Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi merangkap Pembantu Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 2 Oktober 2021

Kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak masuk akal untuk bantu pemulihan ekonomi dengan lebih pantas

Dengan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dalam pelbagai fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih terdapat banyak SOP yang tidak masuk akal yang menyekat proses pemulihan ekonomi. Kumpulan berempat orang Menteri, yang terdiri daripada Annuar Musa, Hishammuddin Hussein, Tengku Zafrul, dan Khairy Jamaluddin perlu berusaha bersama untuk mengemaskini SOP-SOP ini supaya sektor yang terkesan dapat mula pulih dengan lebih pantas.

Salah satu sektor yang terjejas teruk akibat daripada sekatan pergerakan adalah panggung wayang. Sektor ini adalah sebuah industri yang bernilai RM1.5 bilion, yang menggajikan lebih daripada 20,000 orang. 40% hasil kutipan industri ini datang daripada penjualan makanan dan minuman di kaunter mereka tetapi SOP dalam kawasan Fasa 2, 3, dan 4 semua menyatakan yang produk makanan dan minuman hanya boleh dipesan semua membuat tempahan tiket secara atas talian! (Rujuk Lampiran 1 di bawah). Perkara ini TIDAK MASUK AKAL terutamanya memandangkan aktiviti makan di kedai telah pun dibenarkan. Sukar untuk difahami bagaimana aktiviti membeli bertih jagung dan air mineral dengan beratur dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka untuk beberapa minit boleh dilihat sebagai lebih berbahaya berbanding dengan aktiviti makan di kedai dan makan beramai-ramai tanpa pelitup muka untuk tempoh masa yang jauh lebih lama!

Satu lagi SOP mengenai panggung wayang yang tidak masuk akal adalah kanak-kanak di bawah umur 17 tahun tidak dibenarkan di negeri-negeri Fasa 2 dan 3. Memandangkan proses vaksinasi remaja telah pun bermula, mengapa tidak benarkan remaja yang telah menerima vaksinasi di antara umur 12 ke 17 tahun untuk ke panggung wayang?

Akhir sekali, peraturan yang mengatakan orang ramai hanya dibenarkan untuk duduk berdua di panggung wayang sekiranya mereka datang dari rumah yang sama atau tinggal di alamat yang sama juga tidak masuk akal. Duduk bersebelahan di panggung wayang dengan memakai pelitup muka dan secara tidak bersemuka adalah jauh lebih selamat berbanding dengan makan di restoran secara bersemuka sambil makan dan bersembang antara satu sama lain.

Ini semua adalah beberapa SOP yang tidak masuk akal yang hanya mempunyai kesan kepada SATU industri. SOP-SOP yang disediakan pada 10 September 2021 ini masih belum dikemaskini setakat hari ini (2 Oktober 2021). Saya pasti terdapat banyak lagi SOP lain yang tidak masuk akal yang memberikan kesan negatif kepada industri-industri lain.

Saya gesa semua persatuan dan wakil industri-industri ini untuk menghubungi saya melalui emel ([email protected]) untuk memaklumkan mengenai SOP yang tidak masuk akal ini supaya ia dapat diketengahkan dan dibangkitkan kepada empat orang Menteri yang bertanggungjawab ke atas isu SOP ini.