Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa beliau telah mengambil kira kritikan serius oleh Panel Penilai Bebas terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, MP Serdang, di Parlimen, 4hb Julai 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah dilancarkan pada 11hb September 2012. Sebelum itu, Panel Penilai Bebas (PPB) telah ditubuhkan sebagai salah satu daripada panel ‘peringkat tinggi’ (‘high-level’) yang bertujuan memberi pendapat (‘feedback’) kepada Menteri Pendidikan. Panel Penilai Bebas (PPB) ini terdiri daripada ramai tokoh yang terkenal (lihat Lampiran 1) dan dipengerusikan oleh Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, iaitu bekas Naib Canselor USM dan kini merupakan Naib Canselor Albukhary International University.

Continue reading “Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa beliau telah mengambil kira kritikan serius oleh Panel Penilai Bebas terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025”

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan sebab-sebab beliau telah meluluskan program berkos RM27 juta untuk melatih 1,000 guru dalam bidang Pendidikan Jasmani (PE) dengan kos sebanyak RM27, 000 untuk setiap ‘diploma’ yang sebenarnya merupakan program tahap bersijil selama 6 bulan sahaja

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, di Parlimen pada 27 June 2013

Semalam (26 Jun 2013) saya telah menerima jawapan bertulis daripada Menteri Pendidikan mengenai jumlah kos Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) yang sedang dikelolakan oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA). Akan tetapi, jawapan yang telah saya terima (Lampiran 1) mengandungi butir-butir yang amat mencurigakan maka saya ingin memohon penjelasan yang lebih lanjut daripda Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang pertama sekali, Menteri perlu menjelaskan sama ada terdapat apa-apa ‘conflict of interest’ dalam pemberian kontrak ini kepada KH Sukan World Sdn Bhd yang juga merupakan ejen bagi Akademi Sukan Amerika Syarikat yang dilantik melalui rundingan terus (Lampiran 2). KH Sports World Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menjual peralatan sukan dan pengerusinya iaitu Hisham Suhaili Othman [1], yang juga merupakan Timbalan Ketua Puteri UMNO di Kedah dan Ketua Puteri UMNO Bahagian di Langkawi.

Continue reading “Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan sebab-sebab beliau telah meluluskan program berkos RM27 juta untuk melatih 1,000 guru dalam bidang Pendidikan Jasmani (PE) dengan kos sebanyak RM27, 000 untuk setiap ‘diploma’ yang sebenarnya merupakan program tahap bersijil selama 6 bulan sahaja”

Menteri Sumber Manusia, Richard Riot, perlu menjelaskan perincian ijazah-ijazah beliau

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari di Parlimen pada 27 Jun 2013

Apabila didedahkan bahawa Datuk Richard Riot telah mendapat ijazah sarjana muda dan Ijazah Sarjana daripada kilang ijazah, Menteri menjawab dengan mengatakan bahawa beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia daripada University of Hertfordshire, London.[1]

Menteri juga dilaporkan telah berkata bahawa “beliau tidak tahu di mana Ong mendapat maklumat mengenai ‘ijazah palsu’ dan bahawa sumber maklumat itu tidak penting.”[2] Lampiran 1 di bawah menunjukkan bahawa ia adalah laman web Kementerian Luar Negeri yang menyenaraikan Richard Riot sebagai telah “memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Preston University, Amerika Syarikat.” [3] Pada 11:52, 26 Jun 2013, laman web Kementerian Luar Negeri masih menunjukkan biodata Richard Riot ini walaupun beliau tidak lagi Timbalan Menteri Luar Negeri.

Continue reading “Menteri Sumber Manusia, Richard Riot, perlu menjelaskan perincian ijazah-ijazah beliau”