• Pendapat saya terhadap keputusan Pilihanraya Kecil Teluk Intan

    Kenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming pada 1 Jun 2014 di Teluk Intan

    Pendapat saya terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

    Seperti yang dijangkakan, pilihan raya Teluk Intan merupakan persaingan yang sengit untuk semua. Akhirnya, jumlah 67% pengundi yang telah keluar undi tidak mencukupi bagi membolehkan DAP mengekalkan kerusi ini, dan DAP kalah kepada majoriti BN yang cukup nipis iaitu 238 undi. Hakikatnya, sebelum keputusan daripada pusat pengundian terakhir disalur balik kepada pusat operasi DAP, calon kami, Dyana Sofya, masih kekal di hadapan dengan 25 undi lebih. Malangnya, tempat mengundi terakhir iaitu Sungai Bugis juga merupakan kubu kuat UMNO yang telah kami hilang dengan majoriti 263 undi.

    Sesungguhnya, keputusan DAP untuk mencalonkan Dyana sebagai calon wanita Melayu yang muda merupakan strategi yang amat berani dan juga berisiko. Saya sendiri telah menerangkan risiko-risiko tersebut awal lagi dalam tulisan saya tentang sebab-sebab mengapa Dyana boleh dianggap sebagai calon berisiko dalam persaingan ini.[1]Dalam kenyataan awal ini, saya telah menggariskan dua senario yang mungkin – satu positif, dan satu lebih negatif – di mana DAP akan menang atau hilang kerusi ini. Malangnya, senario yang lebih negatif muncul menjadi kenyataan.

    Sokongan kaum Cina untuk DAP telah menurun sebanyak 15% dari 85% ke 70% dan ini adalah unjuran yang paling pesimis. Ini agak mengejutkan memandangkan sambutan yang positif yang diterima dari pengundi Cina semasa tempoh kempen termasuk ceramah raksasa pada hari terakhir kempen.

    Undi kaum India pula jatuh 10% dari 62% semasa PRU ke-13 ke 52% pada PRK ini, dan sekali lagi, ia unjuran yang paling pesimis.

    Jika terdapat tanda positif di dalam keputusan ini, ia adalah sedikit kenaikan dalam sokongan orang Melayu iaitu sebanyak 3% daripada 25% pada PRU ke-2013 kepada 28% pada PRK ini. Di dalam enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam penyokongan keseluruhan iaitu daripada 0.7% kepada 3.4%, dan ini suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu untuk meningkat.

    Dalam menganalisis dan mentafsir keputusan pilihan raya ini, langkah-langkah penjagaan perlu diambil untuk memisahkan faktor-faktor jangka pendek dan tempatan yang bermain dalam pilihan raya kecil ini berbanding isu-isu yang lebih bersifat peringkat kebangsaan, jangka panjang dan banyak lagi.

    Di peringkat tempatan, faktor kaum serta tempat lahir kedua-dua calon, janji pangkat Menteri untuk calon BN jika dipilih, hakikat bahawa pilihan raya kecil ini tidak akan membawa sebarang kesan terhadap imbangan keseluruhan politik di peringkat kebangsaan, pemberian ‘saguhati’ oleh BN seperti biasa dan janji-janji untuk membawa pembangunan yang berlaku semasa pilihan raya kecil dan kekurangan relatif keprihatinan terhadap persaingan ini yang telah menyebabkan kadar keluar mengundi yang lebih rendah semuanya menjadi faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan DAP. Namun, faktor-faktor ini mungkin tidak mempunyai kesan yang seumpamanya di peringkat kebangsaan dalam konteks pilihan raya umum.

    Di peringkat kebangsaan, impak isu hudud terutamanya di kalangan pengundi Cina, isu Hindraf yang agak kurang menarik perhatian seperti perletakkan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri, dan tarikan PR di kawasan lain – bercampur kaum, separa bandar dengan banyak keperluan pembangunan dan akses Internet yang kurang baik – merupakan isu-isu yang harus diberi perhatian oleh pimpinan kebangsaan PR.

    Sesetengah soalan-soalan khusus yang perlu dibangkitkan termasuk yang berikut:

    Pertama, adakah kadar keluar mengundi untuk pilihan raya umum yang akan datang setinggi PRU 2013 terutamanya jika pengundi tawar hati dengan masalah yang menjejaskan Pakatan Rakyat seperti perbezaan pendapat mengenai hudud, masalah dalam pemilihan parti, isu-isu kepimpinan dalam Pakatan di negeri Selangor, isu kalimah Allah dan Alkitab Melayu? Tiada jaminan bahawa masalah-masalah ini tidak akan bertimbun dalam masa menjelang pilihan raya umum akan datang dan jika ya, ramai pengundi mungkin akan memilih untuk tidak kembali mengundi. Kadar keluar mengundi yang rendah yang merupakan sebahagian daripada sebab DAP hilang kerusiTeluk Intan boleh juga berlaku di banyak kawasan pilihan raya yang lain.

    Kedua, dapatkah Pakatan Rakyat mengembangkan satu mesej yang meyakinkan untuk kawasan pilihan raya lain seperti Teluk Intan yang separa bandar dan mungkin lebih menyakini janji-janji pembangunan dan bukan mesej untuk memerangi rasuah dan untuk menghapuskan politik beraskan kaum yang berpangkalan di negara ini? Ini adalah kerusi di mana wakil Pakatan adalah lemah contohnya di Beruas, Bakri, Raub, Bukit Gantang, Kluang, Kuala Kedah atau di mana wakil BN adalah lemah contohnya di Bentong, Cameron Highlands, Labis dan Bagan Serai. Pakatan mungkin memerlukan strategi yang berbeza tetapi juga merupakan pelengkap kepada apa yang telah Pakatan lakukan di peringkat kebangsaan bagi membolehkan Pakatan mempertahankan dan memenangi kerusi-kerusi tersebut.

    Ketiga, adakah Pakatan dapat memanfaatkan imejnya sebagai satu pakatan yang lebih menarik kepada generasi muda dan pengundi muda? Tidak ada soalan bahawa PR mempunyai lebih ramai Ahli-Ahli Parlimen yang dynamik dan boleh dipercayai berbanding dengan BN. Namun, undi golongan muda mudah berubah-ubah dan mungkin mudah ‘berpusing’ kepada BN. Cabaran bagi Pakatan adalah untuk menyediakan platform yang diperlukan untuk pemimpin muda, terutamanya dari masyarakat Melayu untuk membolehkan mereka membentangkan idea-idea kreatif dan dasar-dasar yang boleh dipercayai untuk meyakinkan pengundi muda bahawa mereka adalah lebih baik daripada BN untuk menerajui negara di masa hadapan.

    Kami sudahpun berpeluang melihat kelibat ini semasa kempen Dyana di Teluk Intan. Dyana menyebabkan kegembiraan and keterujaan di peringkat kebangsaan terutamanya di kalangan orang Melayu yang muda. Oleh kerana pencalonan Dyana, pelajar UiTM bercakap tentang DAP dan tidak semestinya dengan cara yang negatif. Seorang pelajar Malaysia di Oxford telah menulis tentang mengapa orang Melayu muda sedang meninggalkan UMNO, dengan menggunakan Dyana sebagai contoh.[2] Marina Mahathir memuji Dyana kerana dapat berfikir dan menulis untuk diri sendiri.[3] Di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan besar dari kalangan kanak-kanak dan juga anak-anak muda di mana-mana beliau pergi. Walaupun kebanyakkan mereka bukanlah pengundi, namun, mereka bakal menjadi pengundi di masa akan datang dan Dyana berada di dalam lebih kedudukan yang lebih baik untuk memenangi hati mereka.

    DAP mungkin telah kalah di Teluk Intan, tetapi dengan cuba untuk memecahkan halangan kaum dan jantina, jalan baru telah dibuka. Saya yakin selepas pilihan raya kecil ini, lebih ramai lagi orang Melayu yang muda akan melihat DAP sebagai saluran untuk aktiviti politik mereka. Saya yakin bahawa lebih ramai orang muda akan menyokong perjuangan Pakatan untuk beralih daripada politik berasaskan kaum. Cabaran PR ialah untuk memimpin jalan menghala ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1] http://ongkianming.com/2014/05/27/press-statement-why-dyana-sofya-is-the-underdog-in-teluk-intan/

    [2] http://www.themalaymailonline.com/opinion/yasmin-disney/article/dyana-and-umno-why-are-young-malays-abandoning-the-party

    [3] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/she-can-think-she-can-write-she-can-articulate-marina-mahathir-says-of-smar

Leave a reply.