• SEDA perlu mengekalkan tahap ketelusan yang tinggi dalam hal pengagihan Feed in Tariff (FiT)

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 10hb Februari 2015

    SEDA perlu mengekalkan tahap ketelusan yang tinggi dalam hal pengagihan Feed in Tariff (FiT)

    Pertama sekali, saya dan rakan sejawat saya iaitu Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua serta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ingin memuji Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang telah menjalankan pengundian terbuka yang pertama kali bagi kuota Tarif Galakan (Feed-in Tariff) untuk kategori pemohon bukan individu dengan kapasiti <425 kW. Pengundian terbuka ini telah dijalankan secara telus dan memenuhi permintaan semua pihak yang membida bagi kuota tersebut, termasuk mereka yang tidak berjaya mendapatkan kuota. Tindakan SEDA dalam menjalankan satu lagi pengundian terbuka pada 9hb Mac 2015 untuk kuota solar photovoltaik 20MW hingga 425 kW sememangnya harus dipuji.[1]

    Demi terus mengekalkan tahap ketelusan yang tertinggi, SEDA juga perlu telus dalam peruntukan kuota 32 MW untuk PV solar yang berkapasiti 425 kW sehingga 1 MW. SEDA telah menerbitkan Kriteria Mata Merit yang melibatkan rekod pembekal perkhidmatan, keupayaan pemegang saham untuk membiayai projek dan jarak ke titik sambungan.[2] Pengagihan kuota 32 MW untuk tenaga solar PV akan dilakukan berdasarkan kepada mata merit yang diperoleh oleh setiap pemohon dan SEDA telah berjanji untuk menerbitkan maklumat mata merit kesemua pemohon di laman webnya dan untuk menjalankan undian terbuka jika terdapat pemohon yang mendapat markah seri dalam merit tersebut .

    SEDA perlu mengotakan janji-janji ini bagi meningkatkan tahap ketelusan untuk pemberian kuota PV solar. Pada tahun 2014, 10MW untuk kapasiti kuota PV solar melebihi 425 kW hingga 1MW telah diberikan berdasarkan mata merit, tetapi keputusan terperinci tidak pernah diterbitkan sama ada dalam talian atau secara umum. Sistem baru yang dicadangkan oleh SEDA termasuk penerbitan keputusan dalam talian keputusan merupakan satu penambahbaikan kepada proses yang digunakan pada tahun 2014. Demi ketelusan, saya mengambil maklum bahawa SEDA juga telah menerbitkan nama kesemua 146 syarikat yang mengemukakan permohonan untuk kuota PV solar bagi kapasiti kuota melebihi 425 kW hingga 1 MW.[3]

    Tarif Galakan (FiT) ini dibiayai oleh pengguna di Malaysia yang perlu membayar 1.6% daripada jumlah bil elektrik mereka kepada Dana Wang Tenaga Boleh Baharu. Pada tahun 2013 sahaja, RM398m telah dikumpulkan dari surcaj tambahan 1% yang dikenakan ke atas bil elektrik bagi pengguna yang menggunakan lebih daripada 300kwH sebulan. Jumlah kumulatif yang dikumpul untuk dana ini adalah sebanyak RM928m pada penghujung tahun 2013.[4] Jumlah ini tentunya meningkat pada tahun 2014 memandangkan peningkatan surcaj itu daripada 1% kepada 1.6%. SEDA mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tahap tanggungjawab tertinggi dalam menggunakan wang rakyat bagi menggalakkan kemajuan tenaga mampan di negara ini.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://www.seda.gov.my/?omaneg=00010100000001010101000100001000000000000000000000&s=2158&details=162

    [2] http://www.seda.gov.my/?omaneg=00010100000001010101000100001000000000000000000000&y=45&s=4478

    [3] http://www.seda.gov.my/?omaneg=00010100000001010101000100001000000000000000000000&y=45&s=4502

    [4] SEDA Annual Report 2013 (http://seda.gov.my/?omaneg=00010100000001010101000100001000000000000000000000&s=4024)

     

Leave a reply.