Di Malaysia, ancam bakar kitab Bible dan bangunan bukan lagi kesalahan?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 8hb Oktober 2014

Pada 22hb Mei 2014, sekumpulan pemimpin dan ahli–ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Razlan Rafii telah berdemo di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Yew, off Jalan Pudu. Semasa demo ini, Razlan Rafii mengancam untuk membakar Ibu Pejabat DAP. Saya telah membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Pudu (Laporan Polis Pudu / 004003/14) dan memberikan bukti dalam bentuk video kepada polis berkenaan ugutan yang dibuat oleh Razlan Rafii.

Pada 26hb Mei, polis telah menahan 6 pemimpin Pemuda UMNO, termasuk Razlan Rafii. Dilaporkan bahawa mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan kerosakan dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.[1] Adalah sangat jelas di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bahawa ancaman untuk menyebabkan kemusnahan sebarang harta menggunakan api adalah kesalahan yang boleh dihukum (lihat di bawah).

Continue reading “Di Malaysia, ancam bakar kitab Bible dan bangunan bukan lagi kesalahan?”

Menyeru Seluruh Rakyat Malaysia Untuk Menyokong Kebebasan Beragama Untuk Kumpulan Minoriti Di Seluruh Dunia

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 3 Julai 2014

Dilaporkan semalam bahawa kerajaan pusat di Beijing, China telah mengharamkan kakitangan awam, pelajar dan guru-guru di kawasan majoriti muslim Xinjiang untuk berpuasa pada bulan Ramadan.[1] Pengharaman terhadap penjawat awam, pelajar dan guru-guru yang beragama Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadan sebenarnya memaksa mereka untuk mengingkari salah satu daripada lima Rukun Islam. Ini amat bertentangan dengan prinsip dan hak kebebasan beragama iaitu kebebasan seseorang individu untuk mengamalkan agama yang dipercayainya.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penindasan terhadap minoriti Islam di China melalui arahan memaksa kakitangan awam, pelajar dan guru-guru yang beragama Islam untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Continue reading “Menyeru Seluruh Rakyat Malaysia Untuk Menyokong Kebebasan Beragama Untuk Kumpulan Minoriti Di Seluruh Dunia”

MAIS telah melanggar Perlembagaan dan tidak mematuhi undang-undang dengan keengganan mengembalikan Alkitab BSM malah mendesak supaya Alkitab dilupuskan

Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, 16 Jun 2014

Selepas pengumuman Peguam Negara bahawa kes Alkitab Melayu dan Bup Kudus Iban Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) telah ditutup, tindakan wajar yang patut diambil oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ialah untuk mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengembalikan Alkitab yang dirampas kepada BSM.

Namun, MAIS bukan sahaja enggan meminta JAIS untuk mengembalikan Alkitab tersebut, malah mereka telah mengambil langkah tambahan untuk meminta supaya Alkitab ini dilupuskan. MAIS telah mengeluarkan 2 kenyataan media dalam tiga hari untuk mempertahankan tindakan JAIS menyerbu pejabat BSM dan tidak mengembalikan Alkitab selepas pengumuman Peguam Negara.

Continue reading “MAIS telah melanggar Perlembagaan dan tidak mematuhi undang-undang dengan keengganan mengembalikan Alkitab BSM malah mendesak supaya Alkitab dilupuskan”