Sebab-sebab mengapa isu penundaan tarikh SCKL Marathon adalah penting

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 15 Julai 2015

Mengapakah kita perlu memberi perhatian kepada isu penangguhan acara larian di Kuala Lumpur, memandangkan berlakunya skandal 1MDB dan siasatan polis terhadap insiden Low Yat?

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa penangguhan Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon daripada Ahad 4 Oktober kepada tarikh baru, iaitu Sabtu 5 Oktober, atas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, supaya ia diadakan serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara, adalah lebih penting daripada apa yang anda fikirkan.

Continue reading “Sebab-sebab mengapa isu penundaan tarikh SCKL Marathon adalah penting”

Seruan kepada penganjur dan penaja Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKL) Marathon untuk mengekalkan acara tarikh tersebut pada 4 Oktober

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 13 Julai 2015

Saya terkejut apabila membaca kenyataan akhbar oleh Kementerian Belia dan Sukan pada awal hari ini yang mengumumkan bahawa Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKL Marathon)[1], iaitu acara marathon utama di Kuala Lumpur, telah ditunda dari tarikh asal 4 Oktober (Ahad) ke tarikh baru iaitu 10 Oktober (Sabtu) bertepatan dengan Hari Sukan Negara yang bakal disambut untuk kali pertama pada tahun ini. Langkah Kementerian Belia dan Sukan serta Menteri Khairy Jamaluddin ini adalah langsung tidak bertanggungjawab, tidak bertimbang rasa dan bercanggah dengan tujuan asal Hari Sukan Negara.

Salah satu tujuan Hari Sukan Negara adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia bersukan dan menjaga kesihatan bersama-sama. Ironinya, keputusan untuk menukar tarikh SCKL Marathon kepada 10 Oktober mungkin akan menyebabkan pengurangan bilangan individu yang bersenam dan menjaga kesihatan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa:

Continue reading “Seruan kepada penganjur dan penaja Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKL) Marathon untuk mengekalkan acara tarikh tersebut pada 4 Oktober”