• Keputusan PRU13 Membuktikan Bahawa Berlakunya ‘TSUNAMI MALAYSIA’ Dan Bukan ‘TSUNAMI CINA’ Yang Menyebabkan Penambahan Undi Popular Dan Jumlah Kerusi Parlimen Serta Kerusi DUN Yang Dipegang Pakatan Rakyat

    KENYATAAN MEDIA DR. ONG KIAN MING, STRATEGIS PILIHANRAYA DAP, DI KUALA LUMPUR PADA 10HB MEI 2013

    KEPUTUSAN PRU13 MEMBUKTIKAN BAHAWA BERLAKUNYA ‘TSUNAMI MALAYSIA’ DAN BUKAN ‘TSUNAMI CINA’ YANG MENYEBABKAN PENAMBAHAN UNDI POPULAR DAN JUMLAH KERUSI PARLIMEN SERTA KERUSI DUN YANG DIPEGANG PAKATAN RAKYAT

    1. Undi popular untuk Pakatan Rakyat dalam seluruh negara Malaysia telah bertambah daripada 47.6% pada tahun 2008 kepada 50.9% pada tahun 2013, iaitu pertambahan sebanyak 3.2% sokongan untuk Pakatan Rakyat. Untuk Barisan Nasional pula, undi popular telah berkurang daripada 51.4% pada 2008 kepada 47.4% pada 2013, iaitu pengurangan sebanyak 4.0%.

    2013 2008 Pertambahan / Pengurangan
    BN 47.4% 51.4% -4.0%
    Pakatan Rakyat 50.9% 47.6% 3.2%

    2. Pengiraan dibuat berdasarkan undi sah sahaja di peringkat Parlimen.2.Jumlah kerusi Parlimen yang dipegang Pakatan Rakyat telah bertambah daripada 37% pada tahun 2008 kepada 40% pada tahun 2013, dengan kemenangan 7 lagi kerusi Parlimen.

    Parlimen 2013 Parlimen 2008 Pertambahan / Pengurangan
    PKR 30 31 -1
    PAS 21 23 -2
    DAP 38 28 +10
    TOTAL 89 82 +7

    3. Pakatan telah memenangi 32 lagi kerusi DUN pada tahun 2013. Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat telah memenangi lebih banyak kerusi DUN pada tahun 2013 (45% kerusi DUN pada tahun 2013 berbanding dengan 39% pada tahun 2008, iaitu pertambahan sebanyak 6%).

    DUN 2013 DUN 2008 Pertambahan / Pengurangan
    PAS 85 83 +2
    PKR 49 41 +8
    DAP 95 73 +22
    TOTAL 229 197 +32

    4. Sokongan untuk Pakatan Rakyat telah bertambah kuat di 11 buah negeri dan juga di semua Wilayah Persekutuan termasuk juga negeri-negeri majoriti penduduk Melayu iaitu Perlis, Terengganu, dan Pahang di mana % pengundi Melayu adalah lebih daripada 70%.

    NEGERI BN%2013 PR%2013 BN%2008 PR%2008 BN% (Pertambahan / Pengurangan) PR% (Pertambahan / Pengurangan)
    PERLIS

    55.4%

    44.3%

    60.1%

    39.9%

    -4.8%

    4.4%

    KEDAH

    50.6%

    48.5%

    46.8%

    53.2%

    3.8%

    -4.7%

    KELANTAN

    43.0%

    53.7%

    44.7%

    55.0%

    -1.8%

    -1.3%

    TERENGGANU

    51.4%

    48.5%

    55.1%

    44.7%

    -3.7%

    3.7%

    PULAU PINANG

    31.6%

    67.8%

    36.9%

    63.0%

    -5.3%

    4.8%

    PERAK

    44.9%

    54.7%

    46.5%

    53.3%

    -1.6%

    1.4%

    PAHANG

    55.2%

    44.4%

    59.5%

    40.5%

    -4.3%

    3.8%

    SELANGOR

    39.0%

    59.4%

    44.3%

    55.4%

    -5.3%

    4.0%

    W.P. KL & PUTRAJAYA

    35.3%

    63.9%

    38.3%

    61.6%

    -3.1%

    2.4%

    NEGERI SEMBILAN

    51.0%

    47.3%

    54.7%

    45.1%

    -3.7%

    2.2%

    MELAKA

    53.8%

    46.2%

    57.4%

    42.6%

    -3.6%

    3.6%

    JOHOR

    54.9%

    45.0%

    65.3%

    34.7%

    -10.3%

    10.3%

    SABAH

    55.0%

    35.9%

    61.6%

    32.5%

    -6.6%

    3.4%

    SARAWAK

    58.9%

    37.3%

    64.2%

    28.3%

    -5.3%

    8.9%

    TOTAL MSIA

    47.4%

    50.9%

    51.4%

    47.6%

    -4.0%

    3.2%

    NOTA: Pengiraan dibuat berdasarkan undi sah sahaja. Pengiraan untuk Sabah termasuk juga Labuan. Perubahan dalam jumlah atau peratus undi untuk BN kemungkinan tidak sama dengan perubahan untuk PR disebabkan undi yang diraih calon bebas ataupun calon yang bukan berpihak BN atau PR.

    5. Terdapat 23 kerusi Parlimen di mana majoriti pengundi adalah Melayu (pengundi Melayu >50%) yang menyaksikan pertambahan sokongan untuk Pakatan Rakyat daripada 5% atau lebih dari tahun 2008 ke 2013. Pertambahan sokongan ini tidak mungkin berlaku jika tiada pertambahan sokongan daripada pengundi Melayu yang merupakan majoriti pengundi di kawasan-kawasan tersebut. Contohnya, di P2 Kangar yang merupakan kerusi 80.7% pengundi Melayu, PR telah menambahkan sokongan sebanyak 16.1%. Di P41 Kepala Batas pula yang merupakan kerusi 76% pengundi Melayu, PR telah menambahkan sokongan sebanyak 11.85%. Ini tidak mungkin berlaku sama sekali jika sokongan daripada pengundi Melayu tidak bertambah. Namun, tidak ramai yang memberi perhatian kepada situasi di sana kerana PR tidak berjaya memenangi kerusi-kerusi tersebut.

    NEGERI KOD PARLIAMEN NAMA PARLIAMEN PR%2013 PR%2008 KADAR PERUBAHAN UNTUK PR% MALAY%
    PERLIS P002 KANGAR

    45.3%

    29.2%

    16.1%

    80.7%

    JOHOR P141 SEKIJANG

    45.9%

    30.4%

    15.6%

    55.5%

    JOHOR P160 JOHOR BAHRU

    43.5%

    28.5%

    15.0%

    50.8%

    JOHOR P149 SRI GADING

    42.6%

    30.1%

    12.6%

    62.6%

    NEGERI SEMBILAN P126 JELEBU

    40.4%

    28.4%

    12.1%

    63.1%

    PULAU PINANG P041 KEPALA BATAS

    45.5%

    33.6%

    11.8%

    76.3%

    SELANGOR P093 SUNGAI BESAR

    49.5%

    39.8%

    9.7%

    65.6%

    JOHOR P153 SEMBRONG

    34.8%

    25.5%

    9.3%

    57.7%

    W.P. KUALA LUMPUR P118 SETIAWANGSA

    48.7%

    39.7%

    9.0%

    56.1%

    NEGERI SEMBILAN P127 JEMPOL

    42.0%

    33.0%

    9.0%

    60.1%

    JOHOR P144 LEDANG

    48.3%

    39.8%

    8.5%

    52.8%

    JOHOR P151 SIMPANG RENGGAM

    41.6%

    33.1%

    8.5%

    56.4%

    NEGERI SEMBILAN P133 TAMPIN

    38.3%

    30.3%

    7.9%

    61.3%

    PERAK P055 LENGGONG

    42.5%

    35.0%

    7.6%

    81.8%

    JOHOR P164 PONTIAN

    33.6%

    26.4%

    7.2%

    68.7%

    JOHOR P146 MUAR

    47.9%

    40.8%

    7.2%

    62.1%

    W.P. KUALA LUMPUR P125 PUTRAJAYA

    30.7%

    24.2%

    6.4%

    94.1%

    JOHOR P147 PARIT SULONG

    37.9%

    31.5%

    6.4%

    72.2%

    JOHOR P143 PAGOH

    33.8%

    27.9%

    5.9%

    64.0%

    JOHOR P155 TENGGARA

    24.9%

    19.7%

    5.2%

    72.0%

    JOHOR P154 MERSING

    28.5%

    23.3%

    5.2%

    78.4%

    PAHANG P084 PAYA BESAR

    40.0%

    35.0%

    5.1%

    81.2%

    PAHANG P079 LIPIS

    42.9%

    37.9%

    5.0%

    75.9%

    6. Terdapat 8 kerusi DUN Selangor di mana majoriti pengundi adalah Melayu (pengundi Melayu >50%) di mana sokongan untuk Pakatan Rakyat telah bertambah sebanyak 5% lebih. Ini termasuk 4 kerusi DUN yang dimenangi PAS (tetapi tidak dimenangi pada tahun 2008) iaitu Tanjong Sepat, Taman Templer, Dusun Tua dan Paya Jeras. PAS tidak mungkin dapat memenangi kerusi-kerusi tersebut dengan hanya berdasarkan pertambahan sokongan daripada pengundi Cina.

    NEGERI

    KOD PARLIMEN

    NAMA PARLIMEN

    KOD DUN

    NAMA DUN

    PR%2013 PR%2008 KADAR PERUBAHAN UNTUK PR% MALAY%

    SELANGOR

    P093

    SUNGAI BESAR

    N03

    SUNGAI PANJANG

    45.3%

    32.4%

    12.9%

    81.6%

    SELANGOR

    P100

    PANDAN

    N21

    CHEMPAKA

    63.1%

    52.2%

    10.9%

    53.2%

    SELANGOR

    P113

    SEPANG

    N54

    TANJONG SEPAT

    51.4%

    41.7%

    9.8%

    52.0%

    SELANGOR

    P097

    SELAYANG

    N15

    TAMAN TEMPLER

    58.2%

    48.9%

    9.3%

    51.4%

    SELANGOR

    P101

    HULU LANGAT

    N23

    DUSUN TUA

    55.1%

    46.1%

    9.0%

    53.2%

    SELANGOR

    P107

    SUBANG

    N38

    PAYA JARAS

    57.2%

    48.6%

    8.7%

    56.6%

    SELANGOR

    P099

    AMPANG

    N20

    LEMBAH JAYA

    60.5%

    54.0%

    6.5%

    54.0%

    SELANGOR

    P094

    HULU SELANGOR

    N05

    HULU BERNAM

    41.5%

    35.7%

    5.8%

    67.4%

    7. Di P102 Serdang pula (kerusi Parlimen saya sendiri), disaksikan juga pertambahan sokongan pengundi Melayu untuk DAP dan Pakatan Rakyat. Dengan menggunakan data daripada setiap saluran mengundi, dilihat bahawa sokongan pengundi Melayu untuk DAP / Pakatan Rakyat telah bertambah daripada 36% pada tahun 2008 kepada 43% pada tahun 2013. Di kawasan N26 Bangi di mana 66% pengundi adalah Melayu, majoriti untuk DAP / Pakatan Rakyat telah bertambah daripada 1094 pada tahun 2008 kepada 5825 pada tahun 2013. Didapati juga bahawa pengundi Melayu muda lebih menyokong DAP / Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan pengundi Melayu yang lebih tua. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara peratus sokongan untuk DAP dalam saluran pengundi tua (Saluran 1) berbanding dengan saluran pengundi muda (Saluran 4, 5, 6) di tempat-tempat mengundi di Bangi di mana majoriti pengundi adalah Melayu. Kesimpulannya, sokongan untuk DAP / Pakatan Rakyat jelas lebih kuat antara pengundi Melayu muda berbanding dengan pengundi Melayu yang lebih tua.

    Tempat Mengundi Melayu% Saluran Pengundi Tertua (Sokongan Untuk DAP) Saluran Pengundi Termuda (Sokongan Untuk DAP) Perbezaan (Termuda – Tertua)
    Sungai Ramal Dalam 97% 28% 51% +23%
    Sungai Ramal Luar 82% 31% 46% +15%
    Seksyen 3 BBB 97% 45% 62% +17%
    Seksyen 1 BBB 93% 51% 55% +4%
    Seksyen 6 BBB 90% 41% 48% +7%
    Seksyen 4 BBB 95% 48% 59% +11%
    Seksyen 2 BBB 97% 57% 64% +7

    8. Untuk 8 buah kerusi Parlimen yang di mana pengundi majoriti adalah Dayak, sokongan untuk BN telah merosot sebanyak 10% lebih dari tahun 2008 ke tahun 2013. Namun ini tidak cukup untuk menghasilkan kemenangan untuk PR di mana perbezaan undi pada akhirnya didapati sebanyak 2081 di Saratok dan 194 di Baram. Namun, saya berpendapat bahawa kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah tempatan yang serius seperti rampasan tanah dan pembinaan empangan akan menyebabkan sokongan untuk BN terhakis lagi di kawasan-kawasan tersebut pada masa depan.

    NEGERI

    KOD PARLIMEN

    NAMA PARLIMEN

    BN%2013 BN%2008 Perubahan Untuk BN% Malay / Melanau% Dayak%

    SARAWAK

    P205

    SARATOK

    53.20%

    76.80%

    -23.60%

    43.70%

    49.30%

    SARAWAK

    P222

    LAWAS

    71.50%

    92.10%

    -20.60%

    42.80%

    47.10%

    SARAWAK

    P209

    JULAU

    59.30%

    78.90%

    -19.60%

    12.20%

    82.80%

    SARAWAK

    P192

    MAS GADING

    41.10%

    58.60%

    -17.60%

    12.70%

    67.80%

    SARAWAK

    P220

    BARAM

    49.50%

    66.90%

    -17.40%

    20.60%

    69.90%

    SARAWAK

    P217

    BINTULU

    58.20%

    73.20%

    -15.00%

    28.50%

    43.50%

    SARAWAK

    P199

    SERIAN

    74.30%

    87.00%

    -12.60%

    14.50%

    74.60%

    SARAWAK

    P204

    BETONG

    77.10%

    87.30%

    -10.10%

    50.00%

    42.70%

    9. BN telah mengalami kemerosotan sebanyak 10% lebih di kawasan 7 buah kerusi Sabah Bumiputera. Namun, PR hanya berjaya memenangi 1 kerusi tersebut (P174 Penampang) dan hampir memenangi P177 Beaufort tetapi tewas dengan 673 undi. BN pula telah memenangi 4 kerusi Parlimen – iaitu P168 Kota Marudu, P180 Keningau, P181 Tenom dan P182 Pensiangan – dengan kurang daripada 50% undi. Persaingan tiga atau lebih penjuru di kawasan-kawasan tersebut dan juga di kawasan lain yang melibatkan STAR dan SAPP telah merugikan PR dalam perjuangan untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN.

    NEGERI KOD PARLIMEN NAMA PARLIMEN BN%2013 BN%2008 Perubahan Untuk BN% BUMIPUTERA MUSLIM% BUMIPUTERA BUKAN MUSLIM %
    W.P. LABUAN P166 LABUAN

    66.3%

    77.0%

    -10.8%

    60.2%

    14.0%

    SABAH P171 SEPANGGAR

    54.1%

    64.9%

    -10.8%

    51.6%

    26.1%

    SABAH P174 PENAMPANG

    34.3%

    54.0%

    -19.7%

    15.9%

    50.1%

    SABAH P177 BEAUFORT

    50.5%

    79.3%

    -28.7%

    61.0%

    30.3%

    SABAH P179 RANAU

    50.2%

    65.4%

    -15.2%

    10.7%

    86.9%

    SABAH P180 KENINGAU

    44.5%

    57.3%

    -12.8%

    18.5%

    70.4%

    SABAH P181 TENOM

    48.1%

    62.9%

    -14.7%

    20.9%

    66.0%

    Di peringkat negeri, PR telah berjaya memenangi 11 kerusi, di mana 6 kerusi tersebut terletak di kawasan majoriti / pluraliti bukan Cina. Andai kata persaingan beberapa penjuru dapat dielakkan pada masa depan, PR akan berpeluang menambahkan lagi perwakilan (daripada 3 Ahli Parlimen dan 11 ADUN sekarang) dan juga menembusi seluruh Sabah.

    10. BN terpaksa mempertahankan 46 kerusi marginal berbanding dengan 30 kerusi untuk PR pada pilihanraya yang seterusnya. 

    Jumlah kerusi marginal (BN atau PR menang dengan 55% atau kurang undi)

    Jumlah BN PR
    Semenanjung

    38

    26

    Sabah

    4

    1

    Sarawak

    4

    3

    Total

    46

    30

    11. Tidak dapat dinafikan bahawa BN sekarang berada dalam posisi defensif walaupun PR tidak berjaya memenangi kerusi majoriti. Dengan adanya pertambahan dalam jumlah kerusi DUN untuk PR, terutamanya di negeri-negeri penting seperti Johor, Sabah dan Sarawak yang menyaksikan sokongan untuk BN terus merosot, BN tidak lagi dapat mengharapkan negeri-negeri tersebut terus menjadi ‘deposit kekal’. Dengan bertambahnya juga jumlah dan peratus pengundi-pengundi muda yang kurang dipengaruhi oleh media massa dan lebih sanggup mengundi Pakatan Rakyat merentasi batasan kaum, sudah jelas bahawa BN kemungkinan besar akan hilang kuasa setibanya PRU14. Namun, ada kemungkinan juga bahawa BN akan diselamatkan sekiranya proses persempadanan yang seterusnya (dijadualkan bermula pada tahun ini dan dijangka tamat sebelum PRU14) didapati dijalankan dengan berat sebelah dan berpihak lagi kepada BN.

    Dr. Ong Kian Ming
    Strategis Pilihanraya DAP
    P102 Serdang

1 Comment

  1. Shawn says: September 19, 2014 at 6:24 pmReply

    Sangat silap analisa yang diberikan. apa yang berlaku ialah tsunami cina. di mana2 kawasan yang kononnya majoriti melayu melebihi 50% dari jumlah pengundi, org melayu masih tetap menyokong bn. yang lari ialah pengundi cina. rata2 mengundi cina tolak mca dan memberikan undi mereka kpd dap. di semua kawasan yg dap bertanding, majoriti meningkat membabi buta. ini kerana kaum cina tidak lagi memberikan sokongan kepada mca. PAS kehilangan 2 kerusi kerana org melayu memberikan sokongan kpd umno. pas boleh menang sekiranya mereka bertanding di kerusi yang ramai cina kerana cina sudah tinggalkan mca. ini adalah tsunami cina.

Leave a reply.