• Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Razlan Rafii perlu dikenakan tindakan disiplin kerana telah menghina rakyat Malaysia untuk “Balik Tongsan”

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parliament Serdang pada 21 Julai 2014

    Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Razlan Rafii perlu dikenakan tindakan disiplin kerana telah menghina rakyat Malaysia untuk “Balik Tongsan”

    Pagi ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii, telah mengarahkan tweet berikut kepada saya:

    Isteri Pemimpin #DAP Tan Poh See berkata #Malaysia adlh jenis Negara tak guna? @imokman ask her balik tongsan kalau tak setia pada Negara!

    Yuki Tan.. @imokman kenal ke siapa ni? Seorang isteri orang Kuat #DAP menghina #Malaysia insiden #MH17! Memalukan Negara! Elok balik tongsan

    Tweet ini adalah merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Yuki Tan, isteri kepada Ahli Parlimen Tanjung melalui akaun Facebook beliau. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf untuk kenyataan yang dikeluarkan itu.

    Malangnya, UMNO dan Pemuda UMNO tidak pernah belajar daripada kesilapan mereka yang lalu. Permintaan untuk menghalau seseorang meninggalkan negara tanah tumpah darah ini adalah perbuatan yang jelas menghina dan menyakitkan hati lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO yang mewakili Wilayah Persekutuan. Permintaan tersebut ternyata berbaur perkauman dan serupa seperti ucapan ‘pendatang’ yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, pada tahun 2008. Sehubungan dengan itu, Datuk Ahmad Ismail telah digantung keahlian dari UMNO selama 3 tahun dan akhirnya beliau dilucutkan jawatan di dalam UMNO.

    Nampaknya Razlan Rafii tidak belajar dari kesilapan Datuk Ahmad Ismail. Mungkin juga dia ingin menjadi ‘hero’ di dalam Pemuda UMNO kerana Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak pernah bertaubat dan menyesal di atas tindakan beliau walaupun setelah digantung keahlian selama 3 tahun. Kini beliau kembali sekali lagi setelah memenangi jawatan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera pada tahun 2010.[1]

    Jika UMNO benar-benar serius ingin memastikan perpaduan negara dan membanteras semangat perkauman di Malaysia, ia mesti bermula di peringkat parti terlebih dahulu dengan mengenakan tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur kerana telah menghina rakyat Malaysia untuk ‘balik tongsan’. Ketua Pemuda UMNO ini juga telah mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada Mei 2014.[2] Kegagalan berbuat sedemikian akan melahirkan lebih ramai pemimpin UMNO termasuk pemimpin pemuda UMNO yang sering kali memainkan api perkauman justeru akan menggagalkan serta menghina program 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2008%2f9%2f11%2fnation%2f2002793&sec=nation and http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-bukit-bendera-gembira-ahmad-ismail-kembali-ketua

    [2] http://www.youtube.com/watch?v=jwXTWy-tkB8

Leave a reply.