• Soalan Parlimen Sesi Kedua 2013 (23.9.2013 – 3.10.2013)

    Soalan Parlimen Sesi Kedua 2013 – Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang

    (for the Second Parliamentary Session of 2013, 23 September 2013 – 3 October 2013)

    Soalan Jawab Lisan

    1)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri berapa ramaikah orang yang pernah didakwa serta dihukum bawah Seksyen 3(1), Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 atas kesalahan membekalkan maklumat palsu berkenaan dengan pendaftaran pemilih dan minta butir terperinci mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan.

    2)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri untuk menyatakan jumlah pengundi yang didaftarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 and 2013 (sehingga hari ini) dan sebab-sebab mengapa JASA diberikan tanggungjawab pendaftaran ini.

    3)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang] minta Perdana Menteri menyenaraikan gaji tahunan, termasuk elaun dan bonus, pada tahun 2012 untuk CEO PEMANDU, CEO Agensi Inovasi Malaysia, CEO Talentcorp, CEO SPAD, CEO MRT Corp, CEO Prasarana Negara, CEO 1MDB, dan MD Khazanah.

    4)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah bayaran yang diberi kepada syarikat konsultan McKinsey & Co pada tahun 2012 dan 2013 untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidkan.

    5)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan diambil terhadap Guru Besar yang mempromosikan atau menjual pil Dimensi 108 di sekolah termasuk Guru Besar SK Teluk Lipat dan SK Bandar Endau di Mersing, SK Taman Segar di Cheras dan SK Bukit Kemuning 2 di Kota Kemuning.

    6)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah Sekolah Rendah Cina, Sekolah Rendah Tamil dan Sekolah Agama Rakyat baru yang akan dibina di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    7)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang] minta Menteri Sumber Manusia untuk menyatakan langkah-langkah yang akan dilakukan untuk menghukum orang yang menggunakan ijazah palsu ataupun ijazah daripada universiti yang tidak diiktiraf sepertimana yang diamalkan di Singapura.

    8)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyenaraikan syarikat-syarikat di mana permit FIT mereka telah dibatalkan serta syarikat-syarikat yang telah diberikan tempoh pelanjutan untuk memasang alat menjana kuasa tenaga boleh baharu.

    9)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memberi penjelasan kenapa Seksyen 25 (1), Akta Warisan Negara 2005 tidak digunakan untuk mewartakan Taman Merdeka Negara / Tunku Park di sebelah Stadium Negara dan Stadium Merdeka sebagai tapak warisan negara.

    10)   Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Wilayah Persekutuan memberi penjelasan bagaimana tapak Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Taman Merdeka Negara yang diwartakan sebagai ruang awam boleh dijual kepada pihak swasta pada tahun 90-an dan sekarang telah dijadikan tapak pembinaan projek Menara Warisan. 

    Soalan Jawab Bertulis 

    1)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Perdana Menteri menyenaraikan jumlah pengundi baru didaftar, jumlah pengundi yang bertukar alamat dan jumlah pengundi yang dikeluarkan daripada senarai pengundi untuk setiap kerusi parlimen dan dewan undangan negeri pada suku pertama dan kedua 2013.

    2)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Dalam Negeri menyenaraikan jumlah kes jenayah mengikut jenis kes yang dilaporkan di IPD Serdang dan Kajang dari tahun 2008 hingga 2013.

    3)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Sumber Manusia menyenaraikan jumlah pelajar untuk setiap Institut Latihan Perindustrian (ILP), ‘Advanced Technology Training Center (ADTEC)’ dan Japan-Malaysia Technical Institute dari tahun 2008 hingga 2013.

    4)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Belia dan Sukan menyenaraikan jumlah pelajar untuk setiap Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dari tahun 2008 hingga 2013.

    5)      Dr. Ong Kian Ming (Serdang) minta Menteri Pendidikan menyenaraikan jumlah pelajar untuk setiap Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Politeknik daripada tahun 2008 sehingga 2013.

Leave a reply.