Berapa banyak lagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dapat ditarik Malaysia tanpa kerisauan pelabur asing terhadap Najib dan skandal 1MDB?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 10hb Januari 2019

Saya sedih melihat bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, yang terpaksa mengambil peranan baru sebagai ‘internet troll’ No. 1 Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan reputasinya yang sudah musnah. Percubaan menyedihkan terbaru beliau adalah cuba mengambil pujian terhadap  prestasi pelaburan dan perdagangan Malaysia di dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kebanyakan ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan yang menarik dan ekonomi yang terbuka untuk perdagangan dan perniagaan seperti pewujudan undang-undang untuk melindungi pelabur, pelaburan infrastruktur untuk meningkatkan kesalinghubungan dan liberalisasi perdagangan telah dilakukan oleh pendahulunya termasuklah ketika tempoh pertama Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya ada yang patut mengambil pujian, mereka mestilah penjawat awam yang bekerja keras di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), yang dengan konsisten dan usaha bersepadu menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan mempromosikan perdagangan luar.

Continue reading “Berapa banyak lagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dapat ditarik Malaysia tanpa kerisauan pelabur asing terhadap Najib dan skandal 1MDB?”

Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama

Terima kasih saya ucapkan atas peluang ini untuk berucap menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya mohon izin kawan-kawan sebelah sini dan sebelah sana juga, oleh kerana saya ada banyak isu yang hendak dibahaskan, maka saya tak sempat nak beri laluan untuk mencelah.

Saya nak mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa isu yang akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang rekod Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Pekan menjelang PRU14, supaya rakyat jelata boleh mengetahui rekod BN yang sebenarnya.

Continue reading “Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama”

Di bawah pentadbiran Najib, yang kaya semakin kaya serta membeli lebih banyak Mercedes dan BMW

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP pada 27 Februari 2018

Seringkali terdapat jurang besar antara angka pertumbuhan KDNK sihat yang diwar-warkan oleh Najib serta kabinet beliau berbanding dengan sentimen yang dirasai rakyat biasa bahawa kehidupan mereka tidak bertambah baik. Apabila saya mengkaji jualan kereta dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, saya mendapati bahawa golongan kaya menjadi semakin kaya malahan membeli lebih banyak kereta Mercedes dan BMW, manakala golongan B40 tidak mampu membeli kereta. Continue reading “Di bawah pentadbiran Najib, yang kaya semakin kaya serta membeli lebih banyak Mercedes dan BMW”