Mengecam keras siasatan polis terhadap pensyarah UM Dr. Khoo Ying Hooi atas alasan ‘ancaman jenayah’ berhubungan artikel beliau bertajuk ‘Siapa yang menguasai pihak polis?’

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 27hb Mac 2015

Saya merujuk kepada artikel yang diterbitkan di The Malaysian Insider yang bertajuk “Pensyarah UM kini disiasat kerana artikelnya yang berkenaan polis.” (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/um-lecturer-now-under-probe-over-article-on-police)

Artikel tersebut mengatakan bahawa Dr. Khoo Ying Hooi, pensyarah UM, kini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi ‘ancaman jenayah’, berpunca dari artikel yang ditulis beliau pada 16 Mac 2015 yang bertajuk “Who owns the police” (Siapa yang menguasai polis?). (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/khoo-ying-hooi/article/who-owns-the-police)

Continue reading “Mengecam keras siasatan polis terhadap pensyarah UM Dr. Khoo Ying Hooi atas alasan ‘ancaman jenayah’ berhubungan artikel beliau bertajuk ‘Siapa yang menguasai pihak polis?’”

Di Malaysia, ancam bakar kitab Bible dan bangunan bukan lagi kesalahan?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 8hb Oktober 2014

Pada 22hb Mei 2014, sekumpulan pemimpin dan ahli–ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Razlan Rafii telah berdemo di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Yew, off Jalan Pudu. Semasa demo ini, Razlan Rafii mengancam untuk membakar Ibu Pejabat DAP. Saya telah membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Pudu (Laporan Polis Pudu / 004003/14) dan memberikan bukti dalam bentuk video kepada polis berkenaan ugutan yang dibuat oleh Razlan Rafii.

Pada 26hb Mei, polis telah menahan 6 pemimpin Pemuda UMNO, termasuk Razlan Rafii. Dilaporkan bahawa mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan kerosakan dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.[1] Adalah sangat jelas di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bahawa ancaman untuk menyebabkan kemusnahan sebarang harta menggunakan api adalah kesalahan yang boleh dihukum (lihat di bawah).

Continue reading “Di Malaysia, ancam bakar kitab Bible dan bangunan bukan lagi kesalahan?”

Apakah status siasatan ke atas kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah II Kastam Diraja Malaysia, Datuk Shaharuddin Ibrahim setahun selepas kejadian tersebut?

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 9 Mei 2014

Pada 26 April 2013, semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Timbalan Ketua Pengarah II Kastam Diraja Malaysia, Datuk Shaharuddin Ibrahim telah ditembak mati ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Putrajaya.[1] Pada masa itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, telah dipetik berkata bahawa “Kita tidak boleh menerimanya apabila pegawai penguatkuasa menjadi mangsa. Penjahat ini seolah-olah mencabar pihak berkuasa.” Walau bagaimanapun, setahun selepas pembunuhan tersebut, tiada maklumat baru yang timbul dalam siasatan terhadap pembunuhan beliau.

Pada tahun lepas, anak Shaharuddin menyuarakan rasa syak beliau bahawa pembunuhan bapanya berkaitan dengan kerja penyiasatannya terhadap sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. Pada Ogos 2013, Mohd Akhtar Shaharuddin menyuarakan rasa kecewa beliau kerana 4 bulan selepas pembunuhan bapanya, polis tidak menunjukkan apa-apa kemajuan dalam penyiasatan mereka.[2] Menurut Mohd Akhtar, sehingga akhir bulan April dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak polis tentang status terkini siasatan mereka.

Continue reading “Apakah status siasatan ke atas kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah II Kastam Diraja Malaysia, Datuk Shaharuddin Ibrahim setahun selepas kejadian tersebut?”