Mengecam sekerasnya pembunuhan tiga pelajar muda Islam di Chapel Hill, North Carolina

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 12hb Februari 2015

Saya mengecam sekerasnya pembunuhan kejam tiga pelajar muda yang berpotensi di Chapel Hill, North Carolina, yang berlaku semalam pada 12hb Februari 2015. Deah Barakat, 23, dan isterinya, Yusor Mohammad, 21, serta adiknya Razan Mohammad Abu-Salha telah ditembak mati oleh Craig Stephen Hicks, 46.

Walaupun motif rasmi pembunuhan belum disahkan oleh pihak polis, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa kes ini mungkin merupakan jenayah kebencian terhadap 3 pelajar Islam, di mana si pembunuh ialah seseorang ateis yang nyata membenci semua jenis agama. Jenayah kebencian sebegini langsung tidak boleh diterima dan mesti dikutuk sekeras-kerasnya.

Continue reading “Mengecam sekerasnya pembunuhan tiga pelajar muda Islam di Chapel Hill, North Carolina”

PDRM perlu memberi penjelasan mengapa mereka cuba menghentikan upacara Gereja Bethany Kajang pada Ahad lepas

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming pada 2hb Disember 2014

Saya merujuk kepada laporan berita berkenaan dua anggota polis yang menganggu upacara gereja BM di Gereja Bethany, Kajang. Saya telah bercakap dengan paderi gereja, Paderi Nelson, dan beliau telah mengesahkan kejadian seperti yang dilaporkan dalam berita. Beliau memberitahu saya bahawa kedua-dua polis meminta beliau menghentikan upacara dengan serta-merta dan mereka meninggalkan gereja sejurus selepas Paderi Nelson meminta mereka untuk bercakap melalui telefon dengan Pastor Alfred Tais, Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya BM National Evangelical Christian Federation (NECF).

Melainkan jika seseorang melakukan jenayah atau terdapat kecemasan yang mengancam nyawa, pihak polis tidak mempunyai hak untuk mengganggu upacara mana-mana pertubuhan agama. Apa yang dilakukan oleh kedua-dua anggota polis di Gereja Bethany adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama ahli-ahli gereja dan Paderi Nelson.

Continue reading “PDRM perlu memberi penjelasan mengapa mereka cuba menghentikan upacara Gereja Bethany Kajang pada Ahad lepas”

Jaminan Najib bahawa penganut Kristian Sabah dan Sarawak tidak akan terjejas oleh keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan “Allah” terbukti langsung tidak boleh dipercayai

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 31 Oktober 2014

Pada Oktober 2013, selepas Mahkamah Rayuan memutuskan pelarangan akhbar Herald untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, Najib telah memberi jaminan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bahawa keputusan itu tidak akan memberi kesan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak seperti dalam Perjanjian 10 Perkara yang dikeluarkan oleh Kabinet Persekutuan.[1]

Namun, dilaporkan pada 30hb Oktober bahawa ‘beratus-ratus cakera padat (CD) dan buku-buku yang mengandungi perkataan “Allah” telah dirampas di lapangan terbang KLIA2 pada Sabtu lalu.’ Menurut laporan, barang-barang ini adalah milik seorang penganut Kristian Sabah yang telah membawa barang-barang tersebut dari Medan, Indonesia dalam perjalanan menuju ke Sabah, di mana beliau sedang menetap.[2]

Continue reading “Jaminan Najib bahawa penganut Kristian Sabah dan Sarawak tidak akan terjejas oleh keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan “Allah” terbukti langsung tidak boleh dipercayai”