Menyeru kerajaan tubuh Jawatankuasa Kerja Antara Kementerian untuk menangani isu gelendangan

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 13 Jun 2014

Menurut laporan berita semalam, kerajaan sedang merancang tindakan ops yang besar bagi menangani isu gelendangan dan pengemis di KL mulai bulan depan iaitu Julai 2014.[1] Tindakan ops ini akan dilancarkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan bantuan pihak polis, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya (DBKL) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Namun, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri, Dauk Seri Rohani Abdul Karim, yang telah dilaporkan dalam pelbagai laporan berita menunjukkan bahawa beliau kurang memahami serta kurang empati terhadap masalah gelendangan.

Continue reading “Menyeru kerajaan tubuh Jawatankuasa Kerja Antara Kementerian untuk menangani isu gelendangan”

Suruhanjaya Keterangkuman Sosial boleh memainkan peranan dalam memantau dasar-dasar anti-kemiskinan serupa dengan peranan SUHAKAM yang memantau tindakan kerajaan dalam pelbagai bidang hak asasi manusia

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 10 April 2014

Pada 27 Mac, dalam jawapan Parlimen beliau, Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU), Senator Abdul Wahid Omar, membalas cadangan saya tentang Akta Keteraangkuman Sosial / Social Inclusion Act (SIA) dengan berkata bahawa “Akta tersebut tidak diperlukan dan tidak akan dipertimbangkan.”[1] Ini sungguh mengecewakan memandangkan negara kita sedang menghadapi masalah kemiskinan yang serius.

Walaupun tahap kemiskinan tegar di negara ini telah menurun dengan ketara semenjak 50 tahun yang lalu, hakikat bahawa 80% daripada 5.2 juta isi rumah layak untuk pusingan pertama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan bahawa kemiskinan relatif di negara ini masih perlu ditangani. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, telah menyatakan bahawa 7.9 juta individu dan keluarga akan menerima BR1M 3.0 dan kerajaan akan menanggung perbelanjaan sebanyak RM4.5 bilion berbanding dengan RM3 bilion bagi BR1M 2.0 dan RM2.6 bilion bagi BR1M 1.0.[2]

Continue reading “Suruhanjaya Keterangkuman Sosial boleh memainkan peranan dalam memantau dasar-dasar anti-kemiskinan serupa dengan peranan SUHAKAM yang memantau tindakan kerajaan dalam pelbagai bidang hak asasi manusia”

Mengapa saya menyokong pembentangan Akta Keterangkuman Sosial 2014 sebagai rang undang-undang ahli persendirian oleh Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 24 Februari 2014, di Kuala Lumpur

Pagi tadi, Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, telah mengemukakan usul untuk membentangkan Akta Keterangkuman Sosial 2014 sebagai rang undang-undang ahli persendirian di bawah Perkara 49 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Parlimen. Bersama usul ini dimasukkan surat sokongan saya sebagai penyokong kedua bagi rang undang-undang ahli persendirian ini.[1]

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) atas sokongan mereka terhadap rang undang-undang ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan HAKAM atas usaha mereka dalam merangka rang undang-undang ini.

Continue reading “Mengapa saya menyokong pembentangan Akta Keterangkuman Sosial 2014 sebagai rang undang-undang ahli persendirian oleh Dr Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput”