Perdana Menteri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri dan menghentikan kewujudan agensi yang baru dan mahal

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 29hb Oktober 2013

Baru-baru ini, Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam bajetnya penubuhan Yayasan Hijau (Green Foundation) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC) yang baru. Pada masa yang sama, perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri telah melonjak naik daripada RM14.6 bilion pada 2013 sehingga dijangka mencecah RM16.5 bilion pada 2014 iaitu peningkatan sebanyak 13%.

Antara sebab mengapa perbelanjaan kerajaan telah meningkat dengan ketara sejak 4 tahun yang lalu di bawah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan adalah pengambilan ramai kakitangan kontrak dengan gaji yang amat tinggi, terutamanya di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Continue reading “Perdana Menteri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri dan menghentikan kewujudan agensi yang baru dan mahal”

Ucapan Parlimen 28 Oktober 2013 – Bajet 2014: Ketirisan tidak Ditangani, Janji Dimungkiri dan Rakyat Menyesali

Ucapan Bajet Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang (Pakatan Rakyat) pada 28 Oktober 2013

Terlebih dahulu, saya ucapkan ‘tahniah’ kepada Menteri Kewangan YB Pekan atas kejayaan beliau membentangkan satu bajet yang bersejarah … yang akan membawakan penderitaan dan kesengsaraan yang bersejarah kepada rakyat Malaysia.

Bajet 2014 yang dibentangkan pada minggu lepas bertajuk “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Saya rasa lebih tepat jikalau bajet itu ditajukkan sebagai “Ketirisan tidak Ditangani, Janji Dimungkiri dan Rakyat Menyesali”!

Saya akan memberi fokus kepada tiga isu penting dalam perbahasan saya – yang pertama, cukai barangan dan perkhidmatan ataupun GST; yang kedua, kegagalan kerajaan untuk mengawal perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus (operational expenditure); dan yang ketiga, Kedudukan Kewangan Perusahaan Awam Buka Kewangan (PABK) ataupun Non-Financial Public Enterprises (NFPEs).

Continue reading “Ucapan Parlimen 28 Oktober 2013 – Bajet 2014: Ketirisan tidak Ditangani, Janji Dimungkiri dan Rakyat Menyesali”

Seandainya Najib serius ingin meningkatkan kebajikan kaum Bumiputera di Malaysia, beliau seharusnya melaksanakan 18 cadangan SUHAKAM tentang Hak Tanah Orang Asal/Asli termasuk cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan Yang Bebas Mengenai Orang Asal

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 18hb September 2013 di Kuala Lumpur

Ketika mengumumkan Agenda Bumiputera baru-baru ini, Perdana Menteri Najib telah merujuk kepada ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di mana beliau telah mengungkapkan bahawa ‘Jakun dan Sakai asli adalah Melayu… dan [dah] serap ke Melayu.’

Seandainya Najib benar-benar serius ingin menangani masalah dan penderitaan yang dialami oleh komuniti-komuniti Bumiputera di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia (termasuk Orang Asli), beliau seharusnya segera melaksanakan 18 cadangan yang dikemukakan dalam ‘Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’ yang telah dikeluarkan oleh SUHAKAM baru-baru ini.[1] Laporan ini telah mendokumenkan halangan-halangan serius yang dihadapi oleh Orang Asal / Asli di Malaysia dalam hal pemeliharaan dan penggunaan tanah yang menjadi sebahagian daripada tradisi dan gaya hidup mereka. Laporan ini turut menegaskan bahawa kerajaan Malaysia perlu menegakkan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang telah diratifikasikannya dan yang juga relevan kepada Orang Asal/Asli termasuk Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP), Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Continue reading “Seandainya Najib serius ingin meningkatkan kebajikan kaum Bumiputera di Malaysia, beliau seharusnya melaksanakan 18 cadangan SUHAKAM tentang Hak Tanah Orang Asal/Asli termasuk cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan Yang Bebas Mengenai Orang Asal”