• Apakah item perbelanjaan luar bajet lain yang cuba disembunyikan oleh kerajaan selain daripada Pembinaan PFI?

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 18 Jun 2015

    Apakah item perbelanjaan luar bajet lain yang cuba disembunyikan oleh kerajaan selain daripada Pembinaan PFI?

    Saya berasa terhibur dan takut apabila membaca Laporan Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tentang Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd yang dikeluarkan pada awal minggu ini. [1]

    Antara perkara penting yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah:

    i) Hakikat bahawa Pembinaan PFI Sdn Bhd, yang dibenarkan mengumpul liabiliti sebanyak RM27.9 juta, tidak pernah diaudit oleh pejabat Ketua Audit Negara.

    Dalam keterangannya kepada PAC, Timbalan Ketua Jabatan Audit Negara, Datuk Haji Anwari bin Suri mengakui bahawa pejabat beliau tidak melakukan audit ke atas Pembinaan PFI Sdn Bhd kerana ia hanya termasuk dalam senarai yang diwartakan di bawah Jabatan Audit Negara pada tahun ini (Tahun 2015). Pengerusi PAC sendiri berasa geli hati apabila mendengar berita ini. Beliau berkata:

    “Maknanya nak dekat 10 tahun baru gazet syarikat ini sebagai kena audit”

    Ini bermaksud walaupun jumlah liabiti Pembinaan PFI (merupakan syarikat ketiga terbesar milik kerajaan selepas Petronas dan Khazanah) telah disedari oleh Jabatan Audit, namun ia tidak pernah diaudit oleh JAN.

    ii) Hakikat bahawa perbelanjaan oleh Pembinaan PFI disusun semula sebagai item perbelanjaan luar bajet bagi memastikan nisbah hutang Kerajaan Malaysia kepada KDNK kurang daripada 55% untuk mengelakkan Penurunan Rating (Ratings Downgrade).

    Duit yang dipinjam oleh Pembinaan PFI Sdn Bhd telah digunakan bagi pembangunan bangunan seperti sekolah, hospital dan projek infrastruktur kerajaan yang lain. Perbelanjaan ini sepatutnya diklasifikasikan sebagai Perbelanjaan Pembangunan. Namun disebabkan kerajaan tidak mahu meletakkan perbelanjaan ini dalam kategori tersebut, ia telah diubah ke Perbelanjaan Mengurus di mana bayaran faedah ditanggung oleh Pembinaan PFI boleh disebarkan kepada jangka masa yang lebih panjang.

    Pengerusi PAC juga maklum akan perkara ini dalam ucapan beliau:

    “Good way jugalah itu avoid rating punya downgrade (Cara bagus digunakan untuk mengelakan penurunan rating).”

    Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah sendiri turut bersetuju apabila beliau mengatakan:

    “Ini Tuan Pengerusi, your understanding it very clear. That you know this is off-budget. It doesn’t come in to the government so that why you know our debt level and rating and everything we can maintain (Tuan Pengerusi faham dengan jelas bahawa ini merupakan perbelanjaan luar bajet. Disebabkan itu, kita boleh mengawal aras hutang serta rating). ”

    iii) Hakikat bahawa bayaran faedah Pembinaan PFI Sdn Bhd diklasifikasikan di bawah “Bayaran Lain” dan bukannya dikategorikan sebagai Khidmat Hutang adalah bertujuan untuk menunjukkan yang hutang kita masih dalam keadaan terkawal.

    Merujuk kepada Laporan Ekonomi 2014/2015, Bayaran Khidmat Hutang berjumlah RM20.8 juta pada tahun 2013 dan dijangka meningkat sebanyak 11.6% atau ke RM23.2 juta pada 2014. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa “Bayaran Khidmat Hutang kekal stabil pada 10.5% dan 10.3% bagi jumlah Perbelanjaan Mengurus dan Perolehan. Kerajaan akan memastikan Bayaran Khidmat Hutang tidak akan melebihi ambang 15% daripada jumlah keuntungan dibawah peraturan fiscal pentadbiran.”

    Namun, laporan PAC mendapati bahawa khidmat hutang Pembinaan PFI terletak di bawah “Bayaran Lain”. Ini disahkan oleh Dato Dr. Mohd Isa bin Hussain yang merupakan Setiausaha Bahagian (Syarikat Pelaburan Kerajaan).

    Perkara ini sangat membimbangkan memandangkan pendedahan baru-baru ini di mana Kementerian Kewangan perlu membuat pembayaran tahunan dari tahun 2015 hingga 2020 dengan jumlah antara RM4.76 juta hingga RM11.62 juta sebagai pembayaran faedah bagi 9 syarikat milik kementerian tersebut, termasuklah Pembinaan PFI Sdn Bhd.[2] Jika semua pembayaran ini ditambah kepada Khidmat Hutang, ia mungkin akan melepasi ambang 15%!

    iv) Hutang Pembinaan PFI tidak dipaparkan sebagai liabiliti luar jangka kerana tiada jaminan oleh kerajaan bagi menyembunyikan hutang keseluruhan kerajaan.

    Hutang dan perbelanjaan Pembinaan PFI bukan sahaja merupakan perbelanjaan luar bajet, malah ia juga tidak disenaraikan sebagai liabiliti luar jangka disebakan ketiadaan jaminan kerajaan terhadap hutang tersebut. Ini bertentangan dengan situasi 1MDB di mana sebahagian daripada pinjaman 1MDB mempunyai jaminan kerajaan (berjumlah RM5.8 juta) dan disebabkan itu merupakan sebahagian daripada liabiliti luar jangka yang berjumlah RM157.5 juta pada penghujung tahun 2013. Namun, hutang Pembinaan PFI tidak muncul sebagai liabiliti luar jangka pun.

    Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Irwan: “This is not part of contingent liabilities. There is no GG, no government guarantee. (Ini bukan sebahagian daripada liabiliti luar jangka kerana tiada jaminan kerajaan).”

    Ini merupakan cara yang sangat bijak atau boleh dikatakan sungguh tidak jujur dalam ‘menyorokkan’ perbelanjaan dan hutang kerajaan.

    v) Apa lagi yang disembunyikan oleh kerajaan daripada kita?

    The Secretary General of the Treasury, Dr. Irwan, testified in the hearings to the PAC that foreign rating agencies such as Standard & Poors and Moody’s know about the debts of Pembinaan PFI. In fact, he testified that “Everything they know. Our contingent liability – they know more than Malaysian sometimes”.

    Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr. Irwan memberikan keterangan semasa pendengaran PAC bahawa agensi penarafan luar negara seperti Standard & Poor dan Moody’s sedar akan hutang Pembinaan PFI. Malah, beliau mengatakan : “Everything they know. Our contingent liability – they know more than Malaysian sometimes (Mereka tahu semua berkenaan liabiliti luar jangka kita lebih daripada rakyat Malaysia sendiri).”

    Apa lagi perkara yang diketahui oleh agensi penarafan tersebut yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia? Adakah Perbendaharaan mendedahkan maklumat kepada agensi penarafan luar negara di mana maklumat tersebut langsung tidak didedahkan di Parlimen mahupun kepada Kabinet?

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://portal.parlimen.gov.my/ipms/modules/risalat/res/risalat/2015/Laporan%20Jawatankuasa%20Kira-Kira%20Wang%20Negara%20Parlimen%20Ketiga%20Belas%20-%20Prosedur%20Kawalan%20Pengurusan%20Syarikat%20Pembinaan%20PFI%20Sdn%20Bhd%20(Kementerian%20Kewangan).pdf

    [2] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putrajaya-must-help-9-firms-pay-billions-annually-says-najib#sthash.BwxzFPcR.dpbs

Leave a reply.