• Soalan Parlimen: Sesi Ketiga 2015 (19.10.15 – 3.12.15)

    Soalan Parlimen Sesi Ketiga 2015 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang

    Soalan Jawab Lisan

    1)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan jumlah denda yang dikenakan kepada pemegang konsesi Projek 3B dan Projek 4A akibat kelewatan kedua-dua projek ini.

    2)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada terdapat apa-apa mekanisme ataupun insentif (contohnya land swap) yang ditawarkan kepada Khazanah Nasional supaya projek Tugu Park dan Dataran Muzium yang bernilai 1.1 bilion di mana 730 juta ditanggung oleh Khazanah sendiri boleh diusahakan atas prinsip pelaburan tidak berunsur keuntungan (not for profit).

    3)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat terkini mengenai siasatan SPRM ke dalam penganugerahan projek mini insinerator di Pangkor, Langkawi, Cameron Highlands dan Tioman (Nombor Aduan: SPRM / INFO / 2014 / 18929 dan Nombor Aduan: SPRM / INFO / 2014/19145).

    4)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyenaraikan langkah-langkah spesifik yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai pengurangan 40% dalam pelepasan karbon yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib di Copenhagen pada tahun 2009 dan diulangi di New York pada 2014.

    5)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Kesihatan sama ada beliau merancang untuk membuat vaksin pneumokokal mandatori memandangkan ia sudah wajib di lebih daripada 50 negara-negara membangun dan berada dalam senarai ubat-ubatan penting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    6)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan untuk menyatakan dasar mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk kepujian kelas 1 yang diperolehi melalui rayuan bagi kes ‘borderline’ dan untuk program 1 + 2 dan 2 + 1 di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

    7)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri untuk menyenaraikan jumlah tahanan mengikut kewarganegaraan dan jantina di dalam setiap pusat tahanan pendatang asing di negara ini.

    8)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan jumlah bantahan terhadap pengundi baru dan pengundi yang menukar alamat mengikut negeri bagi tahun 2014 dan 2015.

    9)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Kementerian Pengangkutan untuk menjelaskan mengapa kelewatan dalam penyiapan tempat letak kereta bertingkat di KTM Serdang berlaku dan tindakan yang akan diambil terhadap kontraktor.

    10)   Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Jabatan Perdana Menteri menyatakan tempoh kontrak dan juga gaji dan bonus untuk Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala.

    Soalan Jawab Bertulis

    1)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyenaraikan jumlah perbelanjaan bagi setiap kampung baru Cina dan kampung nelayan Cina di negeri Selangor.

    2)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyenaraikan secara terperinci butiran-butiran pelaksanaan Skim Subsidi Baja Padi Bukit / Huma termasuk nilai kontrak bekalan, nama syarikat pembekal, dan cara pemberian kontrak (tender terbuka ataupun rundingan terus) mengikut negeri / jelapang padi di bawah RMK10 (2011 – 2015).

    3)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang penjenayah yang disabitkan kesalahan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan daripada itu bilangan penjenayah yang telah pun dilaksanakan hukuman sampai mati mengikut kaum (jika warganegara Malaysia), kewarganegaraan, umur, jantina dan tahun pelaksanaan hukuman.

    4)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan menyenaraikan syarikat-syarikat yang menerima 34 kontrak untuk projek “River of Life” (RoL) dan nilai setiap satu kontrak dan cara mereka dianugerahkan (terbuka tender atau rundingan terus).

    5)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pelajaran menyatakan kadar kelulusan untuk “Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)” bagi setiap satu daripada 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG).

Leave a reply.