• Mengapa perlu membina insinerator sekiranya kerajaan tidak dapat menguruskan masalah pencemaran yang teruk di Pusat Pemindahan Sisa Taman Beringin?

    Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 10 Ogos 2014

    Mengapa perlu membina insinerator sekiranya kerajaan tidak dapat menguruskan masalah pencemaran yang teruk di Pusat Pemindahan Sisa Taman Beringin?

    Pada 30 Jun 2014, saya telah melihat sendiri pensampelan air di 4 lokasi sekitar Pusat Pemindahan Sisa (WTS) Taman Beringin, Kepong yang telah dijalankan oleh makmal kimia yang bertauliah. Lokasi tepat 4 sampel air tersebut adalah seperti berikut:

    Sampel W2 diambil terus dari pelepasan yang keluar daripada loji larut resap di Taman Beringin. Sampel W3 pula diambil daripada pelepasan yang keluar dari bekas tapak pelupusan bukan sanitari berhampiran Taman Nanyang yang mana bersebelahan dengan Taman Beringin.

    Keputusan ujian adalah sangat mengejutkan. Jadual 1 di bawah menunjukkan bahan pencemar yang melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) – Piawaian B yang merupakan Jadual ke-5 dan ke-7 Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), Peraturan-Peraturan 2009 – di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    Jadual 1: Pengukuran Kualiti Air yang tidak mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar

    (Bacaan yang dihitamkan adalah melebihi Piawaian B JAS)

    Pengukuran COD bagi sampel W2 di luar kawasan Taman Beringin WTS adalah 800, empat kali ganda lebih daripada had yang ditetapkan JAS. Tahap Arsenik untuk sampel W3 0.7 adalah tujuh kali melebihi had JAS. Nilai warna (ADMI) untuk sampel W2 adalah 448, dua kali ganda melebihi had JAS manakala pengukuran untuk W3 adalah 7500, iaitu 37 kali ganda had JAS. Nitrogen Ammonia (atau tahap ammonia) bagi pengukuran sampel W2 adalah 37.1, hampir dua kali ganda had JAS iaitu 20 mg/l dan pengukuran tahap ammonia untuk W3 adalah 412.7, lebih daripada 20 kali ganda had JAS.

    Saya menuntut JAS agar mengadakan siasatan terhadap pembinaan WTS Taman Beringin yang dibenarkan melanggar piawaian Jabatan Alam Sekitar bagi pembuangan larut resap dan mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya terhadap mereka yang bertanggungjawab kerana telah membenarkan bahan pencemar ini dilepaskan ke Sungai Batu. Saya juga menyeru kepada JAS untuk menjelaskan mengapa larut resap yang sedang keluar dari bekas tapak pelupusan bukan sanitari terus melebihi had JAS dan mengapa loji rawatan larut resap di Taman Nanyang tidak beroperasi. Jika kerajaan tidak dapat mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi loji rawatan larut resap di WTS Taman Beringin dan Taman Nanyang, bagaimana pula penduduk dapat mempercayai bahawa pencemaran akan dapat dipantau dengan berkesan untuk insinerator yang telah dicadangkan?

    Lampiran 1: Analisis Keputusan Air yang menunjukkan pencemaran yang melebihi had Piawaian B JAS

    Lampiran 2: Gambar Pelepasan dari Loji rawatan larut lesap di Stesen Pemindahan Sisa (WTS) Taman Beringin

Leave a reply.