EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam, Sallehin Mukhyi, perlu bekerjasama dengan JAIS untuk mengembalikan Al-Kitab Melayu dan Bup Kudus Iban BSM secepat mungkin tanpa perlu berunding dengan Peguam Negara

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 14 Jun 2014

Dilaporkan semalam bahawa EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam, Sallehin Mukhyi, akan bertemu dan mendapatkan nasihat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, berhubung cara memulangkan Al-Kitab yang dirampas daripada Bible Society of Malaysia (BSM) pada bulan Januari lalu “mengikut undang-undang.”[1]

Saya keliru mengapa Sallehin perlu bertemu dengan Peguam Negara berhubung perkara ini memandangkan Peguam Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan pada 11hb Jun 2014 bahawa kitab yang dirampas JAIS itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan Orang Islam) 1988. Peguam Negara juga telah mengesahkan bahawa kitab-kitab tersebut juga tidak termasuk dalam senarai barang kawalan Kementerian Dalam Negeri dan tidak mengancam keselamatan negara. Mengikut penjelasan Peguam Negara, dakwaan tidak akan dibuat dan kes ini dikira selesai.[2]

Continue reading “EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam, Sallehin Mukhyi, perlu bekerjasama dengan JAIS untuk mengembalikan Al-Kitab Melayu dan Bup Kudus Iban BSM secepat mungkin tanpa perlu berunding dengan Peguam Negara”

Adakah JAIS akan menghalang umat Islam daripada menghadiri upacara agama atau majlis perayaan masyarakat bukan Islam?

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 5 Jun 2014

Saya mengaku terkejut dan terkilan membaca maklum balas Timbalan Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshadapabila beliau diminta memberikan justifikasi atas tindakan JAIS untuk ‘menyerbu’ atau menganggu sebuah majlis perkahwinan Hindu di Petaling Jaya pada Ahad 1hb Jun. Beliau dilaporkan berkata bahawa:

“Sebagai contoh, jika Rafael Nadal datang ke Malaysia dan pergi ke gereja, kami perlu siasat kerana dia mempunyai nama Islam. Jadi jangat cepat membuat kesimpulan,” katanya merujuk kepada pemain tenis nombor satu dunia itu.[1]

Continue reading “Adakah JAIS akan menghalang umat Islam daripada menghadiri upacara agama atau majlis perayaan masyarakat bukan Islam?”

Agak lama sebelum hudud boleh dibahaskan sebagai Rang Undang-undang Ahli Persendirian

(Juga diterbitkan dalam Bahasa Inggeris di The Star Online)

Banyak kata-kata yang telah diluahkan dan juga banyak spekulasi yang telah timbul mengenai Rang Undang-undang Ahli Persendirian yang mungkin dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen PAS bagi membolehkan undang-undang hudud diperkenalkan di negara ini. Namun, terdapat ramai yang kurang sedar bahawa proses untuk meletakkan kertas Rang Undang-undang Ahli Persendirian ke atas meja setiap Ahli Parlimen sememangnya panjang dan sukar sekali.

Sebelum sesi Parlimen baru-baru ini, Ahli Parlimen Sungai Siput iaitu Dr Jeyakumar telah cuba mengemukakan Rang Undang-undang Ahli Persendirian yang bertajuk Akta Keterangkuman Sosial. Saya telah menyokong bil tersebut sebagai Ahli Parlimen Serdang. Kami telah menghantar draf Rang Undang-undang tersebut dan dokumen-dokumen yang berkaitan beberapa minggu sebelum bermulanya sesi Parlimen bagi bulan Mac. Namun, Rang Undang-undang itu langsung tidak dimasukkan ke dalam kertas perintah yang menyenaraikan semua undang-undang yang akan dibahaskan dan diluluskan serta usul-usul oleh Ahli Parlimen yang individu.

Continue reading “Agak lama sebelum hudud boleh dibahaskan sebagai Rang Undang-undang Ahli Persendirian”