• Debat: Adakah Insinerator sesuai untuk Malaysia? Cabaran untuk Dr. Dominic Lau

    Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 9 Julai 2014

    Debat: Adakah Insinerator sesuai untuk Malaysia? Cabaran untuk Dr. Dominic Lau

    Saya dituduh telah berdusta oleh Naib Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau berkenaan menjadi sebahagian daripada delegasi rasmi ke Jepun yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Dato Dr Nadzri Yahaya pada 21 Jun – 24 Jun, 2014.[1] Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya adalah sebahagian daripada delegasi rasmi tersebut. Ia merupakan satu kesilapan besar pihak wartawan ketika membuat liputan sebuah sidang media yang dianjurkan oleh NGO “Kuala Lumpur Tak nak Insinerator (KTI)” pada Ahad 6 Julai 2014.

    Akan tetapi, saya tetap pergi melawat Jepun dengan menggunakan perbelanjaan saya sendiri setelah lawatan rasmi delegasi tersebut selesai. Tujuan lawatan saya adalah untuk menjalankan penyelidikan berkenaan kebaikan dan keburukan Insinerator di Jepun. Saya juga berjaya melawat 2 Insinerator serta bertemu para NGO dan ahli akademik yang memperjuangkan alternatif kepada Insinerator. Lawatan saya tidak seperti delegasi rasmi kerajaan yang telah didoktrin oleh agenda pro-Insinerator sebaliknya saya berusaha untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada pihak pro-Insinerator dan pihak anti-Insinerator.

    Saya akan berkongsi pandangan saya berdasarkan maklumat yang saya peroleh di Jepun melalui satu forum yang bakal dianjurkan oleh KTI pada Ahad 13 julai jam 10 pagi bertempat di:

    Dewan Taman Mastaira, Jalan 6/18D, Taman Mastiara, 51200 Kuala Lumpur (PIC: Cik Lee 016-956-2286 wakil KTI)

    Oleh itu, saya mencabar Dominic Lau untuk berkongsi pandangan dan hasil penemuan beliau berdasarkan lawatan beliau ke Jepun sewaktu forum tersebut dan menyatakan secara terbuka pendapatnya sama ada Insinerator sesuai untuk dibina dan beroperasi di Malaysia pada ketika ini, perkongsian tersebut juga akan membincangkan berkenaan Insinerator yang dicadangkan di Taman Beringin, Kepong.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://www.malaysiakini.com/news/268105

Leave a reply.