• Soalan Parlimen: Sesi Ketiga 2014 (7.10.2014 – 27.11.2014)

    Soalan Parlimen Sesi Ketiga 2014 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang
    Soalan Jawab Lisan

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan memberi penjelasan mengapa SJKC Bukit Serdang yang diberi peruntukan sebanyak RM6.5 juta untuk membina sebuah sekolah dengan 36 bilik darjah tetapi sekolah yang telah dibina hanya mempunyai 22 bilik darjah.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri untuk mendedahkan peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Universiti Perdana di bawah Kerjasama Awam Swasta dan mengapa pembiayaan ini harus terus diberikan memandang kegagalan UP untuk membayar yuran kepada Universiti Johns Hopkins yang menyebabkan JHU memutuskan segala talian dengan program PUGSOM.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Pendidikan menjelaskan mengapa Program Ijazah Luar Negara (PILN) telah dibatalkan tanpa notis awam walaupun pengumuman telah dibuat oleh Menteri pada 16 April 2012 bahawa biasiswa ini boleh dipohon oleh pelajar-pelajar yang tidak ditaja di bawah ‘bursary’.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menjelaskan mengapa projek ‘solar farm’ berjumlah 50MW telah diberikan kepada 1MDB melalui ‘direct negotiation’ memandangkan terdapat banyak lagi syarikat Malaysia yang mempunyai ‘track record’ yang lebih baik berbanding dengan 1MDB dalam membina dan menguruskan ‘solar farm’.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyatakan apakah yang telah dan sedang dilakukan oleh Malaysia, dalam konteks ASEAN, untuk memberi tekanan kepada Indonesia untuk meratifikasi ‘ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution’.

    6) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan Laporan Polis PUDU/004003/14 dan mengapa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mengugut untuk membakar Ibu Pejabat DAP, Razlan Rafii, belum lagi disabit walaupun bukti terhadapnya telah dikemukakan.

    7) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri menyatakan status tender untuk Loji WtE di Taman Beringin, Kepong, nama-nama syarikat yang telah dipilih untuk tender dan sama ada syarat-syarat tender ini akan dikemukakan kepada orang awam.

    8) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Kastam akan menyiasat apa-apa kaitan di antara pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, dan penyiasatan ke atas sindiket penyeludupan kereta yang berasal dari Langkawi dan sama ada mangsa-mangsa sindiket penyeludupan ini boleh mendapatkan pengecualian daripada duti kastam.

    9) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status Ops Qaseh dan bagaimana operasi ini telah membantu mengurangkan masalah gelandangan di negara ini.

    10) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Belia dan Sukan sama ada beliau akan menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi sebahagian daripada kempen #FitMalaysia.

    Soalan Jawab Bertulis

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Pendidikan untuk menyenaraikan semua universiti di mana penerima biasiswa JPA luar negara telah dihantar pada 2011 hingga 2014.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki infrastruktur dan aliran trafik di bulatan di luar Selangor Turf Club dan kawasan berhampiran dan sama ada rancangan ini akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-Sebelas.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan unjuran permintaan elektrik dan rancangan pembekalan sumber jana kuasa elektrik / ‘generation fuel mix’ untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap tahun dari 2015 hingga 2030.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kriteria Kajian Dampak Sosial dan Alam Sekitar (SEIA) yang dijalankan dalam pelan pembangunan empangan besar memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa seperti UNDHR dan UNDRIP.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan pengundi bagi setiap kawasan parlimen berdasarkan daftar pemilih yang terkini.

Leave a reply.