PRU 14 – Kisah Tsunami Malaysia

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Penolong Pengarah Pendidikan Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen P102 Bangi pada 17 Mei 2018

Tatkala saya pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat selepas tamat PhD pada 2010, saya pernah membuat pembentangan dan menyatakan bahawa pembangkang mungkin tidak akan menang pada PRU13, namun akan mengambil alih tampuk kuasa pada PRU14. Saya mengakui pada malam sebelum 9 Mei 2018, saya sendiri tidak yakin 100% bahawa Pakatan Harapan akan memenangi majoriti kerusi parlimen pada PRU14. Keraguan ini timbul berasaskan beberapa sebab utama, iaitu persempadanan semula yang diluluskan di Parlimen pada bulan Mac, pertandingan tiga penjuru dengan PAS, kesusahan pembangkang untuk menawan Sarawak dan ketakutan yang ditanam oleh BN dalam diri pengundi Melayu.

Namun apa yang Najib dan BN tidak sangka akan berlaku adalah Tsunami Malaysia. Tsunami ini terjadi dengan amat dahsyat hinggakan mampu menjatuhkan BN, bukan sahaja di peringkat Persekutuan, malahan juga di semua negeri kecuali Perlis dan Pahang.[1]

Continue reading “PRU 14 – Kisah Tsunami Malaysia”

GE14 / PRU14 / 第14届大选

Update (10 May 2018): 

THANK YOU TO ALL THE VOTERS IN P102 BANGI!

Total votes: 102,557
Majority: 68,768

Without you, this victory would be impossible. Without you, we would not be able to form A NEW PAKATAN HARAPAN FEDERAL GOVERNMENT!

There is still so much work that we need to do to put Malaysia on the right track. Let’s continue our fight together in the coming days!

#GE14 #P102Bangi #BinaHarapanMalaysia

~~~

Kemaskini (10 Mei 2018):

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KAMI UCAPKAN KEPADA PENGUNDI DI P102 BANGI!

Jumlah undi: 102,557
Majoriti: 68,768

Tanpamu, kemenangan ini mustahil akan dicapai. Tanpamu, kita tidak mampu membentuk KERAJAAN PUSAT PAKATAN HARAPAN YANG BARU!

Masih ada banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk meletakkan Malaysia di landasan yang betul. Ayuh kita teruskan perjuangan bersama untuk hari-hari yang akan datang!

#PRU14 #P102Bangi #BinaHarapanMalaysia

~~~

更新于2018年5月10日 :

想对P102万宜区选民们说声万分谢谢!

总票数:102,557张
多数票:68,768张

没有你们的支持,我们根本无法取得这场胜利。没有你们的支持,我们根本无法执政中央。

要让马来西亚重回正轨,前方还有很长的路要走。让我们未来一步一脚印奋斗,拥抱希望,重建家国!

#P102万宜 #拥抱希望 #第14届大选

Angka terbaru daftar pemilih menunjukkan kegagalan besar SPR dalam menjalankan persempadanan semula yang diluluskan di Parlimen pada bulan lepas

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Penolong Pengarah Pendidikan DAP dan Calon Pakatan Harapan bagi P102 Bangi, pada 24 April 2018

Merujuk kepada angka daripada daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU 14 (diwartakan oleh SPR pada 16 April), kawasan parlimen terbesar di Malaysia dari segi bilangan pengundi adalah P102 Bangi (dahulunya Serdang) dengan sejumlah 178,790 pengundi. Jumlah pengundi di P102 Bangi adalah 4 kali ganda pengundi di P92 Sabak Bernam (40,863 pengundi) yang juga merupakan kawasan parlimen yang ke-10 terkecil di Semenanjung Malaysia. P102 Bangi, di mana saya telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, telah pun mendahului P109 Kapar sebagai Parlimen terbesar di Malaysia (P109 Kapar merupakan kerusi parlimen terbesar pada PRU 2013).

10 kerusi parlimen yang paling besar di Malaysia (di mana semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) kesemuanya dimenangi oleh pembangkang pada PRU 2013. 5 kerusi dimenangi oleh DAP, 4 oleh PKR dan 1 oleh PAS (Lihat Jadual 1 di bawah).

Continue reading “Angka terbaru daftar pemilih menunjukkan kegagalan besar SPR dalam menjalankan persempadanan semula yang diluluskan di Parlimen pada bulan lepas”