Terima kasih Dr Ramasamy atas peringatan terhadap Janji-Janji Manifesto PRU14 Pakatan Harapan

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Kebangsaan Pendidikan Politik untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 1 Julai, 2019

Dalam ucapan saya pada 28 Jun, 2019 ketika pelancaran Kad Laporan Projek Pantau ke-2 IDEAS, saya telah meminta orang ramai untuk terus mengingatkan Pakatan Harapan mengenai janji-janji Manifesto PRU14 kita supaya kita akan terus merasakan bebanan untuk menunaikan janji-janji kita sebelum pilihan raya umum akan datang. Saya juga menyebut bahawa salah satu kumpulan yang paling vokal dalam mengingatkan kerajaan mengenai janji-janji Manifesto PRU14 kita adalah ahli-ahli ‘backbencher’ PH sendiri melalui pelbagai saluran dalaman. Ada juga ahli-ahli dewan negeri (ADUN) kita yang sama vokal dalam peringatan mereka, walaupun memilih secara terbuka.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Ramasamy terhadap peringatan terkininya bahawa “tidak terlambat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya PH!” yang diterbitkan di laman Facebook beliau.[1] Sejauh mana saya menghargai peringatan Dr. Ramasamy, komen tersebut boleh menjadi lebih konstruktif jika dia boleh secara sistematik menyemak kad laporan terperinci yang dihasilkan oleh IDEAS yang menilai kemajuan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan ke atas 224 sub-janji yang terdapat dalam manifesto[2] dan bukan semata-mata sekadar memberi maklum balas pada satu tajuk utama dalam artikel Malaysiakini.[3] Komen Facebook beliau tidak berlaku adil terhadap kerja-kerja keras yang telah dilakukan oleh IDEAS dan fakta bahawa kenyataan IDEAS mengenai janji-janji yang tidak realistik yang terdapat dalam manifesto itu ditujukan pada sebahagian KECIL janji-janji seperti sasaran 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dan menetapkan tahap kontinjen pendapatan bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk bermula pada RM4000 sebulan.

Continue reading “Terima kasih Dr Ramasamy atas peringatan terhadap Janji-Janji Manifesto PRU14 Pakatan Harapan”

Kita mempunyai daya tahan dalaman untuk menghadapi cabaran ekonomi yang mendatang

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 20hb Jun, 2019.

Kenyataan  Dr. KS Jomo kepada pemberita semasa Konvensyen Ekonomi Malaysia 2019 pada Isnin, 17hb Jun, 2019 telah mendapat laporan yang meluas di dada akhbar. Terutamanya apabila dia menyebut bahawa “Ini akan menjadi masa yang sangat sukar kerana keadaan luaran sangat buruk dan semakin merosot pada hampir setiap hari “. Dia juga menambah bahawa “banyak masalah ini berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia “[1]

Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Jomo bahawa keadaan ekonomi luaran akan terus menjadi sangat mencabar, terutamanya di dalam perkembangan terbaru hubungan ekonomi AS-China. Saya juga bersetuju bahawa banyak cabaran ini disebabkan oleh faktor di luar kawalan kerajaan Malaysia.

Apabila perang perdagangan AS-China terhad kepada skop tarif barangan dan perkhidmatan, Malaysia boleh sekurang-kurangnya mendapat manfaat daripada beberapa lencongan perdagangan dan pelaburan yang berjangka pendek. Ini dapat mengurangkan kesan negatif jangka panjang akibat perang perdagangan. Sebagai contoh, NOMURA telah menganggarkan bahawa Malaysia akan menjadi penerima manfaat ke-4 terbesar daripada perang perdagangan AS-China hasil daripada lencongan perdagangan.[2]

Continue reading “Kita mempunyai daya tahan dalaman untuk menghadapi cabaran ekonomi yang mendatang”

Siasatan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat AP Terbuka baharu yang dilantik bagi memastikan syarat-syarat kelayakan memohon di bawah Dasar Baharu AP Terbuka masih dipatuhi.

Kenyataan Media Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 29 Mac 2019

Selepas kenyataan MITI dikeluarkan pada 13hb[1] dan 14hb[2] bulan Mac 2019, beberapa aduan dan laporan telah diterima oleh MITI  bahawa terdapat syarikat-syaraikat baharu ini yang  tidak mematuhi syarat-syarat tersebut seperti tidak mempunyai keupayaan kewangan dan tiada pengalaman dalam penjualan dan pengedaran kenderaaan. Di samping itu, terdapat juga aduan bahawa syarikat-syarikat ini telah mempunyai perancangan untuk menjual AP yang diperuntukan kepada pihak ketiga. Susulan daripada aduan-aduan yang diterima, MITI akan melaksanakan penyemakan maklumat terkini daripada syarikat-syarikat ini termasuk:

Continue reading “Siasatan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat AP Terbuka baharu yang dilantik bagi memastikan syarat-syarat kelayakan memohon di bawah Dasar Baharu AP Terbuka masih dipatuhi.”