SEDA harus memastikan bahawa pemberian kuota Tarif Galakan Solar PV (Solar Fotovolta) bagi kapasiti melebihi 425kW hingga 1MW adalah setelus pemberian kuota Tarif Galakan untuk Solar PV bagi kapasiti kurang daripada 425kW

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 10hb Mac 2015

Saya mengucapkan tahniah kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) kerana berjaya menjalankan pengundian terbuka yang kedua bagi peruntukan kuota Tarif Galakan Solar PV kurang daripada 425kW untuk kategori bukan individu pada 9 Mac 2015 di Everly Hotel.[1] Pengundian tersebut telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, dan telah diaudit oleh Deloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd dengan pemerhati daripada Jabatan Audit Negara dan Institut Integriti Malaysia. Ramai wakil daripada syarikat Solar PV yang memohon kuota Tarif Galakan turut hadir untuk menyaksikan proses pengundian. Sejumlah 20MW Kuota Tarif Galakan telah dianugerahkan, iaitu sebanyak 16MW di Semenanjung Malaysia dan 4MW di Sabah.

Walaubagaimanapun, SEDA tidak mengumumkan peruntukan kuota Tarif Galakan Solar PV untuk kapasiti melebihi 425 kW hingga 1MW bagi kategori bukan individu di undian terbuka semalam. Pada tahun lepas, SEDA telah memberitahu pemain industri bahawa permohonan kuota Tarif Galakan untuk kapasiti melebihi 425 kW hingga 1 MW akan dinilai oleh SEDA melalui sistem mata merit.[2] Dalam pembentangan yang sama pada tahun lepas, SEDA juga telah menyatakan bahawa jika terdapat markah seri dalam bilangan mata yang diperolehi pemohon, proses undian terbuka akan dijalankan semalam bagi kuota Tarif Galakan melebihi 425 kW (Lihat Lampiran 1). Akan tetapi, proses undian tersebut langsung tidak dijalankan semalam.

Continue reading “SEDA harus memastikan bahawa pemberian kuota Tarif Galakan Solar PV (Solar Fotovolta) bagi kapasiti melebihi 425kW hingga 1MW adalah setelus pemberian kuota Tarif Galakan untuk Solar PV bagi kapasiti kurang daripada 425kW”

SEDA perlu mengekalkan tahap ketelusan yang tinggi dalam hal pengagihan Feed in Tariff (FiT)

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 10hb Februari 2015

Pertama sekali, saya dan rakan sejawat saya iaitu Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua serta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ingin memuji Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang telah menjalankan pengundian terbuka yang pertama kali bagi kuota Tarif Galakan (Feed-in Tariff) untuk kategori pemohon bukan individu dengan kapasiti <425 kW. Pengundian terbuka ini telah dijalankan secara telus dan memenuhi permintaan semua pihak yang membida bagi kuota tersebut, termasuk mereka yang tidak berjaya mendapatkan kuota. Tindakan SEDA dalam menjalankan satu lagi pengundian terbuka pada 9hb Mac 2015 untuk kuota solar photovoltaik 20MW hingga 425 kW sememangnya harus dipuji.[1]

Demi terus mengekalkan tahap ketelusan yang tertinggi, SEDA juga perlu telus dalam peruntukan kuota 32 MW untuk PV solar yang berkapasiti 425 kW sehingga 1 MW. SEDA telah menerbitkan Kriteria Mata Merit yang melibatkan rekod pembekal perkhidmatan, keupayaan pemegang saham untuk membiayai projek dan jarak ke titik sambungan.[2] Pengagihan kuota 32 MW untuk tenaga solar PV akan dilakukan berdasarkan kepada mata merit yang diperoleh oleh setiap pemohon dan SEDA telah berjanji untuk menerbitkan maklumat mata merit kesemua pemohon di laman webnya dan untuk menjalankan undian terbuka jika terdapat pemohon yang mendapat markah seri dalam merit tersebut.

Continue reading “SEDA perlu mengekalkan tahap ketelusan yang tinggi dalam hal pengagihan Feed in Tariff (FiT)”

Tahniah kepada SEDA kerana berjaya menjalankan undi terbuka untuk Kuota Fit bagi Solar PV

Kenyataan Media Bersama oleh Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah

Hampir 2 tahun telah berlalu sejak pembongkaran Tony Pua dan Nurul Izzah bahawa peratusan Kuota FiT untuk Solar PV yang besar telah dianugerahkan kepada syarikat yang dikuasai oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan seorang penjawat awam yang telah bersara.[1]

Sistem aplikasi tersebut telah dibelenggu oleh sistem berkomputer yang berteraskan “first-come-first-served”. Namun, Pengerusi pada masa itu, Tan Sri Fong Chan Onn dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Badriyah Abdul Malek telah mempertahankan sistem tersebut sebagai ‘sistem yang adil’ walaupun dilempari pelbagai kritikan dan bantahan daripada pihak industri dan kami sendiri. Sistem “first-come-first-served” ini bukan sahaja membenarkan pihak-pihak tertentu membentuk strategi permohonan untuk memenangi peratusan kuota yang lebih besar, malah sistem komputer ini juga kerap kali rosak yang menyebabkan huru-hara dan hasil keputusan yang kurang memuaskan.

Continue reading “Tahniah kepada SEDA kerana berjaya menjalankan undi terbuka untuk Kuota Fit bagi Solar PV”