• Kepentingan para pelajar di Sekolah Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) perlu dipertahankan, projek Universiti Perdana yang bernilai RM2.3 bilion sepatutnya ditangguhkan

    Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 18 Ogos 2014

    Kepentingan para pelajar di Sekolah Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) perlu dipertahankan, projek Universiti Perdana yang bernilai RM2.3 bilion sepatutnya ditangguhkan.

    Dilaporkan hari ini pada 31 Julai 2014, bahawa “Fakulti dan kurikulum Johns Hopkins tidak lagi mempunyai kaitan dengan PUGSOM”1 kerana pembayaran lewat yang dilakukan kepada fakulti Johns Hopkins yang berada di Universiti Perdana, Serdang serta kegagalan untuk membayar kepada Johns Hopkins selama 12 bulan di bawah perjanjian perkhidmatan dengan PUGSOM.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Universiti Perdana dengan bangganya pada 12 September 2014.2 Semasa ucapan beliau, Perdana Menteri telah mengumumkan pengambilan pertama bagi program PUGSOM iaitu seramai 30 orang pelajar. Sehubungan dengan itu seramai 50 orang pelajar akan diambil masuk setiap tahun dan akan dibiayai oleh biasiswa JPA.3 Program ini dianggarkan bernilai sehingga RM1 juta bagi setiap pelajar.4

    Kohort pertama program PUGSOM dijangka akan menamatkan pengajian pada tahun 2015.   Tanggungjawab pertama pihak universiti dan kerajaan Malaysia lantaran pengumuman penarikan balik fakulti dan kurikulum Johns Hopkins adalah untuk mencari cara yang adil dan telus bagi memastikan kohort terkini di bawah program PUGSOM dapat bergraduasi nanti.5 Kita perlu sedar bahawa program PUGSOM adalah program SISWAZAH bermakna pelajar yang menuntut di institusi tersebut telah mempunyai ijazah. Sekolah perubatan di Amerika Syarikat, seperti sekolah undang-undang, adalah untuk program ijazah pasca-siswazah dan hanya mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda boleh memohon untuk program ini. Penyelesaian permasalahan ini tidak semudah cadangan untuk memindahkan pelajar PUGSOM ke Perdana-University – Royal College of Surgeons di Ireland (PU-RCSI) bagi program ijazah sarjana muda perubatan selama 5 tahun. Perbincangan yang jelas hendaklah diadakan dengan pihak yang berkepentingan terutamanya para pelajar dan ibu bapa mereka.

    Kerajaan juga perlu segera menghentikan penghantaran pelajar JPA yang baru ke Universiti Perdana untuk program PUGSOM dan juga program PU-RSCI terutamanya jika keupayaan pemilikan Universiti Perdana – Pusat Akademik Perubatan Sdn Bhd – masih terus boleh dipersoalkan. Menurut akaun kewangan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat, Pusat Akademik Perubatan Sdn Bhd mempunyai rizab negatif berjumlah RM189 juta dan ia telah mengalami kerugian sebanyak RM63.6 juta pada akhir tahun 2013. Kebajikan pelajar perubatan mestilah diberikan keutamaan tidak kira hari ini atau pada masa hadapan.

    Akhir sekali, kerajaan perlu segera berhenti meletakkan sebarang pembiayaan kerajaan ke dalam Projek Perkongsian Awam Swasta bernilai RM2.3 bilion ini untuk membina kampus Universiti Perdana termasuk 600 buah katil bagi pengajaran hospital.6 Hakikat bahawa projek ini telah diperuntukkan kepada Chase Perdana, syarikat induk di Pusat Akademik Perubatan – menimbulkan banyak tanda tanya tentang keperluan sebuah syarikat pembinaan diberikan tanah dan lesen untuk mengusahakan sebuah universiti perubatan dan persoalan mengenai pembinaan kampus universiti yang terpaksa diberikan kepada syarikat induk di Pusat Akademik Perubatan.

    Saya sendiri berpeluang untuk berinteraksi secara tidak formal dengan beberapa pelajar fakulti Johns Hopkins di Universiti Perdana dan mendapati mereka sangat teruja tentang pengajaran dan juga mahu mengambil peluang untuk melakukan penyelidikan di Malaysia. Posting daripada sebuah blog jelas membuktikan bahawa fakulti Johns Hopkins mahu mencabar pelajar dalam program PUGSOM untuk bertanya lebih banyak soalan dan berfikir dengan lebih kritikal.7 Malangnya, ahli-ahli fakulti tersebut bakal tidak mempunyai peluang ini dan pelajar di PUGSOM tidak lagi mempunyai akses kepada kemudahan tersebut.

    Saya berharap ini bukanlah contoh Perkongsian Lanun Awam yang berselindung di sebalik Perkongsian Swasta Awam di mana pihak swasta meraih faedah kewangan dengan orang awam terpaksa menanggung kos yang tinggi.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/top-us-medical-school-cuts-ties-with-perdana-u-over-money

    [2] http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&speech_cat=2&news_id=521

    [3] http://malaysia-scholarship.net/2011/06/28/perdana-university-graduate-school-of-medicine-scholarships/

    [4] http://thepugsomites.wordpress.com/2012/06/17/letter-from-malaysia/

    [5] http://perdanauniversity.edu.my/pugsom/programmes/

    [6] http://www.chaseperdana.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=160

    [7] http://thepugsomites.wordpress.com/2012/06/17/letter-from-malaysia/

Leave a reply.