Pembahasan Pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)

Ucapan Parlimen Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 3hb April, 2018

1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri atas usaha beliau untuk membentangkan Pindaan ini sebelum parlimen dibubarkan.

2. Saya rasa pindaan ini adalah hasil daripada cabaran yang dialami sejak YB Rembau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Pindaan ini juga menggambarkan beberapa ‘priority areas’ yang diberi tumpuan khusus oleh Menteri.

3. Misalnya, pengiktirafan Majlis Paralimpik Malaysia sebagai Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dalam Seksyen 9A adalah satu pindaan yang baik dan sesuai. Saya yakin bahawa langkah ini akan menambah baik penyeliaan Sukan Paralimpik di negara kita dan akan menjadi perangsang untuk melonjakkan prestasi atlet paralimpik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Continue reading “Pembahasan Pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)”

Pembahasan Persempadanan Semula, 28 Mac 2018

Pembahasan Persempadanan Semula 28 Mac 2018 (Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang)

Terima kasih, Tan Sri Speaker atas peluang ini untuk mengambil bahagian dalam pembahasan yang begitu penting ini.

Pertama, saya memohon Perdana Menteri untuk hadir menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan laporan persempadanan semula selepas pembentangan laporan ini untuk bacaan ke-2 berdasarkan tanggungjawab beliau yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Perkara 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa SPR, setelah selesai menyediakan laporan persempadanan semula, mesti mengemukakan laporan ini kepada Perdana Menteri. Dalam Perkara 9 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, juga dinyatakan dengan jelas bahawa Perdana Menteri bertanggungjawab untuk membentangkan laporan itu di hadapan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan ini.

Memandangkan bahawa hanyalah Perdana Menteri yang ada kuasa perlembagaan untuk melakukan pengubahsuaian kepada laporan persempadanan yang dikemukakan kepada beliau oleh pihak SPR, kita memerlukan YAB hadir di Parlimen untuk menjelaskan kepada kami, butiran dalam laporan tersebut, dan untuk memberitahu kami dengan tepat di mana pengubahsuaian, jika ada, telah dilakukan kepada laporan ini sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat. Continue reading “Pembahasan Persempadanan Semula, 28 Mac 2018”

Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama

Terima kasih saya ucapkan atas peluang ini untuk berucap menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya mohon izin kawan-kawan sebelah sini dan sebelah sana juga, oleh kerana saya ada banyak isu yang hendak dibahaskan, maka saya tak sempat nak beri laluan untuk mencelah.

Saya nak mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa isu yang akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang rekod Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Pekan menjelang PRU14, supaya rakyat jelata boleh mengetahui rekod BN yang sebenarnya.

Continue reading “Ucapan Parlimen 8hb Mac 2018 – Perbahasan Parlimen Penggal Pertama”