Saya menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura supaya bekerjasama melindungi dan memajukan hak asasi manusia di rantau ASEAN

Kenyataan Media Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, di Kuala Lumpur pada 19hb Mei 2013

Dua tahun lalu menunjukkan perubahan signifikan lanskap politik Malaysia dan Singapura. Sekurang-kurangnya beberapa ratus ribu warga Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur menyertai perhimpunan BERSIH pada 28hb April 2012 dan juga Himpunan Rakyat pada 12hb Januari 2013. Baru-baru ini, beberapa ribu warga Singapura pula telah berhimpun di Taman Hong Lim di tengah-tengah bandaraya tersebut untuk menyertai aktiviti protes sempena Hari Pekerja.

Aktiviti demonstrasi yang melibatkan orang ramai seperti ini sepatutnya disambut dengan fikiran terbuka dan dianggap sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang biasa. Sememangnya, aktiviti sebegini merupakan sebahagian daripada tugas memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia yang termasuk hak untuk bersuara dan hak untuk berhimpun.

Continue reading “Saya menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura supaya bekerjasama melindungi dan memajukan hak asasi manusia di rantau ASEAN”

Sungguhpun jumlah wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada jumlah wakil rakyat wanita BN, perwakilan kaum wanita di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri masih jauh ketinggalan daripada sasaran 30%. Sistem pilihanraya harus direformasikan segera malah sistem perwakilan bernisbah (‘proportional representation’) harus diperkenalkan demi mempertingkatkan perwakilan kaum wanita dalam hal-ehwal politik negara.

Kenyataan Media Teresa Kok, Lim Lip Eng dan Dr. Ong Kian Ming di Kuala Lumpur, 13hb Mei 2013

Dalam PRU13 yang lalu, seramai 56 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 523 orang calon (10.7%) telah bertanding di peringkat Parlimen, termasuk calon bebas dan calon yang bukan berpihak kepada BN atau PR. BN telah mencalonkan seramai 22 orang wanita untuk jawatan Ahli Parlimen, dan PR juga telah mencalonkan seramai 22 orang wanita untuk jawatan Ahli Parlimen juga. Di peringkat ADUN pula, seramai 112 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 1210 calon (9.3%) telah bertanding. PR telah mencalonkan seramai 55 calon wanita di peringkat ADUN manakala BN telah mencalonkan 49 calon wanita di peringkat ADUN yang sama.

Continue reading “Sungguhpun jumlah wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada jumlah wakil rakyat wanita BN, perwakilan kaum wanita di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri masih jauh ketinggalan daripada sasaran 30%. Sistem pilihanraya harus direformasikan segera malah sistem perwakilan bernisbah (‘proportional representation’) harus diperkenalkan demi mempertingkatkan perwakilan kaum wanita dalam hal-ehwal politik negara.”

Keputusan PRU13 Membuktikan Bahawa Berlakunya ‘TSUNAMI MALAYSIA’ Dan Bukan ‘TSUNAMI CINA’ Yang Menyebabkan Penambahan Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Parlimen Serta Kerusi DUN Yang Dipegang Pakatan Rakyat

Kenyataan Media Dr. Ong Kian Ming, Strategis Pilihan Raya DAP, di Kuala Lumpur pada 10hb Mei 2013

1. Undi popular untuk Pakatan Rakyat dalam seluruh negara Malaysia telah bertambah daripada 47.6% pada tahun 2008 kepada 50.9% pada tahun 2013, iaitu pertambahan sebanyak 3.2% sokongan untuk Pakatan Rakyat. Untuk Barisan Nasional pula, undi popular telah berkurang daripada 51.4% pada 2008 kepada 47.4% pada 2013, iaitu pengurangan sebanyak 4.0%.

2013 2008 Pertambahan / Pengurangan
BN 47.4% 51.4% -4.0%
Pakatan Rakyat 50.9% 47.6% 3.2%

Continue reading “Keputusan PRU13 Membuktikan Bahawa Berlakunya ‘TSUNAMI MALAYSIA’ Dan Bukan ‘TSUNAMI CINA’ Yang Menyebabkan Penambahan Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Parlimen Serta Kerusi DUN Yang Dipegang Pakatan Rakyat”