya Umum Mei 2013. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang merupakan parti komponen pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH). Beliau menyertai DAP pada tahun 2012 dan telah berkhidmat untuk DAP dalam pelbagai peranan, iaitu sebelum ini sebagai Strategis Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum 2013 dan kini sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Dr. Ong merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Sains Dasar serta perunding serantau untuk Pusat Strategi Lautan Biru Serantau di UCSI University. Beliau juga pernah menjadi penganalisis dasar untuk SEDAR (Institut Pembangunan Ekonomi dan Penyelidikan Sosial) dan INSAP (Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar). Sebelum itu, beliau adalah seorang perunding untuk Boston Consulting Group di Kuala Lumpur.

Dr. Ong adalah seorang Sarjana Fulbright dan turut memegang ijazah PhD dalam Sains Politik dari Duke University di Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki Sarjana Ekonomi dari Cambridge University dan Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics. Sebelum itu, beliau adalah seorang Cendekiawan ASEAN di Singapura dan menamatkan pengajian “O-Levels” dan “A-Levels” di Raffles Institution dan Raffles Junior College masing-masing. Beliau pernah menghadiri sekolah rendah dan menengah di La Salle Petaling Jaya, Selangor hingga ke Tingkatan 3. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan menganggap dirinya sebagai ‘anak PJ’.

Butiran Peribadi:

Nama Penuh: Ong Kian Ming (王建民)
Status Perkahwinan: Berkahwin sejak 2004 (tiada anak)
Agama: Kristian (Protestan)
Tarikh Lahir: 12 September 1975
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Kediaman Semasa: Petaling Jaya dan Serdang Raya, Selangor