Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi merangkap Pembantu Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 15 Oktober 2021

Peranan saya sebagai Ahli Parlimen — Bahagian 2: Khidmat Rakyat

Saya perlu mengakui yang perkhidmatan rakyat di kawasan, yang merupakan salah satu tugas utama Ahli Parlimen (MP), bukanlah satu tugas yang saya nanti-nantikan semasa saya mula-mula menjadi MP. Saya lebih berminat untuk bercakap mengenai isu-isu nasional melalui kenyataan media dan perbahasan parlimen. Prospek meluangkan masa saya dengan menunjukkan longkang mana yang tersumbat dan lubang-lubang di jalan raya bukanlah satu perkara yang saya rasakan merupakan tanggungjawab seorang MP. Selepas lebih daripada 8 tahun menjadi seorang MP, saya kini menghargai pengalaman khidmat rakyat ini, terutamanya apabila saya dapat lihat bagaimana pengalaman ini dapat membuatkan saya seorang MP yang lebih berkesan dalam menyuarakan isu-isu nasional dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh penduduk dan pengundi dalam kawasan saya (dan di luar).

Berdasarkan pengalaman saya, terdapat pelbagai kategori khidmat rakyat yang telah saya jalankan: (i) Bantuan kebajikan (ii) Infrastruktur awam (tebatan banjir, jalan, longkang, lampu jalan, dan lain-lain…) (iii) Berurusan dengan kerajaan (surat rayuan kemasukan sekolah dan universiti, isu imigresen) (iv) Menghadiri acara (majlis makan malam, gotong-royong, acara komuniti, sambutan perayaan) dan (v) Permohonan peruntukan. 

(i) Bantuan kebajikan datang daripada pelbagai sumber

Saya telah menerima mesej dan panggilan daripada individu dengan pelbagai latar belakang yang memohon bantuan, sama ada secara terus atau melalui pejabat saya. Dalam era pra-COVID19, permintaan ini kebiasaannya dalam bentuk meminta bantuan untuk membayar bil perubatan dan membeli kerusi roda, membayar sewa rumah akibat keadaan luar jangka peribadi atau penderaan rumah tangga, atau untuk membayar yuran pendidikan, dan ini hanyalah antara beberapa contoh yang terlintas di fikiran. Pejabat saya akan cuba bantu selagi boleh, namun, dana yang kami ada jelas sekali terhad. Kebiasaannya kami akan bekerjasama dengan NGO untuk mengambil tindakan susulan dengan kes-kes yang lebih memerlukan. 

Antara kes kebajikan unik yang dikendalikan oleh pasukan saya baru-baru ini adalah kes sepasang adik beradik yang baru kehilangan ibu mereka akibat COVID19. (Bapa mereka telah meninggalkan mereka) Mereka tinggal di dalam sebuah rumah kayu kecil di Bangi Lama dan keseluruhan rumah tersebut dipenuhi sampah. Ini adalah satu kes sindrom mengumpul yang dihadapi oleh ibu mereka dan saya syak anak perempuan beliau juga mungkin mengalami sindrom yang sama. Pasukan saya meluangkan masa kira-kira 4 jam untuk mengosongkan kira-kira dua tong sampah penuh.

Kami juga bantu membasuh rumah tersebut selepas semua sampah dikeluarkan. 

Kami masih mengikuti perkembangan terkini kes ini dan pasukan saya baru sahaja menghantar sebuah mesin basuh baharu kepada rumah ini minggu lepas.

(ii) Penambahbaikan infrastruktur boleh menjadi rumit dan memerlukan interaksi rapat dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di peringkat kerajaan yang berbeza

Saya bernasib baik dan bersyukur kerana dipilih menjadi MP di sebuah negeri yang ditadbir oleh PH, iaitu Selangor. Perkara ini bermakna, kebanyakkan aduan mengenai infrastruktur awam seperti lubang di jalan raya dan longkang yang tersumbat akan dikendalikan oleh ahli majlis tempatan. Pejabat ketiga-tiga DUN di bawah kawasan Parlimen saya (Balakong, Sungai Ramal, dan Kajang) juga mengendalikan sesetengah aduan ini.

Terdapat juga kes di mana saya dan pasukan saya perlu melibatkan diri dengan lebih dekat untuk mengatasi masalah-masalah infrastruktur ini. Saya akan jelaskan dengan menggunakan tiga contoh. 

Pertama adalah kes kebanjiran serius di sebahagian kawasan di Bandar Baru Bangi, di mana sebahagian kawasan longkang telah mengalami kerosakan, menyebabkan kebanjiran yang serius untuk beberapa rumah yang berdekatan. Saya telah menggerakkan pasukan sukarelawan saya (kebanyakkannya merupakan ahli parti) dan meluangkan setengah hari untuk melancarkan pergerakan longkang ini yang penuh dengan lumpur dan meletakkan paip sebagai gantian sementara untuk longkang yang rosak tersebut. 

Apa yang menariknya, apabila salah seorang penduduk di situ melihat apa yang dilakukan oleh pasukan saya, beliau memanggil seorang rakan perniagaan beliau yang juga merupakan seorang pemandu jengkaut untuk membantu kami membersihkan longkang yang tersumbat itu. (Beliau sendiri adalah seorang kontraktor). Perkara ini menunjukkan kepada saya yang sekiranya penduduk melihat wakil rakyat mereka menggerakkan bantuan kepada komuniti, mereka juga akan menggerakkan sumber mereka untuk turut serta membantu. 

Tindakan kami memberikan sedikit masa kepada komuniti yang terkesan memandangkan pihak JKR memerlukan beberapa minggu sebelum mereka dalam menghantar bekalan dan kontraktor untuk melakukan kerja pembaikan kecemasan kepada longkang tersebut. 

Contoh kedua pula melibatkan kes hakisan tanah di tebing Sungai Langat di Kajang. Semasa waktu hujan lebat, banjir kilat boleh berlaku di beberapa kawasan di sungai tersebut di mana tebingnya terlalu rendah, menyebabkan air sungai melimpah keluar dan membanjiri rumah-rumah yang berdekatan. 

Untuk memahami mengapa sungai ini selalu melimpah dan menyebabkan hakisan tanah yang serius di sesetengah bahagian, saya telah menyusun satu program ekspedisi sungai untuk sebahagian daripada kawasan Sungai Langat ini. Perjalanan sejauh 7km ini mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan saya berjaya mengambil gambar dan merakam video tempat-tempat di sekitar sungai ini yang telah “ditambak” secara haram dan diduduki, yang menjadi salah satu sebab utama peralihan aliran sungai yang menyebabkan hakisan yang berlaku dengan lebih pantas dan serius. 

Sekiranya anda berminat, anda boleh lihat ekspedisi ini di Facebook. Pasukan saya, termasuklah ahli majlis tempatan saya yang bekerja keras, Puan Lily, telah membuat lawatan susulan kepada kawasan yang terkesan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan beberapa kerja-kerja tebatan banjir. Kami terus bekerjasama dengan pihak JPS, Pejabat Tanah, dan MPKJ mengenai perkara ini memandangkan kerja-kerja mengosongkan petempatan haram dan struktur di sekitar rizab sungai ini boleh menjadi satu perkara yang agak sensitif.

Contoh ketiga penambahbaikan infrastruktur saya melibatkan penambahbaikan trek larian di Bandar Baru Bangi yang berada dalam keadaan yang sangat uzur. Saya telah mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk menambahbaik trek ini dan memasang lampu di sekitar trek ini supaya ia dapat digunakan pada waktu malam. Mula-mulanya, saya berhadapan dengan cabaran untuk melaksanakan projek ini memandangkan tidak ada sesiapa di pihak berkuasa tempatan, MPKJ, yang mempunyai pengalaman untuk menambahbaik trek ini. Akhirnya, pejabat saya menggalas tanggungjawab projek ini. Kami mengeluarkan notis tender, memilih kontraktor yang terbaik, dan mengadakan lawatan tapak secara berkala untuk memastikan spesifikasi projek ini dipatuhi. Saya bernasib baik kerana mendapat peluang untuk bertanding olahraga di sekolah menengah saya di Singapura dan sekolah saya mempunyai trek larian sintetik sepanjang 400m, jadi saya agak kenal dengan spesifikasi trek ini. 

Pembinaan bermula pada bulan Ogos 2020 dan siap pada bulan Februari 2021. Pembinaan ini lewat sedikit kerana pelaksanaan PKP 2.0. Trek ini dibuka kepada orang awam pada bulan April 2021. Setahu saya, ini adalah satu-satunya trek larian di Malaysia yang terbuka kepada orang awam secara percuma dan mempunyai lampu yang dipasang sehingga jam 10 malam (pada waktu bukan PKP). Memandangkan kos projek ini lebih rendah daripada peruntukan, saya masih mempunyai baki yang akan digunakan untuk membeli kelengkapan tambahan untuk kegunaan atlet seperti rintangan, blok permulaan, tiang besi, dan perkakasan lain. Menjadi harapan saya supaya tempat ini dapat digunakan untuk mengadakan pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan untuk acara olahraga, termasuklah acara-acara sukan yang kurang popular seperti lompat galah, lontar tukul besi dan lontar cakera. Saya juga berharap trek ini akan menjadi salah satu tempat di mana atlet negeri dan kebangsaan dapat gunakan untuk berlatih secara berkala. 

(iii) Menulis surat rayuan kepada agensi kerajaan adalah satu perkara biasa

Pejabat saya dan juga saya kerap menerima permintaan untuk menulis surat rayuan kepada pelbagai agensi kerajaan bagi pihak pengundi dan penduduk. Surat rayuan daripada ibu bapa yang mahu menukar sekolah anak mereka adalah antara surat yang paling dikenali oleh kebanyakan MP. Surat-surat lain, termasuklah rayuan untuk diskaun pembedahan dan rawatan di hospital kerajaan, surat sokongan permohonan dana oleh penduduk pangsapuri kos rendah, dan surat rayuan daripada pelajar yang tidak berjaya mendapatkan kursus pilihan mereka di universiti awam. Keberkesanan surat ini bergantung kepada kes yang berkenaan itu sendiri. Untuk kes-kes yang benar-benar memerlukan perhatian saya, saya sendiri akan cuba mendapatkan perkembangan susulan daripada agensi kerajaan yang berkenaan atau membangkitkan perkara ini kepada Menteri atau Timbalan Menteri yang berkenaan. 

(iv) Menghadiri acara jemputan patut lebih daripada sekadar hadir dan memberikan ucapan

Dalam era pra-pandemik, seorang MP dijangka untuk hadir ke pelbagai acara dan majlis, termasuklah sambutan perayaan, majlis makan malam yang dianjurkan pelbagai NGO dan persatuan, gotong royong, dan lain-lain majlis lagi. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri di MITI, jelas sekali saya mempunyai lebih banyak majlis sebegini untuk dihadiri, tetapi untuk penulisan ini, saya hanya akan fokus kepada acara yang saya hadiri sebagai seorang Ahli Parlimen. 

Untuk kebanyakan jemputan ini, MP dijemput untuk memberikan ucapan dan mengumumkan sumbangan kewangan mereka kepada acara-acara ini. Namun begitu, saya sedari terdapat keperluan untuk mengumumkan dan menjelaskan beberapa dasar-dasar kerajaan negeri Selangor memandangkan ramai pengundi dan penduduk mungkin tidak sedar mengenai dasar-dasar ini. Semasa PH mentadbir, saya juga akan menggunakan peluang-peluang ini untuk menjelaskan dasar-dasar baharu yang dibuat oleh kerajaan PH.

Secara idealnya, saya mahu menggunakan acara-acara untuk mengumpulkan maklum balas dan maklumat daripada pemimpin organisasi, NGO, dan persatuan yang terlibat ini untuk menilai keberkesanan dasar semasa kerajaan dan juga untuk membangkitkan perkara-perkara berkenaan kawasan setempat, tetapi kebiasannya, masa tidak mengizinkan perbincangan mendalam sebegini. Saya cuba untuk mengatasi masalah kesuntukan masa ini dengan mendapatkan pegawai khas saya untuk bersama-sama menghadiri majlis ini supaya mereka dapat mendapatkan maklum balas daripada lapangan dan mengingatkan saya mengenai langkah susulan selepas acara-acara ini. 

(v) Permohonan peruntukan yang perlu diproses dengan cermat

Setiap MP pasti akan menerima surat permohonan peruntukan untuk pelbagai tujuan, termasuklah daripada badan pengurusan bersama (JMB) untuk penambahbaikan infrastruktur dan daripada NGO / persatuan untuk aktiviti mereka. Cabaran untuk saya adalah untuk memastikan mana-mana badan yang memohon peruntukan ini menggunakan dengan cara yang telus dan berkesan. Perkara ini adalah satu proses pembelajaran di mana Ahli-ahli Parlimen akan mula mengenali NGO / persatuan mana yang boleh dipercayai dan aktif. Kebiasaannya, saya akan cuba untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh NGO / persatuan ini untuk mengenali pemimpin mereka dan mengetahui bagaimana mereka menggunakan peruntukan yang diberikan. Saya juga cuba memastikan peruntukan saya dibahagikan sama rata di antara tiga kawasan DUN di kawasan saya. Di penghujung setiap tahun, saya kebiasaannya akan menerbitkan laporan mengenai bagaimana peruntukan ini telah diedarkan, baik sama ada dengan peruntukan kerajaan negeri atau pun peruntukan yang diberikan kerajaan persekutuan. 

COVID19 jelas sekali telah mengubah cara khidmat rakyat dijalankan dalam tempoh 2 tahun yang lepas. Acara awam seperti majlis makan malam dan gotong royong tidak lagi diadakan sejak bulan Mac 2020. Sepanjang masa ini, saya telah mengubah cara perkhidmatan kawasan saya untuk lebih menumpukan usaha kepada COVID19. 

Pejabat dan sukarelawan saya telah mengadakan pelbagai program capaian COVID19 sejak bulan Mac 2020, termasuklah program pendaftaran COVID19 di pasar, pusat membeli belah, dan dari pintu ke pintu. Kami juga telah aktif menggerakkan program ujian saringan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor pada awal tahun ini, termasuklah dengan menghantar sesetengah sukarelawan saya untuk membantu kawasan berdekatan seperti Kinrara dan Subang Jaya (yang mencatatkan rekod 5000 ujian saringan, kadar tertinggi di Selangor). Untuk sesetengah Pusat Penilaian COVID19 (CAC) di kawasan saya, pejabat saya menyediakan penghawa dingin dan kipas tambahan dan juga makanan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas di pusat-pusat ini. Kami juga menerima banyak permintaan program sanitasi daripada rumah, pangsapuri, rumah kedai, dan pemilik kilang yang mendapati terdapat orang yang dijangkiti positif di premis mereka. 

Apabila program vaksinasi bermula, sukarelawan saya ditempatkan di sesetengah pusat pemberian vaksin / PPV untuk membantu usaha kawalan orang ramai dan kami juga cuba untuk bantu dari segi pengangkutan di mana yang boleh. Saya juga bernasib baik kerana berpeluang untuk bekerja dengan seorang Pegawai Daerah yang amat proaktif di Hulu Langat, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, untuk membuka PPV di daerah Hulu Langat yang mana kawasan Parlimen Bangi terletak. (Beliau kini merupakan YDP MPKJ). Saya juga amat berbesar hati dengan pencalonan daripada Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari, dengan persetujuan Menteri MOSTI ketika itu, Khairy Jamaluddin, untuk menyertai Operasi Surge Capacity, yang berjaya memastikan hampir 100% penduduk di Lembah Klang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang hujung bulan Julai / awal Ogos. 

Impian saya untuk disertakan dalam komik COVID BALL Z juga dipenuhi sebagai hasil sumbangan saya kepada OSC.

Dengan lengkapnya program vaksinasi PICK dalam kalangan penduduk dewasa di Lembah Klang, saya bersama dengan pasukan saya telah menumpukan usaha kami dengan bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan juga Kerajaan Negeri Selangor (menerusi SELVAX) untuk mengadakan program vaksinasi bergerak di kawasan-kawasan dengan jumlah bukan warganegara yang tinggi. Setakat ini, kami telah mengadakan dua program vaksinasi dengan PBSM (dengan 368 dan 260 dos vaksin diedarkan) dan satu program vaksinasi SELVAX (dengan 350 dos diedarkan) yang akan disusuli dengan program edaran dos kedua. 

Satu lagi aktiviti berkenaan COVID19 yang giat dijalankan pejabat saya adalah edaran bantuan bakul makanan dan makanan segar seperti ayam, sayur-sayuran dan ikan. Saya melawat sesetengah pangsapuri kos rendah (yang kebanyakannya tidak mempunyai badan pengurusan bersama yang berfungsi) yang saya belum pernah lawat sebelum ini untuk mengedarkan bantuan. 

Akhir sekali, saya berbesar hati atas peluang untuk mengadakan program rundingcara secara pro-bono kepada industri PKS yang terjejas teruk dengan pelaksanaan sekatan pergerakan. Saya amat bernasib baik kerana seorang pengundi di kawasan saya juga merupakan seorang perunding dapat menggerakkan satu pasukan yang terdiri daripada lebih 10 orang perunding pro-bono untuk membantu saya mencapai kepada lebih daripada 30 PKS yang memohon bantuan. Kami berjaya membantu sesetengah daripada mereka untuk memohon Program Subsidi Upah PERKESO hasil usaha proaktif dan responsif daripada CEO PERKESO, Dr Mohammed Azmin. Kami juga dapat mencadangkan beberapa idea kepada PKS daripada pelbagai sektor ekonomi, daripada hotel bajet kepada pusat jagaan harian dan kepada pengilang bitumen. Ia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan bernilai untuk semua yang terlibat. 

Masih terdapat pelbagai cabaran untuk saya dalam menjalankan khidmat rakyat di kawasan saya. Antaranya, jumlah pengundi dan penduduk di dalam kawasan saya ini membuatkan sukar untuk saya cuba mencapai dan mendekati semua taman dan kawasan perumahan. Setakat suku kedua 2021, kawasan saya mempunyai 194,000 pengundi berdaftar, jumlah tertinggi dalam negara. Dengan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, jumlah pengundi di kawasan saya akan bertambah kepada 294,000 orang, dua kali ganda jumlah pengundi di keseluruhan negeri Perlis! Secara idealnya, proses persempadanan semula patut dijalankan di mana kawasan saya dapat dibahagikan kepada 2 kawasan parlimen supaya tanggungjawab ini dapat dikongsi bersama dengan seorang lagi MP. Syukur saya ada pasukan yang berdedikasi di pejabat saya dan juga sekumpulan sukarelawan yang boleh digerakkan apabila diperlukan. 

Saya menyesali hakikat di mana pejabat saya dan saya tidak dapat untuk mengikuti perkembangan terkini orang-orang yang dibantu oleh pejabat saya dalam tahun-tahun yang lepas. Secara idealnya, proses ini sepatutnya dijalankan oleh kementerian atau agensi kerajaan yang berkenaan, sebagai contoh, Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi kebanyakan jabatan kerajaan ini juga kekurangan kakitangan atau tidak mampu untuk menjalankan proses semakan susulan ini. 

Apabila ekonomi terus dibuka semula dan keadaan mula kembali normal, saya berharap saya dapat menggunakan pengalaman dan kenalan yang saya kumpulkan dengan pelbagai pegawai kerajaan dan juga di sektor swasta untuk meningkatkan keberkesanan usaha khidmat rakyat di kawasan saya. Sila ikuti saya di Facebook sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti khidmat rakyat saya! (https://www.facebook.com/ongkianming)

Nota akhir: Saya mengumpulkan banyak pengalaman mengenai khidmat rakyat daripada mendiang mantan ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee. Saya tidak rasakan akan ada mana-mana wakil rakyat yang dapat menghampiri rekod khidmat rakyat Eddie. Saya harap, apa yang saya dapat lakukan dapat menjadi satu representasi yang hampir sama dengan khidmat beliau kepada rakyat sebelum ini. 

Kenyataan Media Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 23 Januari 2021

Majlis Keselamatan Nasional (MKN) gagal dalam tanggungjawab memerangi pandemik COVID-19 apabila membenarkan merentas negeri pada bulan Disember 2020 ketika kadar “peratus positif” saringan COVID-19 melebihi 5%

Pada 18 Januari 2021, saya telah menerbitkan senarai 10 soalan berkaitan COVID-19 yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Tan Sri Dr. Noor Hisham. Salah satu soalan yang saya ajukan ialah adakah KPK akan menerbitkan nilai Rt mengikut negeri supaya orang ramai dapat mengetahui tren COVID-19 yang diramalkan untuk setiap negeri dan juga bagaimana nilai Rt dapat digunakan untuk menentukan bilanya MCO akan dihentikan bagi setiap negeri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KPK kerana menerbitkan nilai Rt terkini mengikut negeri semalam, pada 21 Januari 2021. Ramalan terkini menunjukkan bahawa jumlah COVID-19 harian mungkin mencecah 8000 kes pada akhir bulan Mac 2021 jika nilai Rt kekal pada tahap 1.1 untuk seluruh negara.

Selain daripada nilai Rt, kita juga harus memberi perhatian pada kadar “peratus positif” (“percentage positive”) harian saringan COVID-19. Saya juga meminta agar angka ini diumumkan secara nasional dan juga mengikut negeri. Walaupun kadar saringan positif tidak diumumkan secara terbuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), angka-angka ini diberikan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kemudian dipaparkan di laman web “OUR WORLD IN DATA”.

Mengapa kadar “peratus positif” harian adalah ukuran yang penting? Menurut pakar di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, “peratus positif adalah ukuran kritikal kerana ia memberi kita petunjuk betapa meluas jangkitan di kawasan di mana saringan sedang dijalankan — dan adakah tahap saringan sesuai berbanding dengan tahap penularan penyakit. ” Bagaimana harus kita tafsirkan angka “peratus positif “ini? Apakah tahap yang harus dianggap terlalu tinggi?

Menurut WHO, ambang “peratus positif” adalah 5%. Hanya apabila angka ini turun menjadi kurang dari 5%, kerajaan harus melonggarkan peraturan dan syarat yang sedia ada untuk mengawal penyebaran COVID-19. Pada 21 Januari 2021, CodeBlue melaporkan bahawa kadar “peratus positif” Malaysia telah melebihi 5% sejak 6 November 2020 dan tidak turun di bawah 5% sejak itu. (Lampiran 1 di bawah) Oleh kerana kadar “peratus positif” melebihi 5% pada bulan November dan Disember, mengapakah Majlis Keselamatan Nasional (MKN) membenarkan perjalanan merentas negeri bermula pada 7hb. Disember 2020 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Adakah langkah ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kes COVID terutamanya memandangkan jumlah perjalanan merentas negeri yang tinggi ke tempat-tempat seperti Langkawi semasa percutian akhir tahun?

Ini adalah salah satu contoh lagi di mana langkah yang tidak konsisten ditunjukkan oleh pihak Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dari segi dasar kesihatan awam untuk memerangi wabak COVID-19. Keputusan untuk menyekat pergerakan dan kemudian meningkatkan sekatan sepertinya tidak berdasarkan peraturan atau garis panduan yang konsisten. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi gagal meyakinkan orang ramai bahawa ia mempunyai rancangan yang konsisten, koheren dan komprehensif untuk mengawal wabak ini.

Media Statement by Dr. Ong Kian Ming, Member of Parliament for Bangi and Assistant Political Education Director for the Democratic Action Party (DAP) on the 22nd of January, 2021

The National Security Council (NSC) failed the country in the fight against the COVID-19 pandemic in allowing inter-state travel in December 2020 when the “percent positive” testing rate for the virus was over 5%

On the 18th of January, 2021, I published a list of 10 COVID-19 related questions directed to the Director General (DG) of Health, Tan Sri Dr. Noor Hisham.[1] One of the questions I asked was whether the DG would publish the Rt Values by state so that the public can know the projected COVID-19 trends for each state and also how the Rt value can be used to determine when the current MCO 2.0 can be lifted for each state. I would like to thank the DG for publishing the latest Rt values by the state yesterday, on the 21st of January, 2021.[2] These projections show that the number of daily COVID-19 could reach 8000 cases by the end of March 2021 if the Rt value remains at 1.1 for the entire country.

Apart from the Rt value, we should also focus on the daily “percent positive” rate of COVID-19 tests. I also called for this figure to be revealed nationally and by state. Although the positive testing rate is not published publicly by the Ministry of Health (MOH), these figures are provided to the World Health Organisation (WHO) and subsequently published in the “OUR WORLD IN DATA” website.[3]

Why is the daily “percent positive” rate an important measure? According to experts at the Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, the percent positive is a critical measure because it gives us an indication how widespread infection is in the area where the testing is occurring—and whether levels of testing are keeping up with levels of disease transmission.“[4] How should we interpret this “percent positive” figure? What levels should be considered too high?

According to the WHO, the threshold of “percent positive” is 5%. Only when this figure drops to less than 5% should a government relax existing public health measures put in place to control the spread of COVID-19. On the 21st of January 2021, CodeBlue reported that Malaysia’s “percent positive” rate has been more than 5% since the 6th of November 2020 and has not dropped below 5% since.[5] (Figures reproduced in Figure 1 below) Since the “percent positive” rate was more than 5% in the months of November and December, why did the National Security Council (NSC) allow for inter-state travel to take place starting on the 7th of December 2020 under the Conditional Movement Control Order (CMCO)? Could this have contributed to the spike in the number of COVID cases especially given the high amount of travel to places like Langkawi during the end of the year holiday?

This is another example of the lack of consistency on the part of the National Security Council (NSC) when it comes to public policies in fighting the COVID-19 pandemic. Decisions to restrict movement and then later increase restrictions do not seem to be based on any consistent rules or guidelines. The Perikatan Nasional (PN) government has once again failed to convince the public that it has a consistent, coherent, and comprehensive plan to control this pandemic.


[1] https://www.facebook.com/ongkianming/posts/3659240927464274

[2] http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/unjuran-r-naught-12092020-hingga-31052021

[3] https://ourworldindata.org/coronavirus

[4] https://www.jhsph.edu/covid-19/articles/covid-19-testing-understanding-the-percent-positive.html

[5]https://codeblue.galencentre.org/2021/01/21/malaysia-under-testing-for-covid-19-since-november/