Mengecam tingkah laku ahli-ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang tidak bertamadun dan bersifat mengancam termasuk merosakkan papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 22 Mei 2014

Pada kira-kira 3 petang hari ini, sekumpulan 50 lebih ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah berhimpun menunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur atas kenyataan yang dibuat oleh ADUN DAP Seri Delima, RSN Nayer, di Pulau Pinang.

Walaupun kami menyokong hak mana-mana kumpulan di Malaysia untuk mengadakan demonstrasi secara aman, tingkah laku ahli-ahli Pemuda UMNO tidak boleh diterima dan tidak bertamadun sama sekali. Mereka bukan sahaja telah menggunakan bahasa yang tidak bertamadun dan menjerit kepada saya dan kakitangan DAP Pusat yang berada di sana untuk menerima memorandum mereka, malah mereka juga merosakkan sebuah papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar pejabat DAP.

Continue reading “Mengecam tingkah laku ahli-ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang tidak bertamadun dan bersifat mengancam termasuk merosakkan papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP”

Apa maksud Joseph Kurup apabila dia menyeru sekumpulan pengundi yang kebanyakannya orang Cina untuk mengundi Chew Mei Fun kerana dia “merupakan orang kamu sendiri”?

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 18 Mac 2014 di Kuala Lumpur

Selepas beliau dikritik oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar[1] kerana meminta sekumpulan pengundi di Sungai Chua, Kajang yang kebanyakannya orang Cina untuk “mengundi calon BN yang merupakan orang bangsa kamu sendiri”, Menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Kurup, telah cepat membuat ‘penjelasan’ dengan menafikan bahawa beliau telah menggunakan perkataan ‘bangsa’ dalam ucapannya. [2]

Namun, ini masih menimbulkan persoalan tentang tujuan Menteri tersebut apabila beliau menyeru pengundi Cina untuk “undilah calon BN yang merupakan orang kamu sendiri.” Setakat pengetahuan saya, Menteri tidak mengulaskan dengan lebih lanjut lagi dalam kenyataan beliau kepada Malaysiakini yang sepanjang satu perenggan sahaja.

Continue reading “Apa maksud Joseph Kurup apabila dia menyeru sekumpulan pengundi yang kebanyakannya orang Cina untuk mengundi Chew Mei Fun kerana dia “merupakan orang kamu sendiri”?”

Menteri Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin perlu berhenti mempertahankan tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menandatangani MoU dengan Hindraf sebelum PRU ke-13 yang sebenarnya beliau tiada niat untuk tunaikan

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 24 Februari, 2014 di Kuala Lumpur

Pada minggu lalu, dua Menteri – Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan – telah menyerang bekas Timbalan Menteri, P Waythamoorthy melalui Twitter atas sebab beliau meletak jawatan dan mendesak Perdana Menteri Najib untuk turut meletak jawatan kerana gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara BN dan Hindraf sebelum PRU ke-13. Kedua-dua Menteri sebenarnya tidak ikhlas ​​mempertahankan Perdana Menteri kerana mereka langsung tidak menyebut kandungan MoU Hindraf dan sejauh mana Perdana Menteri telah gagal atau berjaya melaksanakan janji-janji yang digariskan dalam MoU ini.

Continue reading “Menteri Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin perlu berhenti mempertahankan tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menandatangani MoU dengan Hindraf sebelum PRU ke-13 yang sebenarnya beliau tiada niat untuk tunaikan”