Adakah perbelanjaan operasi universiti awam akan dipotong dalam semakan bajet yang terkini?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 23hb Januari 2015

Dalam pengumuman Datuk Seri Najib baru-baru ini tentang semakan bajet 2015, rasionalisasi perbelanjaan terbesar merupakan kajian semula peruntukan RM3.2 bilion berkenaan pindahan dan geran kepada badan berkanun, GLC dan Akaun Amanah Kerajaan, terutamanya kepada badan / organisasi yang mempunyai aliran pendapatan yang stabil dan dana rizab yang tinggi. Impak kajian perbelanjaan ini amat besar; oleh itu, institusi yang terlibat perlu tahu jumlah sebesar mana akan dipotong daripada bajet operasi mereka. Orang awam juga berminat tahu jumlah peruntukan kepada universiti awam yang akan terjejas akibat kajian semula perbelanjaan ini.

Menurut Laporan Ekonomi 2014-2015, pemberian geran kepada badan berkanun daripada perbelanjaan operasi dianggarkan sebanyak RM16.7 bilion. Sebahagian besar daripada geran ini diperuntukkan kepada institusi pengajian tinggi awam iaitu universiti awam. Semua universiti awam, kecuali Universiti Islam Antarabangsa, merupakan badan berkanun.

Continue reading “Adakah perbelanjaan operasi universiti awam akan dipotong dalam semakan bajet yang terkini?”

Bajet 2015 membuktikan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji beliau untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan meningkatkan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 10hb Oktober 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Bajet 2015 akan merangkumi perbelanjaan anggaran RM273.94 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM9.74 bilion dari Bajet 2014 yang diumumkan iaitu RM264.2 bilion atau peningkatan sebanyak 3.7%.

Pada masa yang sama, menurut Laporan Ekonomi 2014/2015, jumlah yang dianggarkan akan dibelanjakan untuk subsidi akan dikurangkan daripada RM40.6 bilion kepada RM37.7 bilion, iaitu penurunan sebanyak RM2.9 bilion atau 7.1%. Ini adalah hasil daripada Program Rasionalisasi Subsidi yang berterusan dan peningkatan harga petrol dan diesel yang dijangkakan.

Continue reading “Bajet 2015 membuktikan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji beliau untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan meningkatkan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan”

Ucapan Parlimen 26 November 2013 – Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014

Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014

Ucapan Parlimen Dr. Ong Kian Ming (26 November 2013)

Tuan Speaker,

Saya merujuk kepada B43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan khususnya kepada perbelanjaan pengurusan di bawah Butiran 090000 iaitu  Pengurusan Sisa Pepejal Negara (National Solid Waste Management). Jumlah yang diperuntukkan adalah RM497.5 juta untuk tahun 2014.

Jumlah peruntukan untuk mengendalikan sisa pepejal ini amatlah besar dan hanya akan meningkat setiap tahun memandangkan kadar pengeluaran sisa pepejal di Malaysia juga kian meningkat. Pada tahun 2012, sejumlah 33,000 tan sisa pepejal telah diuruskan setiap hari berbanding dengan 19,000 tan sahaja pada tahun 2005.

Continue reading “Ucapan Parlimen 26 November 2013 – Perbahasan Bajet Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2014”