Buku Laporan 2013-2018

Kemaskini (28 April 2018):

Rakan-rakan dan penyokong-penyokong yang dikasihi,

Seperti yang diketahui umum, saya telah dipilih sebagai Ahli Parlimen P102 Serdang (kini dinamakan semula kepada P102 Bangi) dalam PRU13.

Tiba hari ini, saya ingin menyampaikan kepada anda ‘buku laporan’ saya untuk 2013-2018 (klik sini untuk muat turun) yang merangkumi 2 perkara utama – perjuangan saya di Parlimen serta aktiviti saya di P102 Serdang.

Di Parlimen, saya telah membangkitkan isu-isu ‘4E’ yang amat saya pentingkan – iaitu Ekonomi (Economy), Pilihan Raya (Elections), Pendidikan (Education) dan Alam Sekitar (Environment).

Di kawasan P102 Serdang, saya telah berusaha menyelesaikan isu-isu tempatan seperti penaiktarafan Jalan Besar di Seri Kembangan, projek pembinaan kompleks letak kereta bertingkat KTM Serdang yang tergendala, serta kekurangan pengangkutan awam.

Saya juga telah menyokong pelbagai projek komuniti seperti pembersihan alam sekitar dan sungai-sungai, serta pembukaan Pasar Borneo yang pertama di Selangor.

Saya amat berbangga terhadap rekod saya sebagai Ahli Parlimen P102 Serdang untuk 5 tahun yang lalu. Kini, harapan saya adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen bagi 5 tahun yang akan datang, moga-moganya di bawah Kerajaan Pusat Pakatan Harapan yang baru.

Mohon sebarkan kepada semua di P102 Bangi! Mari kita Membina Negara, Memenuhi Harapan semua!

Dr. Ong Kian Ming
Mantan Ahli Parlimen P102 Serdang (PRU13)
Calon Parlimen P102 Bangi (PRU14)