Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi merangkap Pembantu Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 2 September 2021

Data yang lebih terperinci dan pemprosesan yang lebih pantas diperlukan untuk menjadi panduan perangkaan dasar berkenaan COVID19 dan pemulihan ekonomi yang lebih pantas

Walaupun aktiviti makan di kedai (dine-in) di negeri-negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara termasuklah di Lembah Klang telah dibenarkan sejak 20 Ogos, banyak restoran masih memilih untuk membenarkan aktiviti makan di kedai kerana (i) bukan semua pekerja telah menerima vaksin, (ii) jumlah kes COVID19 dalam komuniti masih lagi tinggi menyebabkan mereka bimbang yang diri mereka dan para pekerja terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi, (iii) para pelanggan juga masih belum selesa untuk makan di kedai kerana jumlah kes yang masih tinggi, (iv) SOP makan di kedai yang masih belum jelas, atau (v) pengusaha kedai makan masih memerlukan masa untuk mendapatkan semula pekerja yang sebelum ini telah diberhentikan semasa PKP 3.0. Salah satu cara untuk kerajaan membina semula keyakinan rakyat untuk menyambung aktiviti ekonomi dan meletakkan dasar-dasar yang lebih baik untuk menguruskan perkara berkenaan hal ehwal kesihatan dan ekonomi yang berkaitan dengan COVID19 adalah dengan (i) menerbitkan dan menggunakan data yang lebih terperinci dan (ii) memproses maklumat berkenaan COVID19 ini dengan lebih pantas, terutamanya di aplikasi MySejahtera. 

Saya telah bentangkan lima perkara di mana data yang lebih terperinci dan pemprosesan yang lebih pantas ini boleh membantu usaha panduan perangkaan dasar dan pemulihan ekonomi yang lebih pantas, iaitu:

  1. Menerbitkan kadar vaksinasi mengikut daerah dari masa ke masa
  2. Menerbitkan angka kes aktif mengikut Kategori 1 ke 5 dari masa ke masa
  3. Menerbitkan kapasiti unit rawatan rapi dan kematian mengikut negeri dari masa ke masa
  4. Menerbitkan angka ujian saringan COVID19 dan kadar positif mengikut negeri dari masa ke masa
  5. Memproses maklumat berkenaan MySejahtera dengan lebih pantas (pada tahap individu)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana telah menerbitkan maklumat yang lebih terperinci di Github (https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public), termasuklah dengan angka ujian saringan mengikut negeri (angka daripada 11 Ogos 2021 diterbitkan) tetapi lebih banyak data terperinci sebegini perlu diterbitkan dan digunakan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan kementerian-kementerian lain sebagai panduan kepada perangkaan dasar untuk membuka semula ekonomi negara dengan cara yang bertanggungjawab. 

Sebagai contoh, menunjukkan pengurangan jumlah dan peratusan pesakit Kategori 3 hingga 5 COVID19 dan juga pengurangan penggunaan katil unit rawatan rapi di Lembah Klang akan secara perlahan-lahan memberikan keyakinan kepada pengguna untuk keluar makan di kedai dan membeli belah di kedai (tertakluk kepada pelaksanaan SOP). 

Sebagai contoh, dengan menunjukkan jumlah ujian saringan dilakukan dan kadar positif mengikut negeri dari masa ke masa, kerajaan boleh menunjukkan yang ujian saringan yang mencukupi telah dijalankan, terutamanya ujian saringan secara rawak untuk mengenal pasti pesakit COVID19 dalam komuniti untuk diasingkan dan diberikan sokongan yang secukupnya supaya jangkitan dalam komuniti dapat dikurangkan. Walaupun jumlah ujian saringan PCR dan RTK Antigen telah meningkat banyak dalam bulan-bulan yang lepas, jumlah ujian saringan ini masih tidak mencukupi kerana tumpuan masih diberikan kepada hanya menyaring kawasan sasaran jangkitan dan bukannya ujian secara rawak yang penting untuk mengurangkan jangkitan dalam komuniti. (Kadar ujian saringan perlu dipertingkatkan sehingga kadar positif turun kepada kira-kira 5% seperti yang dicadangkan oleh WHO). 

Aplikasi MySejahtera juga perlu dijadikan lebih responsif dan lebih “pintar” untuk membolehkan perkara berikut dibuat (i) pengeluaran sijil vaksinasi digital yang lebih pantas (saya telah menerima aduan yang sesetengah orang yang telah menerima dua suntikan vaksin masih belum mendapat kemaskini sijil vaksinasi mereka) supaya lebih ramai orang boleh menyertai dalam aktiviti ekonomi seperti makan di kedai dan mungkin tidak lama lagi, menonton wayang, (ii) pengesahan vaksinasi yang lebih pantas untuk mereka yang telah menerima vaksin di luar negara, (iii) membolehkan sijil vaksinasi ini “dipindahkan” kepada tanggungan supaya mereka juga dapat menyertai dalam aktiviti ekonomi sebagai individu dewasa yang telah menerima vaksinasi lengkap (sijil vaksinasi ibu saya berada dalam telefon saya kerana beliau didaftarkan sebagai tanggungan saya dan sesetengah tempat tidak menerima kad vaksinasi fizikal atau tangkap layar sijil vaksinasi digital), dan (iv) pemprosesan status mereka yang telah sembuh daripada COVID19 dengan lebih pantas supaya mereka dapat kembali bekerja/menyertai aktiviti ekonomi. 

Walaupun ciri-ciri dalam MySejahtera ini telah banyak ditambah baik berbanding dengan semasa aplikasi ini mula-mula diperkenalkan tahun lepas, kepantasan aplikasi ini perlu ditambah baik dan aplikasi ini tidak boleh dianggap hanya sebagai satu alat berkaitan kesihatan dan vaksinasi tetapi juga sebagai sebahagian penting proses pemulihan ekonomi. 

Selain daripada penerbitan dan penggunaan data-data ini, perlu juga ada komunikasi yang berkesan daripada kerajaan, termasuk dengan menggunakan pelbagai jurucakap (selain daripada Menteri Kesihatan dan Menteri Kewangan), penggunaan infografik yang boleh dikongsikan dengan mudah, dan komunikasi serta penjelasan mengenai SOP yang tidak berlaku dengan berkesan dalam satu tahun setengah yang lepas. 

Saya percaya bahawa Menteri Kesihatan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin, boleh meneruskan kerja yang bagus yang dilakukan beliau di MOSTI sebelum ini dan bekerjasama dengan rakan sejawat beliau dalam Kabinet baharu untuk membawa perubahan dalam pemulihan sistem kesihatan dan ekonomi negara kita. 

Data terperinci / diproses pantasPenambahan baik perangkaan dasarPemulihan ekonomi lebih pantas
Kadar vaksinasi mengikut daerah dari masa ke masaPeruntukan vaksin yang lebih berkesan di dalam sesebuah negeri (selain daripada fokus kepada edaran vaksin antara negeri)
Program bersasar boleh dijalankan di daerah dengan pendaftaran dan vaksinasi yang rendah seperti Sabah dan Kelantan.
Meningkatkan keyakinan orang awam di daerah dengan kadar vaksinasi yang tinggi. 
Memboleh lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka di daerah yang mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi (termasuklah daerah dalam negeri Fasa 1)
Kes aktif mengikut kategori 1 hingga 5 mengikut negeri dari masa ke masaUntuk merancang pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan untuk memastikan sektor ini dapat terus buka sekiranya kes meningkat (misalnya sehingga seribu atau dua ribu ke di Lembah Klang)Untuk menunjukkan keberkesanan vaksin dalam menurunkan kes-kes Kategori 3 hingga 5 terutamanya di Lembah Klang yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi. 
Untuk menggalakkan lebih ramai orang menerima vaksin (terutamanya mereka yang ragu-ragu). 
Kadar penggunaan katil ICU dan kematian mengikut negeri dari masa ke masaUntuk membolehkan KKM merancang peruntukan sumber mengikut negeri dan juga daerah untuk negeri-negeri yang lebih besar.Untuk meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa walaupun jumlah kes meningkat di negeri dengan kadar vaksinasi yang tinggi, misalnya Sarawak, kadar kematian tetap menurun. Maka, aktiviti ekonomi dapat diteruskan dengan SOP yang berpatutan. 
Kadar ujian saringan dan kadar positif mengikut negeri dari masa ke masaUntuk membolehkan kadar ujian saringan ini diubah mengikut kadar positif dan meningkatkan kadar ujian saringan rawak apabila kadar positif berada di atas paras 5%.Untuk membina keyakinan orang ramai bahawa adanya sistem kuarantin dan sokongan yang berpatutan untuk mereka yang positif COVID19 dan bahawa aktiviti ekonomi boleh diteruskan. 
Pemprosesan maklumat vaksinasi dan status pemulihan COVID19 yang lebih pantas di MySejahteraUntuk membolehkan kita mendapat kadar vaksinasi terkini dalam negara, termasuklah dengan memproses pendaftaran mereka yang menerima vaksin dari luar negara. Untuk membolehkan semua orang yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga mereka yang telah pulih daripada COVID19 untuk menyertai aktiviti ekonomi dan kembali bekerja. 
SEMUA PERKARA INI PERLU DISERTAKAN DENGAN (1) PENJELASAN KEPADA ORANG AWAM DENGAN LEBIH BAIK MENGENAI DATA TERPERINCI INI, (2) INFOGRAFIK YANG BERKESAN YANG MUDAH DIKONGSI, DAN (3) SOP YANG JELAS UNTUK DIPATUHI OLEH PERNIAGAAN
Jadual 1: LIMA perkara di mana data terperinci dan pemprosesan data yang lebih pantas boleh membawa kepada perangkaan dasar yang lebih baik dan pemulihan ekonomi yang lebih pantas
May be an image of text that says "Petunjuk Utama untuk Fokus 1 Menerbitkan kadar vaksinasi mengikut daerah dari masa ke masa 2 Menerbitkan angka kes aktif mengikut Kategori 1 ke 5 dari masa ke masa 3 Menerbitkan kapasiti unit rawatan rapi dan kematian mengikut negeri dari masa ke masa 4 Menerbitkan angka ujian saringan COVID19 dan kadar positif mengikut negeri dari masa ke masa 5 Memproses maklumat berkenaan MySejahtera dengan lebih pantas (pada tahap individu) Dr.OngKiMng Kian Ming @im.ok.man @imokman www.ongkianming.com"