Pemenang-pemenang acara larian Sungai Buloh Night Run 2018 anjuran BN-UMNO masih belum menerima hadiah wang tunai mereka

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Penolong Pengarah Pendidikan Kebangsaan DAP pada 13 April 2018

Pada 10 Februari 2018, beberapa organisasi berkaitan BN iaitu (i) Sekretariat Guru Aktif 1 Selangor (GA1S), Paya Jaras (ii) Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Parlimen Subang dan (iii) Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN N38 Paya Jaras) telah menganjurkan acara larian Sungai Buloh Night Run 2018. Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendudukan Malaysia (Pejabat Pendidikan Daerah Gombak).

Sumber: http://www.sbnightrun.com/

Penaung acara Night Run ini adalah Dato’ Hj Zein Isma Ismail, yang besar kemungkinan adalah calon UMNO DUN Paya Jaras bagi Pilihan Raya Umum akan datang.

Sumber: https://web.facebook.com/sbnightrun/

Continue reading “Pemenang-pemenang acara larian Sungai Buloh Night Run 2018 anjuran BN-UMNO masih belum menerima hadiah wang tunai mereka”

Pembahasan Pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)

Ucapan Parlimen Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 3hb April, 2018

1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri atas usaha beliau untuk membentangkan Pindaan ini sebelum parlimen dibubarkan.

2. Saya rasa pindaan ini adalah hasil daripada cabaran yang dialami sejak YB Rembau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Pindaan ini juga menggambarkan beberapa ‘priority areas’ yang diberi tumpuan khusus oleh Menteri.

3. Misalnya, pengiktirafan Majlis Paralimpik Malaysia sebagai Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dalam Seksyen 9A adalah satu pindaan yang baik dan sesuai. Saya yakin bahawa langkah ini akan menambah baik penyeliaan Sukan Paralimpik di negara kita dan akan menjadi perangsang untuk melonjakkan prestasi atlet paralimpik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Continue reading “Pembahasan Pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)”

Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama

Terima kasih saya ucapkan atas peluang ini untuk berucap menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya mohon izin kawan-kawan sebelah sini dan sebelah sana juga, oleh kerana saya ada banyak isu yang hendak dibahaskan, maka saya tak sempat nak beri laluan untuk mencelah.

Saya nak mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa isu yang akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang rekod Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Pekan menjelang PRU14, supaya rakyat jelata boleh mengetahui rekod BN yang sebenarnya.

Continue reading “Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama”