UKM sepatutnya mula mengadakan dialog terbuka dengan pelajarnya dan bukannya menghukum mereka kerana menyatakan pandangan mereka

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli PArlimen Serdang pada 27 Jun 2015

Pada 29 Jun 2015 (Isnin), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM akan memanggil 13 orang pelajar yang terlibat dalam protes pada 27 Mac 2015 mengenai isu gangguan bekalan air di beberapa kolej kediaman yang antaranya tiada bekalan air untuk lebih dari 2 minggu.

Kebebasan untuk berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perkara 10.1 (b) Perlembagaan Persekutuan dan demonstrasi pelajar pada 27 Mac 2015 merupakan sebuah perhimpunan aman.

Salah satu tuduhan yang dilemparkan kepada pelajar oleh pihak pengurusan UKM adalah bahawa mereka menyerahkan memorandum kepada saya semasa protes pada 27 Mac 2015 (rujuk Lampiran 1). Saya dimaklumkan bahawa pelajar akan mengadakan protes ini, dan sebagai Ahli Parlimen kawasan Serdang yang termasuk UKM, saya merasakan ia merupakan tugas dan tanggungjawab saya untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh pelajar berikutan gangguan air ini.

Continue reading “UKM sepatutnya mula mengadakan dialog terbuka dengan pelajarnya dan bukannya menghukum mereka kerana menyatakan pandangan mereka”

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak sepatutnya melibatkan diri dalam urusan pendidikan

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 1 Jun 2015

April 2015 menandakan permulaan kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM) dengan Massachusetts Institute of Technology Sloan School of Management (MIT Sloan) selama 10 tahun bagi menubuhkan Asia School of Business (ASB) di Kuala Lumpur.[1]

Walaupun usaha Bank Negara perlu dipuji kerana mahu menjadikan ASB sebagai “sekolah perniagaan terunggul yang akan membangunkan pemimpin berwawasan dan berprinsip yang akan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik dan meningkatkan kemajuan dunia”[2], namun urusan pendidikan bukanlah sesuatu yang patut dicampuri oleh BNM. Bahkan Bahagian II 5(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga menyatakan “Matlamat utama Bank adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.” Bahagian 5(2) pula menyenaraikan fungsi-fungsi utama bank, termasuklah (i) untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia (ii) untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia (iii) untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank (iv) untuk menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran (v) untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara Malaysia (vi) untuk bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan. Tiada satu pun dalam bahagian ini yang menyatakan bahawa Bank Negara perlu terlibat dalam sektor pendidikan terutamanya apabila ia langsung tiada kaitan secara langsung dengan sektor kewangan dan perbankan negara.

Continue reading “Bank Negara Malaysia (BNM) tidak sepatutnya melibatkan diri dalam urusan pendidikan”

Negara-negara Asia menduduki kedudukan lima (5) teratas subjek Sains dan Matematik dalam ranking Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), namun Malaysia berada di tangga ke 52 – Adakah kita masih bertaraf dunia?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 14 Mei 2015

Dalam laporan ranking Sains dan Matematik OECD yang dikeluarkan baru-baru ini iaitu kajian paling menyeluruh sehingga kini, kedudukan 5 teratas dimonopoli oleh negara Asia iaitu Singapura (tempat pertama), Hong Kong (ke-2), Korea Selatan (ke-3), dan Jepun dan Taiwan berkongsi tempat keempat (ke-4).[1]

Akan tetapi, Malaysia hanya menduduki tempat ke-52 daripada 76 negara. Di Asia Tenggara, Malaysia bukan sahaja berada di belakang Singapura, malahan juga ketinggalan berbanding Vietnam (ke-12) dan Thailand (ke-47). Malaysia juga berada di kedudukan bawah Ukraine (ke-38), Turki (ke-41), UAE (ke-45) dan Kazakhstan (ke-49). (Rujuk Lampiran 1 bagi senarai penuh)

Continue reading “Negara-negara Asia menduduki kedudukan lima (5) teratas subjek Sains dan Matematik dalam ranking Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), namun Malaysia berada di tangga ke 52 – Adakah kita masih bertaraf dunia?”