• Zahid Hamidi harus disiasat atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

    Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang pada 25 Mei 2014

    Zahid Hamidi harus disiasat atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

    Ketika bercakap kepada ahli-ahli RELA semalam, 24hb Mei 2014, di Teluk Intan, Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi telah dilaporkan berkata dia tahu bahawa pada terdapat seramai 2,000 ahli-ahli RELA yang layak mengundi tetapi tidak mengundi dalam pilihan raya umum yang lepas.[1]Beliau telah dipetik berkata: “Jangan main-main dengan saya. Saya tahu siapa yang telah mengundi dan tidak mengundi.” Dilaporkan juga bahawa Zahid Hamidi telah memberitahu orang ramai bahawa beliau mampu memeriksa peti undi untuk menentukan siapa yang telah mengundi atau tidak mengundi.[2]

    Undi seseorang sebenarnya adalah rahsia dan sebarang pembongkaran undi rahsia tersebut adalah kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    Saya menggesa pejabat Peguam Negara untuk menyiasat Zahid Hamidi dan menentukan sama ada beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Menjamin Kerahsiaan Undi) kerana beliau mendakwa bahawa mampu tahu sama ada seseorang telah mengundi atau tidak. Adakah ini juga bermakna bahawa beliau mampu untuk menentukan pilihan pengundi tersebut? Adakah beliau telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membekalkan maklumat tersebut kepada beliau? Dan adalah beliau menggunakan ‘ilmu’ ini sebagai ancaman terhadap anggota RELA yang mungkin tidak ingin mengundi calon Barisan Nasional?

    Malahan, di acara yang sama, beliau dilaporkan berjanji akan membeli pakaian seragam baru untuk anggota-anggota RELA di Teluk Intan seandainya calon BN, Datuk Mah Siew Keong, memenangi pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti pada 31hb Mei 2014.[3]

    Saya menggesa Peguam Negara untuk menyiasat Zahid Hamidi untuk rasuah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    Kegagalan Peguam Negara untuk bertindak cepat dan tegas sebagai tindak balas terhadap kenyataan yang dibuat Zahid Hamidi hanya akan meningkatkan lagi persepsi orang ramai bahawa pejabat Peguam Negara hanya bertindak untuk kepentingan kerajaan BN sahaja.

    Dr. Ong Kian Ming
    Ahli Parlimen Serdang

    [1]http://www.malaysiakini.com/news/263740

    [2]http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/zahid-promises-rela-new-uniforms-if-gerakan-wins-teluk-intan-polls

    [3]http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/zahid-promises-rela-new-uniforms-if-gerakan-wins-teluk-intan-polls

Leave a reply.