Tiada bantuan daripada Putrajaya untuk kanak-kanak yang terpinggir dan gelandangan di Chow Kit pada Krismas tahun ini

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 23 Disember 2014

Sambutan Krismas secara tradisinya adalah dikaitkan dengan pemberian hadiah dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Walau bagaimanapun, pada sambutan Krismas tahun ini, golongan miskin dan terpinggir di kawasan Chow Kit telah mendapat berita bahawa peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan ditarik balik daripada dua NGO yang sedang berkhidmat memenuhi keperluan mereka.

Pada 19 Disember, dilaporkan bahawa peruntukan Kementerian berjumlah RM700,000 untuk Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) yang disalurkan melalui Majlis AIDS Malaysia (MAC) akan dihentikan bermula pada tahun 2015.[1] Sejak penubuhannya pada tahun 2007 sebagai satu usaha sama antara NGO dan Kementerian, PBKS telah bertindak sebagai pusat sehenti kepada golongan terpinggir di kawasan Chow Kit.[2] Menurut laporan dan testimoni sukarelawan,[3] PBKS menyediakan perkhidmatan sepertimana yang diperkatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan, akan diberi oleh DBKL.[4] Namun dengan pemberhentian peruntukan daripada Kementerian, keupayaan PBKS untuk meneruskan perkhidmatan dan aktivitinya telah dijejaskan dengan teruk.

Continue reading “Tiada bantuan daripada Putrajaya untuk kanak-kanak yang terpinggir dan gelandangan di Chow Kit pada Krismas tahun ini”

Mengapakah syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator di Cameron Highlands dan Pulau Tioman juga diberikan kontrak pengiklanan daripada Kementerian Pelancongan pada bulan lepas?

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 6hb Disember 2014

Pada 27hb November 2014, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia telah mengumumkan senarai 9 buah syarikat yang akan menjalankan kempen pengiklanan tiga tahun untuk peringkat global dan domestik. Syarikat yang telah dianugerahkan bahagian domestik untuk kempen pengiklanan dan promosi Tourism Malaysia adalah sebuah syarikat yang bernama Sumur Mutiara Sdn Bhd.[1]

Sumur Mutiara Sdn Bhd juga merupakan syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator kecil di Pulau Tioman dan Cameron Highlands yang telah ditekankan dalam 2012 Laporan Ketua Audit Negara kerana mengalami tempoh pembinaan yang berpanjangan dan juga beroperasi tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan.

Continue reading “Mengapakah syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator di Cameron Highlands dan Pulau Tioman juga diberikan kontrak pengiklanan daripada Kementerian Pelancongan pada bulan lepas?”

Kerajaan harus merombak SPRM agar bebas sepenuhnya dan memberikan semua kontrak awam melalui tender terbuka untuk menunjukkan komitmen dalam usaha membanteras rasuah

Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 4hb Disember 2014

Kami menyambut baik berita bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (Corruption Perception Index atau CPI) oleh Transparency International telah meningkat daripada kedudukan 53 pada tahun 2013 ke 50 pada tahun 2014 dan daripada skor 50 kepada 52. Ini merupakan peningkatan yang agak ketara dari kedudukan dan skor Malaysia pada 2011 iaitu pada kedudukan 60 dan skor 4.3 (daripada 10) masing-masing.

Tahniah harus diucapkan kepada pasukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), NGO yang membantu membanteras rasuah seperti Transparency International, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), pertubuhan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)) dan juga wakil-wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan atas kerja keras dan sumbangan mereka dalam menaruh perhatian terhadap rasuah kerajaan dan mencari jalan mengurangkannya.

Continue reading “Kerajaan harus merombak SPRM agar bebas sepenuhnya dan memberikan semua kontrak awam melalui tender terbuka untuk menunjukkan komitmen dalam usaha membanteras rasuah”