• Soalan Parlimen: Sesi Pertama 2014 (10.3.2014 – 10.4.2014)

    (Muat turun versi PDF di sini)

    Soalan Parlimen Sesi Pertama 2014 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang
    Soalan Jawab Lisan

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pertahanan menjelaskan kenapa Mejar Zaidi Ahmad didakwa atas laporan beliau tentang dakwat kekal bermasalah memandangkan Pengerusi SPR sendiri mengakui bahawa dakwat kekal memang bermasalah.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil, berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, terhadap Rona Wildlife dan Anson Wong yang didakwa terlibat dalam penyeludupan haiwan liar dalam program Al-Jazeera “The Return of the Lizard King”.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan tindakan yang sedang diambil untuk mengelakkan pemberhentian rawatan air oleh Puncak Niaga di Selangor kerana efluen kumbahan daripada loji IWK mengandungi tahap ammonia yang terlalu tinggi termasuk meminda Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbagan dan Efluen Perindustrian) 2009 dan lain-lain Akta yang berkenaan.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan menjelaskan mengapa Education Malaysia Global Services (EMGS) dibenarkan mengenakan caj sebanyak RM1000 untuk memproses setiap visa pelajar luar negara yang belajar di Malaysia walaupun KPI EMGS untuk memproses satu visa dalam masa 14 hari gagal dicapai.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan memberi status terkini SRJK (C) Kajang 2 yang telah dijanjikan oleh kerajaan sejak tahun 2008 dan juga status terkini SRJK (C) Bandar Sungai Long.

    6) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pengangkutan menyatakan tarikh penghabisan tempat letak kereta bertingkat di KTM Serdang yang telah terbengkalai untuk masa yang lama.

    7) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan menjelaskan mengapa perjanjian di antara Pembangunan PFI Sdn Bhd dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan ditandatangani di mana tanah yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah digadaikan untuk meminjam duit sebanyak RM20 billion kepada kerajaan persekutuan.

    8) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan anggaran jumlah sisa pepejal yang akan dihasilkan di Kuala Lumpur pada setiap hari pada tahun 2020 mengikut Pelan Rancangan Kuala Lumpur 2020 yang terkini.

    9) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kerja Raya menjelaskan kenapa Lembaga Lebuhraya Negara (LLN) tidak membenarkan U-turn sebelum Plaza Tol Sungai Long (dari arah Sungai Long) di Lebuhraya SILK memandangkan pusingan-U yang telah dibina di Lebuhraya KESAS sebelum ‘exit’ USJ dan di Lebuhraya SILK sebelum Tol Bukit Kajang.

    10) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk mempromosikan GST melalui iklan pada tahun 2013 dan yang akan dibelanjakan pada tahun 2014.

    Soalan Jawab Bertulis

    1) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tahanan penjara di Malaysia mengikut negeri, bangsa dan jantina pada akhir tahun 2013.

    2) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengundi untuk setiap kerusi parlimen dan DUN di Malaysia mengikut rang daftar pengundi yang terkini.

    3) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Perdagangan dan Industri untuk menyenaraikan jumlah Approved Permit (AP) untuk setiap syarikat mengikut model kereta.

    4) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri menyenaraikan jumlah pasangan asing (foreign spouse) di Malaysia mengikut kewarganegaraan.

    5) Dr. Ong Kian Ming (Serdang) Menteri Pendidikan menyatakan jumlah yang telah dibelanjakan untuk mempromosikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui iklan pada tahun 2013 dan yang akan dibelanjakan pada tahun 2014.

Leave a reply.