Ucapan Parlimen 26 November 2013 – Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014

Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014

Ucapan Parlimen Dr. Ong Kian Ming (26 November 2013)

Tuan Speaker,

Saya merujuk kepada B43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan khususnya kepada perbelanjaan pengurusan di bawah Butiran 090000 iaitu  Pengurusan Sisa Pepejal Negara (National Solid Waste Management). Jumlah yang diperuntukkan adalah RM497.5 juta untuk tahun 2014.

Jumlah peruntukan untuk mengendalikan sisa pepejal ini amatlah besar dan hanya akan meningkat setiap tahun memandangkan kadar pengeluaran sisa pepejal di Malaysia juga kian meningkat. Pada tahun 2012, sejumlah 33,000 tan sisa pepejal telah diuruskan setiap hari berbanding dengan 19,000 tan sahaja pada tahun 2005.

Continue reading “Ucapan Parlimen 26 November 2013 – Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014”

Belanjawan 2013: Jawapan Pakatan Rakyat kepada Chua Tee Yong

(Diterbitkan juga di Keadilan Daily)

Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Datuk Chua Tee Yong yang menuduh angka-angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 adalah tidak tepat berdasarkan perkiraan ringkas beliau seperti berikut:

1. Bentuk kenaikan gaji hasil dari dasar-dasar Pakatan Rakyat adalah kenaikan gaji guru sebanyak RM2.4 bilion (hasil dari pelaksanaan Elaun Khas Perguruan sebanyak RM500 setiap bulan bagi setiap orang guru), kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak RM2 bilion (hasil dari pelaksanaan gaji minima RM1,100 di sektor awam dan pelarasan gaji kepada semua kakitangan) dan kenaikan gaji anggota polis sebanyak RM754 juta (hasil dari cadangan untuk membekukan pengambilan baru anggota polis sehingga tahun 2015).

Continue reading “Belanjawan 2013: Jawapan Pakatan Rakyat kepada Chua Tee Yong”