Inikah transformasi apabila dua orang Menteri yang memegang ijazah palsu juga bertanggungjawab ke atas pembangunan sumber manusia di Malaysia?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang dan Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera serta Julian Tan Kok Ping, Ahli Parlimen Stampin di Parlimen pada 26hb Jun 2013

 Ianya sungguh mengecewakan apabila pada hari pertama sesi untuk jawapan Menteri-Menteri dalam siding Parlimen pertama selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13, didapati bahawa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah melantik dua orang Menteri yang memegang ijazah yang disyaki palsu dan yang diperolehi daripada ‘kilang ijazah.’

Menteri pertama yang kami maksudkan ialah Richard Riot, bekas Timbalan Menteri Luar Negeri dan kini menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia (MoHR). Menurut tulisan lepas di laman web Menteri Luar Negeri, beliau telah memperolehi Ijazah Saujana Muda dalam Pengurusan Perniagaan daripada Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta pada 1994 serta Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan daripada Preston University di Amerika Syarikat.

Continue reading “Inikah transformasi apabila dua orang Menteri yang memegang ijazah palsu juga bertanggungjawab ke atas pembangunan sumber manusia di Malaysia?”

Saya menggesa kerajaan Barisan Nasional serta PDRM agar membebaskan aktivis mahasiswa Adam Adli dengan segera dan juga menghentikan segala jenis penindasan terhadap aktivis mahasiswa dan pemimpin belia

Kenyataan Media Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, di Kuala Lumpur pada 20hb Mei 2013

Pada 18hb Mei 2013, aktivis mahasiswa Adam Adli telah ditahan polis kononnya kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan berniat menghasut. Kenyataan tersebut diucapkan beliau ketika di forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13hb Mei 2013, di mana beliau telah menyeru orang ramai untuk ‘turun ke jalanraya’ demi membantah penipuan pilihanraya yang berlangsung semasa PRU13 yang lalu.[1]

Menurut SUARAM, Adam Ali kini direman selama 5 hari di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan.[2] Seksyen 4 Akta Hasutan melarang diskursi yang disifatkan berniat menghasut dan jika didapati bersalah, Adam mungkin dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 3 tahun, didenda jumlah wang tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Adam kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Continue reading “Saya menggesa kerajaan Barisan Nasional serta PDRM agar membebaskan aktivis mahasiswa Adam Adli dengan segera dan juga menghentikan segala jenis penindasan terhadap aktivis mahasiswa dan pemimpin belia”

Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa perjelas kemerosotan berterusan Malaysia dalam kajian TIMMS 2011 dan jurang ketara antara markah purata pelajar lelaki dan perempuan bagi subjek Matematik dan Sains

Pada 2007, Malaysia telah mengalami kemerosotan purata pencapaian dalam dua subjek teras iaitu – Sains dan Matematik (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dalam kajian oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) membabitkan 59 negara.

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Continue reading “Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa perjelas kemerosotan berterusan Malaysia dalam kajian TIMMS 2011 dan jurang ketara antara markah purata pelajar lelaki dan perempuan bagi subjek Matematik dan Sains”