• Jaminan Najib bahawa penganut Kristian Sabah dan Sarawak tidak akan terjejas oleh keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan “Allah” terbukti langsung tidak boleh dipercayai

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 31 Oktober 2014

    Jaminan Najib bahawa penganut Kristian Sabah dan Sarawak tidak akan terjejas oleh keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan “Allah” terbukti langsung tidak boleh dipercayai

    Pada Oktober 2013, selepas Mahkamah Rayuan memutuskan pelarangan akhbar Herald untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, Najib telah memberi jaminan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bahawa keputusan itu tidak akan memberi kesan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak seperti dalam Perjanjian 10 Perkara yang dikeluarkan oleh Kabinet Persekutuan.[1]

    Namun, dilaporkan pada 30hb Oktober bahawa ‘beratus-ratus cakera padat (CD) dan buku-buku yang mengandungi perkataan “Allah” telah dirampas di lapangan terbang KLIA2 pada Sabtu lalu.’ Menurut laporan, barang-barang ini adalah milik seorang penganut Kristian Sabah yang telah membawa barang-barang tersebut dari Medan, Indonesia dalam perjalanan menuju ke Sabah, di mana beliau sedang menetap.[2]

    Jika laporan ini benar, maka itu membuktikan bahawa jaminan Najib kepada masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak langsung tidak boleh dipercayai. Ini mengesahkan pandangan Sarawak Minister Fellowship (SMF) bahawa ‘tiada dasar untuk Najib memberi jaminan tentang kalimah Allah.”[3] Perampasan bahan Kristian yang mengandungi kalimah Allah ini sekali lagi menunjukkan bahawa tiada jaminan untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bahawa Bible yang dicetak di Indonesia dan diimport ke Malaysia melalui KLIA atau mana-mana lapangan terbang yang lain tidak akan dirampas oleh pihak berkuasa persekutuan, disebabkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penggunaan kalimah Allah ‘bukan sebahagian daripada aspek penting’ dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

    Perampasan ini juga menunjukkan kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan hak Kebebasan Beragama seperti dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan. Hal ini juga menunjukkan kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan janji ‘satu negara, dua sistem’ yang tidak konsisten dalam mempunyai set undang-undang yang berbeza bagi Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak bagi perkara-perkara asas seperti hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan.

    Saya menggesa Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri Dalam Negeri agar barang rampasan tersebut dipulangkan kepada pemiliknya dengan segera. Saya juga ingin menggesa Perdana Menteri mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk tidak membuat sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri memulangkan CD Kristian kepunyaan Jill Ireland dan juga untuk memulangkan CD yang lain.[4] Kegagalan berbuat demikian akan mengesahkan bahawa Perdana Menteri ibarat harimau tak bergigi yang tidak mampu memastikan menterinya sendiri melaksanakan janji Perdana Menteri kepada rakyat.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1]http://www.malaysiakini.com/news/244475

    [2]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-latest-allah-incident-christian-cds-and-books-seized-at-klia2

    [3]http://www.barubian.net/2014/06/no-basis-for-najib-to-give-assurance-on.html

    [4] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/no-release-of-christian-cds-while-ministry-appeals-jill-ireland-ruling

Leave a reply.