• Adakah Abdul Rahman Dahlan akan mengotakan janji beliau di Parlimen untuk mendedahkan dokumen tender projek Sisa kepada Tenaga (WtE) di Taman Beringin, Kepong atau dibongkar sebagai penipu?

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 24hb September 2014.

    Adakah Abdul Rahman Dahlan akan mengotakan janji beliau di Parlimen untuk mendedahkan dokumen tender projek Sisa kepada Tenaga (WtE) di Taman Beringin, Kepong atau dibongkar sebagai penipu?

    Pada 22hb September 2014, The Edge telah melaporkan bahawa terdapat 4 syarikat yang telah disenarai pendek untuk membina projek memproses sisa kepada tenaga (WtE), syarikat tersebut adalah UEM Environment Sdn Bhd, DRB-Hicom Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) and Puncak Niaga Holdings Bhd.[1] Menteri Kesejahteraaan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga dilaporkan berkata bahawa penganugerahan projek ini hanya akan diumumkan pada Jun 2015 sementara menunggu Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).

    Terdapat pelbagai spekulasi ke atas kos potensi pembinaan projek tersebut yang akan dibina sebagai Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Dalam usaha orang awam terutamanya pembayar cukai di Kuala Lumpur untuk menaksir dengan berkesan kesan kewangan dan alam sekitar projek ini, dokumen tender untuk PFI ini perlu diumumkan kepada awam secepat mungkin.

    Adalah penting untuk dokumen tender tersebut didedahkan agar tiada pengulangan perjanjian konsesi berat sebelah seperti generasi pertama Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan juga kontrak konsesi tol yang memberikan keuntungan terlebih kepada pemegang konsesi dengan kos besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

    Butir–butir penting dalam dokumen tender adalah seperti berikut:

    (i)               Adakah terdapat jaminan sisa 1000 tan sehari dan jumlah pampasan yang akan dibayar kepada pemegang konsesi bagi setiap kekurangan dalam jumlah sisa yang dihantar

    (ii)              Kos pelupusan abu terbang (fly ash) dan abu bawah (bottom ash) yang dihasilkan ketika proses pembakaran

    (iii)            Perjanjian bagi penyelarasan bayaran tip (tipping fee)

    (iv)             Kandungan sisa pepejal perbandaran (Municipal Solid Waste atau MSW) yang dihantar ke loji WtE, contohnya sama ada kandungan sisa akan diasingkan atau tidak.

    Dalam satu kenyataan akhbar pada 15 Julai, saya telah meminta Menteri mendedahkan dokumen–dokumen tender seperti yang dijanjikan beliau di Parlimen pada 26hb November 2013 semasa perbahasan bajet 2014.[2]

    Memandangkan empat buah syarikat tersebut telah disenarai pendek, adalah penting bagi Menteri memenuhi janji yang dibuat di Parlimen untuk mendedahkan dokumen–dokumen tender tersebut. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian bermakna beliau telah memakan kata sendiri dan menjadi seorang penipu.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/13060-four-firms-in-kepong-incinerator-shortlist.html

    [2] http://ongkianming.com/2014/07/15/press-statement-minister-of-urban-well-being-housing-and-local-government-datuk-abdul-rahman-dahlan-should-fulfil-his-promise-made-in-parliament-to-disclose-the-full-tender-documents-for-the-proposed/

Leave a reply.