• Sungguhpun jumlah wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada jumlah wakil rakyat wanita BN, perwakilan kaum wanita di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri masih jauh ketinggalan daripada sasaran 30%. Sistem pilihanraya harus direformasikan segera malah sistem perwakilan bernisbah (‘proportional representation’) harus diperkenalkan demi mempertingkatkan perwakilan kaum wanita dalam hal-ehwal politik negara.

    KENYATAAN MEDIA Teresa Kok, Lim Lip Eng dan Dr. Ong Kian Ming di Kuala Lumpur, 13hb Mei 2013

    Sungguhpun jumlah wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada jumlah wakil rakyat wanita BN, perwakilan kaum wanita di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri masih jauh ketinggalan daripada sasaran 30%. Sistem pilihanraya harus direformasikan segera malah sistem perwakilan bernisbah (‘proportional representation’) harus diperkenalkan demi mempertingkatkan perwakilan kaum wanita dalam hal-ehwal politik negara.

    Dalam PRU13 yang lalu, seramai 56 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 523 orang calon (10.7%) telah bertanding di peringkat Parlimen, termasuk calon bebas dan calon yang bukan berpihak kepada BN atau PR. BN telah mencalonkan seramai 22 orang wanita untuk jawatan Ahli Parlimen, dan PR juga telah mencalonkan seramai 22 orang wanita untuk jawatan Ahli Parlimen juga. Di peringkat ADUN pula, seramai 112 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 1210 calon (9.3%) telah bertanding. PR telah mencalonkan seramai 55 calon wanita di peringkat ADUN manakala BN telah mencalonkan 49 calon wanita di peringkat ADUN yang sama.

    Dari segi kerusi Parlimen yang dipegang selepas PRU13, 13 daripada 133 Ahli Parlimen BN adalah wanita (9.8%) manakala 9 daripada 89 Ahli Parlimen PR adalah wanita (10.1%). Di peringkat negeri pula, perwakilan wanita Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada BN, di mana 32 daripada 229 ADUN PR (14%) adalah wanita manakala hanya 26 daripada 275 ADUN BN adalah wanita (9.5%).

    Dari segi perwakilan wanita sebagai wakil rakyat BN, UMNO jelas mendominasi. Contohnya, 8 daripada 13 Ahli Parlimen wanita BN (61.5%) dan 25 daripada 26 ADUN wanita adalah ahli UMNO (96%). Di Semenanjung Malaysia, kesemua 8 Ahli Parlimen wanita dan 23 ADUN wanita adalah ahli UMNO. Dengan kata lain, MCA, GERAKAN dan MIC telah gagal berjaya mendapatkan seseorang Ahli Parlimen atau ADUN wanita pun dilantik sebagai wakil rakyat di Semenanjung Malaysia.

    Jika dibandingkan, distribusi Ahli Parlimen dan ADUN dalam Pakatan Rakyat jelas lebih seimbang. Daripada kesemua 9 Ahli Parlimen wanita PR, 3 merupakan ahli PKR, 2 merupakan ahli PAS dan 4 merupakan ahli DAP. Daripada kesemua 32 ADUN wanita PR pula, 8 merupakan ahli PKR, 6 merupakan ahli PAS dan 18 merupakan ahli DAP.

    Daripada 15 ADUN DAP di Selangor, 5 atau satu pertiga adalah wanita. Daripada 12 ADUN DAP di Johor, 4 adalah wanita. Pada masa yang sama, untuk kali pertama dalam sejarah DAP, 3 orang wanita kaum India telah diundi menjadi wakil rakyat, iaitu Kasturi Patto (P46 Batu Kawan, Penang), Kamache A/P Doray Rajoo (N35 Sabai, Pahang) dan Mary Josephine Prittam Singh (N22 Rahang, Negeri Sembilan). Di samping itu, DAP telah mencalonkan 2 calon wanita di kawasan yang sama – iaitu Teo Nie Ching di P163 Kulai dan Wong Shu Qi di N22 Senai – yang telah memenangi kedua-dua kerusi tersebut dengan lebih daripada 10,000 undi.

    DAP akan berusaha keras untuk menarik minat lebih ramai orang wanita yang berkemampuan untuk mengganggotai DAP dengan tujuan mencalonkan mereka untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang seterusnya. DAP penuh komited untuk menambah lagi peluang bagi pemimpin dan calon wanita untuk menimba pengalaman dalam bidang politik. Contohnya, Teresa Kok, Lee Kee Hiong dan Kasturi Patto semuanya telah menimba ilmu sebagai setiausaha politik / pembantu kepada Lim Kit Siang sebelum diundi menjadi wakil rakyat. Baru-baru ini, saudara Lim telahpun melantik Dyana Sofya Mohd Daud sebagai setiausaha politik untuk Gelang Patah.

    Sasaran yang telah ditetapkan adalah untuk peratus calon dan wakil rakyat wanita mencecah sekurang-kurangnya 30%. Untuk mencapai matlamat tersebut, reformasi sistem pilihanraya amat diperlukan dan sistem perwakilan bernisbah (‘proportional representation’) harus diperkenalkan di Malaysia. Sistem perwakilan bernisbah ini telah dibuktikan berjaya di negara lain seperti Norway dan Finland di mana jumlah dan peratus wakil rakyat wanita telah meningkat selepas sistem tersebut diperkenalkan.

    Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut, Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang

    Jadual 1: Senarai Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat

    Jadual 2: Senarai ADUN wanita Pakatan Rakyat

Leave a reply.