Ucapan Parlimen 19 Julai 2013 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama (24 Jun hingga 18 Julai 2013)

Ucapan Parlimen Dr. Ong Kian Ming (19 Julai 2013)

Kerajaan Barisan Nasional sekarang menghadapi krisis keyakinan yang ketara dalam pelbagai aspek. Majoriti rakyat Malaysia sudahpun hilang keyakinan terhadap kerajaan ini. Pada hari ini, saya ingin mengambil peluang untuk menghuraikan dengan selanjutnya krisis keyakinan ini berkaitan dengan tiga isu iaitu senarai pengundi, kabinet dan sistem pendidikan di negara kita.

Continue reading “Ucapan Parlimen 19 Julai 2013 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama (24 Jun hingga 18 Julai 2013)”

Protes awam, petisyen pilihanraya dan tekanan di Parlimen semuanya adalah tindakan yang konsisten dengan perjuangan untuk membina sistem pilihanraya yang lebih telus, adil dan bersih

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, 23 Jun 2013 di Kuala Lumpur

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Wan Ahmad Wan Omar, telah dipetik mengutuk[1] Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersifat hipokrit kerana masih sibuk memprotes dan tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 di samping bersetuju untuk mengambil bahagian dalam upacara angkat sumpah pada Isnin 24hb Jun 2013.

Sebagai wakil rakyat yang telah hadir ke himpunan protes di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam pada 22hb Jun 2013 dan akan mengangkat sumpah pada 24hb Jun 2013, saya ingin menyampaikan pandangan ikhlas saya bahawa kesemua tindakan ini adalah konsisten dan tidak bersifat hipokrit. Malah, kesemua tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat setakat ini – iaitu menganjurkan protes awam, memfail petisyen pilihanraya, dan menyuarakan pendapat kami di Parlimen – adalah konsisten dengan hasrat kami untuk membina sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih telus, adil dan bersih.

Continue reading “Protes awam, petisyen pilihanraya dan tekanan di Parlimen semuanya adalah tindakan yang konsisten dengan perjuangan untuk membina sistem pilihanraya yang lebih telus, adil dan bersih”

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak layak bercakap tentang persempadanan semula yang ‘telus’

Kenyataan Media Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, di Kuala Lumpur pada 31hb Mei 2013

Pada 26 Mei 2013, akhbar The Star [1] telah memetik kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang telah cuba menyakinkan orang ramai bahawa proses persempadanan semula yang akan datang akan dijalankan dengan ‘penuh ketelusan’. Beliau juga telah cuba mempertahankan SPR daripada tuduhan-tuduhan berkaitan dengan penggarisan semula kawasan pilihanraya yang lebih memihak kepada BN dengan mengatakan bahawa ‘Sebenarnya ramai orang yang tidak tahu bagaimana kajian dijalankan dan hanya percaya dengan beberapa parti politik yang menuduh kami tidak menjalankan tugas mengikut undang-undang.’

Continue reading “Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak layak bercakap tentang persempadanan semula yang ‘telus’”