Walaupun berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha membanteras rasuah, kedudukan Malaysia dalam 2013 Indeks Persepsi Rasuah (CPI) hanya meningkat sedikit sahaja

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 4 Disember, 2013 di Kuala Lumpur

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2013 yang dikeluarkan Transparency International semalam mendedahkan hanya peningkatan kecil untuk Malaysia iaitu naik satu tangga di tangga ke-53 berbanding 54 pada tahun 2012, manakala skor keseluruhan Malaysia naik dari 49 pada 2012 ke 50 pada 2013. Peningkatan kecil ini adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali kerana beratus juta duit telah dibelanjakan untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan rasuah, termasuk usaha di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti-Rasuah sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Sebagai contoh, peruntukan pengurusan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2013 adalah sebanyak RM252 juta manakala Jabatan Audit Negara pula RM148 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM400 juta untuk kedua-dua agensi tersebut. Malah, peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0, bengkel, hari terbuka selain iklan-iklan pada 2013 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Continue reading “Walaupun berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha membanteras rasuah, kedudukan Malaysia dalam 2013 Indeks Persepsi Rasuah (CPI) hanya meningkat sedikit sahaja”