• Soalan Parlimen: Sesi Pertama 2015 (9.3.2015 – 9.4.2015)

    Soalan Parlimen Sesi Pertama 2015 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang

    Soalan Jawab Lisan 

    1)      Dr Ong Kian Ming ( Serdang ) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang Pembinaan PFI Sdn Bhd terkini dan menjelaskan sebab laporan akaun tahunan untuk 2013 masih belum diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

    2)      Dr Ong Kian Ming ( Serdang ) minta Menteri Belia dan Sukan untuk menyatakan komposisi Parlimen Belia mengikut pecahan jantina, kaum dan umur dan tindakan yang akan diambil supaya Parlimen Belia lebih menggambarkan populasi belia.

    3)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri menyatakan di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bus Berhenti-henti (SBST), berapakah anggaran nilai kontrak perkhidmatan bas untuk setiap satu ‘network’ masing-masing di lima kawasan pilot project  dan sama ada SPAD akan melantik ‘network operator’ secara rundingan terus ataupun tender terbuka.

    4)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri menjelaskan kenapa tidak ada tambahan kerusi parlimen di negeri Sarawak memandangkan 11 kerusi DUN baru telah dicadangkan dalam persempadanan semula negeri Sarawak.

    5)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kos pembinaan loji WtE dan kos operasi di Taman Beringin, Kepong dan sama ada ‘waste guarantee’ sebanyak 1000 ton sehari akan diberikan kepada pihak konsesi.

    6)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan sebab ‘nett metering’ untuk menggalakkan penjanaan kuasa elektrik melalui tenaga boleh baharu belum lagi dilaksanakan.

    7)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan sama ada Project 3b untuk membina loji tenaga yang telah diberikan kepada 1MDB akan diberikan kepada Tenaga Nasional memandangkan ketidakupayaan 1MDB untuk mendapatkan pembiayaan untuk projek ini.

    8)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan untuk menyatakan status terkini rancangan untuk membina SRK Taman Sutera, Kajang, yang nampaknya telah terbengkalai.

    9)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kerja Raja untuk menyatakan status terkini pembinaan laluan keluar MEX di Seri Kembangan, tarikh jangkaan siap dan kadar tol yang akan dikenakan.

    10)   Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Wilayah Persekutuan untuk menyatakan langkah yang akan diambil untuk menaik tarafkan jalan di sekitar bulatan lumba kuda Selangor dan jalan keluar dari Lebuhraya Utara Selatan ke Lebuhraya Bukit Jalil yang sedang mengalami kesesakan trafik yang teruk.

    Soalan Jawab Bertulis

    1)      Dr Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Pendidikan untuk menyenaraikan nama semua Sekolah Pendidikan Khas (SPK), sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan sekolah yang ada Program Pendidikan Inklusif.

    2)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberi perangkaan tentang bilangan petani padi sawah atau petani padi huma, purata hasil pengeluaran setiap petani, dan juga purata pendapatan tahunan mereka mengikut negeri dan kedudukan jelapang padi di seluruh Malaysia.

    3)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri untuk menyenaraikan jumlah pembiayaan yang diberikan kepada setiap syarikat yang mendapatkan dana daripada ‘Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF)’ mengikut negeri untuk tahun 2012, 2013 dan 2014.

    4)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan untuk menyenaraikan semua penjawat awam yang memegang jawatan pengarah di syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan pampasan pengarah yang diterima oleh penjawat awam daripada syarikat-syarikat ini.

    5)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri untuk menyatakan jumlah peserta dalam program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) mengikut sektor sasaran dan jumlah peserta yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program ini.

Leave a reply.