• Mengapakah syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator di Cameron Highlands dan Pulau Tioman juga diberikan kontrak pengiklanan daripada Kementerian Pelancongan pada bulan lepas?

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 6hb Disember 2014

    Mengapakah syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator di Cameron Highlands dan Pulau Tioman juga diberikan kontrak pengiklanan daripada Kementerian Pelancongan pada bulan lepas?

    Pada 27hb November 2014, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia telah mengumumkan senarai 9 buah syarikat yang akan menjalankan kempen pengiklanan tiga tahun untuk peringkat global dan domestik. Syarikat yang telah dianugerahkan bahagian domestik untuk kempen pengiklanan dan promosi Tourism Malaysia adalah sebuah syarikat yang bernama Sumur Mutiara Sdn Bhd.[1]

    Sumur Mutiara Sdn Bhd juga merupakan syarikat yang telah dianugerahkan projek insinerator kecil di Pulau Tioman dan Cameron Highlands yang telah ditekankan dalam 2012 Laporan Ketua Audit Negara kerana mengalami tempoh pembinaan yang berpanjangan dan juga beroperasi tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan.

    Mengikut profil syarikat Sumur Mutiara, jenis perniagaan syarikat ini adalah sebagai Kontraktor Umum.

    Sebuah majalah pengiklanan industri perdagangan Malaysia terpaksa membuat carian Google berkenaan Sumur Mutiara dan menelefon ke pejabat mereka untuk mengetahui siapa mereka.[2] Malah laman webnya – http://www.sumurmutiara.com.my/ – masih dalam pembinaan. (Lihat Lampiran 1 di bawah) Ini merupakan satu petunjuk bahawa Sumur Mutiara merupakan sebuah syarikat yang tidak dikenali dalam industri pengiklanan.

    Laman web Tourism Malaysia menyatakan bahawa jumlah bajet operasi dan promosinya untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM454 juta. Kebanyakan daripada bajet ini disalurkan kepada kempen pengiklanan dan promosi.

    Memandangkan sejumlah besar daripada perbelanjaan kerajaan disalurkan kepada kempen promosi pelancongan, mengapa sebuah syarikat yang sebelum ini telah dianugerahkan dua projek insinerator skala kecil – namun gagal untuk menyempurnakannya pada masa yang ditetapkan dan dalam spesifikasi – kini dianugerahkan kontrak promosi pelancongan besar? Adakah kemahiran dan kepakaran untuk pembinaan insinerator adalah sama seperti yang diperlukan untuk promosi pelancongan?

    Saya menyeru Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr. Ng Yen Yen, dan juga Menteri Pelancongan, Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz untuk mendedahkan jumlah kontrak 3 tahun yang dianugerahkan kepada Sumur Mutiara, dan menerangkan sebab mengapa kontrak ini telah diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali dalam industri pengiklanan dan hanya dikenali dengan kegagalan untuk menyempurnakan projek insinerator skala kecil di Pulau Tioman dan Cameron Highlands di Pahang dalam masa yang ditetapkan dan keadaan operasi yang bagus.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    Rujukan: Profil Syarikat Sumur Mutiara Sdn. Bhd.

    Lampiran 1: Screenshot menunjukkan laman web Sumur Mutiara masih dalam pembinaan.

    [1] http://corporate.tourism.gov.my/mediacentre.asp?page=news_desk&news_id=1111

    [2] http://www.marketingmagazine.com.my/index.php/categories/breaking-news/10626-who-is-sumur-mutiara-and-hbr-media-asia

Leave a reply.