• Soalan Parlimen: Sesi Kedua 2014 (9.6.2014 – 19.6.2014)

    Soalan Parlimen Sesi Kedua 2014 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang
    Soalan Jawab Lisan

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah dana KWAP yang dilabur dalam Asiasons Capital Ltd dan apakah jumlah kerugian KWAP akibat daripada pelaburan ini.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan siasatan terkini kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April 2013.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kerja Raya menyatakan status projek terowong dan lintas laluan di Lebuhraya Silk dari Kajang Utama ke bandar Kajang yang sepatutnya bermula pada 2013.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (a) menyatakan jumlah dana kerajaan yang telah diperuntukkan untuk ladang hutan bagi setiap negeri melalui Forest Development Plantation Sdn Bhd (FPDSB) sejak 2006 (b) menjelaskan mengapa kerajaan menggalakkan hutan ladang berskala besar khususnya Ladang Getah Balak Klon memandangkan ini akan mengurangkan hutan semula jadi dan harga getah pada masa ini sudah sangat rendah.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah bajet yang diperuntukkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk setiap tahun sejak tahun 2009.

    6) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan peratusan kuota FiT diperuntukkan bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 yang telah dipasang dan apa tindakan yang sedang diambil terhadap syarikat-syarikat yang telah melepasi tarikh akhir quota FiT masing-masing.

    7) Dr Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri menyatakan bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membenarkan wakil-wakil parti politik menjadi pembantu pendaftar (ARO) untuk mendaftar pengundi baru memandangkan jumlah bersih pengundi di setiap suku tahun sejak pilihan raya umum ke-13 adalah negatif.

    8) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri untuk menyenaraikan semua tindakan yang diambil oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa sebagai tindak balas kepada Laporan Audit Negara pada tahun 2012.

    9) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status semua program pengasingan sisa pepejal di punca dan sama ada apa-apa rancangan untuk menguatkuasakan pengasingan sisa di peringkat punca dengan menggunakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007.

    10) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri menyatakan maklumat terkini mengenai siasatan SPRM yang bermula pada 2010 terhadap pemberian permit hidupan liar yang tidak wajar oleh Jabatan Hidupan Liar.

    Soalan Jawab Bertulis

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pengangkutan menyatakan projek-projek yang telah menerima peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) dan jumlah peruntukan ini sejak 2006 dan baki yang masih ada di dalam kumpulan wang amanah ini.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menyenaraikan semua syarikat-syarikat yang mempunyai FIT kuota yang telah dibatalkan akibat tidak mematuhi tarikh akhir FIT.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menyenaraikan semua program yang telah menerima peruntukan daripada Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dan jumlah peruntukan ini sejak tahun 1997 dan baki yang masih ada di dalam kumpulan wang amanah ini.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyenaraikan semua syarikat-syarikat yang telah diberikan permit untuk berdagang dalam spesies yang disenaraikan dalam Lampiran I dan II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna yang Terancam (CITES) dan kuantiti perdagangan dibenarkan bagi setiap spesies.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan spesifik yang telah diambil untuk menangani isu yang dibangkitkan oleh SUHAKAM dalam Laporan Inquiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli.

Leave a reply.