Kompleks letak kereta bertingkat terbengkalai di KTM Serdang yang bernilai RM8.48 juta membuktikan bahawa ‘sistem tender terbuka’ yang diamalkan oleh BN sebenarnya tidak berkesan sama sekali dan gagal mengurangkan pembaziran.

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 14 Mac 2014 di Serdang

Mengikut hasil tender yang diterbitkan di laman web Syarikat Aset Keretapi (Perbadanan Aset Keretapi) (Lampiran 1 di bawah), kompleks letak kereta bertingkat di sebelah stesen KTM Serdang yang bernilai RM8.48 juta sepatutnya telah siap dibina pada 2 Ogos 2012.[1] Ini juga telah diumumkan oleh Pengerusi BN Serdang, Datuk Liew Yuen Keong dalam laporan akhbar bertarikh 11 Mac 2011.[2] Malangnya, projek ini telah diberhentikan sebelum saya diundi sebagai Ahli Parlimen Serdang pada 5 Mei 2013.

Continue reading “Kompleks letak kereta bertingkat terbengkalai di KTM Serdang yang bernilai RM8.48 juta membuktikan bahawa ‘sistem tender terbuka’ yang diamalkan oleh BN sebenarnya tidak berkesan sama sekali dan gagal mengurangkan pembaziran.”